Friday, February 3, 2012

musim yang luruh


Begitulah,
musim datang dan pergi
waktu tak pernah mungkir
pada ketentuan Ilahi
akur pada sebuah tuntutan
kita yang bernama manusia
perjalanannya tidak terhenti disini

Cikgu,
tiba-tiba hari ini
kami tersedar dari lena
begitu cepat waktu beredar

perpisahankan yang datang itu?
meragut pertemuan berlalu
merampas musim indah bersama
bermusim telah kita himpun mesra
mengecap tawa riang, duka pahit
sebuah perjuangan
dikau curahkn bakti seikhlas hati

demi kami, demi MAHER
segalanya telah terbukti

Begitu cikgu
kami disini ibaratnya bahtera
pada dikau kami serahkan kemudinya
sesekali bila kami lemas di lautan ituy
kausambar dengan unggak cita

katamu:
"dunia pinta keahlian,
lalu mara lah kehadapan"

pesanmu:
" disini medan perjuangan,
jangan tunduk pada cabaran"



Ah, cikgu!
detik ini segala kenangan
bersatu dalam dirinya
hingga tiba-tiba
kami bagai kehilangan bahasa
untuk menyatakan
betapa sesungguhnya kami mengasihimu
betapa sebenarnya kami menghargaimu
sebuah jasa adalah keluhuran budi
selamanya akan kami pahat dalam hati

Cikgu,
lewat perpisahan ini
kami pendam kepedihan disudut rasa
justeru kami mengerti
betapa hidup, perjalanannya masih jauh
dikau kami lepaskan
bersama iringan doa berpanjangan
bersama sebak rasa yang tidak terucapkan

Namun cikgu,
disini putera dan puterimu
pasti akan terus menapak
mengatur langkah di laluan hari
mengisi setiap ruang perjuangan
pesanmu adalah azimat kami
jasamu kukuh disanubari
MAHER, pasti akan terus kami julang!

cikgu,
terima kasih atas segalanya.

nukilan
Ahmad Syawal Hafriz b Abdullah
dipetik dari majalah smk dato' ahmad maher

Sunday, August 28, 2011

kad undangan perkahwinan



assalamualaikum.

terkejut dan tergamam apabila sahabat sekolah rendah menghulurkan sepucuk surat. pelik. surat itu dibuka perlahan.

"undangan majlis perkahwinan S dan S"


mukanya ditatap. tidak percaya. di usia 21 tahun, bakal menjengah ke alam yang satu lagi. alam berkeluarga.

tidak percaya

siapa sangka, bekas ketua pengawas sekolah rendah yang pendiam, baik budi pekerti, perlahan percakapannya, dia yang akan kahwin dahulu.

penulis sempat berseloroh

"awal sangat kahwin"

namun jawapan yang diberikan olehnya membuatkan penulis berfikir

"kalau lambat-lambat, tua"

membuatkan penulis berfikir yang kita ini bukan akan menjadi muda tetapi semakin hari semakin tua. tiba-tiba sahaja perasaan takut tidak dapat jodoh awal menjalar di dalam hati. pelik.

dua tiga kali kad undangan perkahwinan sahabat penulis ditatap. TIDAK PERCAYA. namun kehadiran kad itu juga membuatkan penulis sedar bahawa penulis ini bukan remaja lagi tetapi sudah menginjak ke alam dewasa. tiba-tiba semangat nak kahwin menyala-nyala dalam diri.

sejujurnya penulis agak excited kerana barangkali dia merupakan yang pertama mengikat tali perkahwinan dalam kalangan kami dan yang paling penting di usia 21 tahun. anda mungkin tidak merasa kerana dia bukan orang yang dekat dengan kalian tapi bagi penulis, perasaannya lain semacam.


apa-apa pun, penulis mendoakan sahabat penulis dan pasangannya berbahagia sehingga ke anak cucu dan sentiasa berada dalam bi'ah solehah. amin.

ia sememangnya satu kejutan.

wallahuallam

assalamualaikum

p/s: kamera takdak bateri. tak boleh nak upload gamba kad kahwin tersebut.




Sunday, August 14, 2011

umpama mendaki bukit.

bismillahirrahmanirrahim.

15 ramadhan. sudah separuh kita mengharungi hari-hari di dalam bulan ramadhan. sekejap sahaja berlalu. fasa pertama iaitu rahmah sudah berakhir. moga-moga kita dilimpahi dengan rahmah dan barakah daripadah Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Dan sekarang kita sedang melewati fasa yang kedua, maghfirah atau keampunan. marilah sama-sama kita gandakan solat taubat kita agar kita diampunkan dan tidak menjadi seperti apa yang didoakan oleh jibrail dan nabi. Ingatlah Allah itu Maha pengampun. Dan seterusnya kita bakal memasuki fasa yang ketiga iaitu itqan min an-nar, pembebasan daripada api neraka. moga kita sama-sama diberi kekuatan oleh Allah taala untuk sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya dengan sebaik dan seikhlas mungkin. insya-Allah. amin.



ibadat puasa kita ini umpama mendaki bukit kan? ia ada tiga fasa.

fasa pertama: pendakian

fasa kedua : puncak

fasa ketiga : turun





FASA PERTAMA: PENDAKIAN

bagaimana agaknya masa kita hendak mula- mula mendaki? penat bukan? lelah. sakit. kejang otot. dan sebagainya. pelbagai masalah yang kita hadapi. begitulah kiranya pada permulaan puasa.(tidak bagi semua orang kot. yang kuat imannya lain cerita. :D) pada hari-hari pertama puasa pelbagai masalah timbul. susah, sakit perut, lapar, pening dan pelbagai "kesakitan" lain yang kita rasa. pada hari-hari pertama inilah kita asyik melihatkan jam di dinding. berapa jam lagi hendak berbuka. waktu dirasakan lambat. sesaat itu dirasakan lama. penulis sendri pernah terdetik di dalam hati "lambatnya nak berbuka". :D

namun apabila kita terus terusan melalui hari demi hari di dalam bulan ramadhan, setiap hari yang berikutnya menjadi lebih baik berbanding dengan hari yang sebelumnya. tetapi dengan syarat kita hendaklah lakukannya semata-mata kerana Allah ta'ala. sehinggakan pada suatu saat kita tidak merasa puasa itu sesuatu beban lagi. kita berterusan melalui setiap hari dalam bulan ramadhan dengan sebaik mungkin. insya-allah. sehinggalah kita tidak terasa yang kita sedang memasuki fasa yang kedua iaitu puncak dan bakal samapai ke kaki gunung.

FASA KEDUA & KETIGA : PUNCAK & TURUN

bagi penulis, kita sudah berada di puncak. hal ini demikian kerana selalunya puncak sebuah gunung atau bukit merupakan satu titik pertengahan di antara tempat pendakian dan tempat turun. dan apabila kita berada di puncak dan melihatkan tempat turun, apa yang kita rasa? semangat bukan?. Dan proses untuk "turun" itu dirasakan sekejap. setiap hari dirasakan semakin pantas. sekejap sahaja. hari ini 15 ramadhan esok sudah 16 ramadhan. hal ini demikian kerana kita sudah biasa dengan dugaan bulan puasa tersebut dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar memikirkan HARI RAYA yang bakal datang. benar hari raya itu merupakan hari kemenangan buat kita. namun kita usah alpa dalam mendatangi hari-hari terakhir ramadhan. LAILATUL-QADR. kita seharusnya menggunakan kelebihan yang ada pada kita : semangat dan perasan "kebiasaan" pada diri kita untuk gandakan ibadat kepada Allah ta'ala.

Penulis terfikir kenapa Allah menyembunyikan lail-al-qadr pada 10 akhir ramadhan. Ini kerana di akhir-akhir ramadhan, kita (termasuk penulis) lebih memikirkan tentang hari raya berbanding menambahkan ibadat kepada Allah. Dan Allah telah menurunkan rahmat dan barakah yang sangat banyak pada malam tersebut dan dirahsiakan bilakah waktunya supaya manusia sentiasa bersemangat untuk beribadat kepada allah.

bagi penulis ibadat kepada allah yang sangat penting. dapat bertemu dengan lail-al-qadar merupakan satu bonus. bukan tidak mahu. kita berusaha ke arah untuk mendapatkan malam itu namun segalanya terletak pada ketentuan Allah. yang penting usaha ke arah mendapatkan malam tersebut dahulu.

percayalah, sekiranya kita memberikan usaha kita sehabis baik semasa proses pendakian, semasa di puncak hatta semasa proses penurunan, di kaki bukit itu nanti kita akan rasa puas. kita akan rasa gembira. kerana apa? kerana kita telah lakukan yang terbaik.

itulah ganjaran yang Allah janjikan buat hamba-hambanya selepas ramadhan : TAQWA.

marilah kita sama-sama memperbaiki diri.

kalau ada salah silap. maaf ye.:P

wallahualam.

p/s: perumpamaan ni diberikan semasa tazkirah semasa solat tarawikh. :D.
pelik, bulan puasa banyak pulak benda nak di post.

lee chong wei kalah lagi~ tak tengok pun tak apa.

Wednesday, August 10, 2011

10 ramadhan



"sujee ada hantar mesej".

kakak sulung penulis bersuara. memecahkan kesunyian dalam kereta. penulis sedang dalam perjalanan menghantar kakak penulis ke tempat kerja.

"mesej apa?". penulis masih mamai. tidak dapat menangkap apa yang kakak penulis maksudkan.

kakak bersuara buat kali kedua.

"sujee tulis, ingat tak 10 ramadhan?"

"10 ramadhan?" penulis bingung. "kenapa?"

kakak penulis meyambung.

"10 ramadhan setahun yang lepas, semua berkumpul di hospital."

-------------------------------------------------------------------------------

memori tersebut kembali bertandang. setahun yang lepas. penulis baru sahaja menjejakkan kaki ke fakulti perubatan, uiam. masih hijau lagi. sedang penulis berhempas pulas menyesuaikan diri ditempat baru, ada seorang insan sedang bertarung di hospital. arwah bapa saudara penulis.

hari tu hari jumaat. kebanyakan ahli keluarga penulis semua berada di hospital. kecuali penulis dan beberapa orang saudara yang lain.

penulis meminta kebenaran untuk pulang. namun kata umi, tak perlu. cuma kirimkan doa untuk arwah ayoh ngoh. penulis akur.

tengah hari hari jumaat, sebelum solat jumaat. kakak penulis telefon. ayoh ngoh dah pergi.

hanya sekeping gambar semasa dikafankan yang sempat penulis tatap.

moga-moga dia ditempatkan orang-orang yang soleh.

-------------------------------------------------------------------------

kakak menyambung bicara.

"arwah tok ayoh dulu mati sebelum pergi sembahyang jumaat"

penulis terus membisu. mamai sudah berkurang dek neuron-neuron yang bekerja memerah memori yang sudah setahun berlalu.

"bukan hari ni jari jadi faiz (adik penulis)" penulis menukar topik perbualan.

"ye lah, sekali dengan razin (sepupu penulis) . sama hari lahir dengan anwar ibrahim".

penulis hanya tersenyum.

"patutlah kakak penulis bercadang nak beli pizza. birthday aku hari tu takde buat apa-apa pun" getus penulis.

perbualan kami terhenti. kereta myvi putih terus meluncur dalam kesesakan jalan di kota bharu.

istighfar terus memenuhi sanubari.







selamat hari jadi buat adik bongsu penulis dan sepupu penulis. wakakaka~


ni bulan puasa. makanlah apa yang ada.









p/s; entri tentang arwah bapa saudara penulis, pernah penulis tulis dalam entri yang lepas. check it out!

setiap yang bernyawa itu pasti akan mati



Sunday, August 7, 2011

orang gila tak masuk hospital

sedang penulis ralit mendengar kuliah maghrib daripada seorang ustaz, beliau tiba-tiba menanyakan satu soalan.

"ramai tak orang gila masuk hospital?"

muka penulis berkerut. tentulah la ramai. tengok hospital bahagia. penuhkan? itu tak kira lagi wad-wad psikiatri di hospital kerajaan yang lain.

tapi itu bukan maksud soalan ustaz tersebut. maksud ustaz tersebut ramai tak orang-orang gila masuk wad biasa. wad kardio ke. etc etc.

kepala penulis sekali lagi berputar ligat. mengimbas kembali pengalaman memasuki wad-wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

benar. tak ada. yang ada semua manusia yang normal.

ustaz tersebut menyatakan tak ramai kan? penulis mengangguk perlahan. masih mendambakan sedikit penjelasan.

ustaz tersebut pernah menanyakan hal ini kepada seorang doktor pakar. guess what?

doktor pakar pun bersetuju dengan kenyataan ustaz tersebut. tajam sungguh pemerhatian ustaz tersebut.

kenapa ya?

PERTAMA

ORANG GILA TAK PERNAH STRES.

BUKTI: mereka selalu tersenyum. ada pernah nampak mereka serabut, tension? tak ada kan? mereka gembira dalam kehidupan mereka. mereka tidak hiraukan orang lain. yang penting hidup mereka gembira. itu sudah cukup.

percayalah stres adalah salah satu punca kehidupan kita tidak gembira. harus diingatkan. stres boleh dibahagikan kepada dua. stres baik dan tidak baik. tidak dinafikan kita memerlukan stres dalam kehidupan kita agar kita mampu untuk melakukan sesuatu. stres itu umpama daya tujah kepada diri kita agar kita bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

namun jika ianya stres yang tidak baik, anda sedang mengundang penyakit.

KEDUA

ORANG GILA QANAAH

apa itu qanaah?

QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. maksudnya kita sentiasa bersyukur dengan apa saja kurniaan allah.

Rasulullah saw bersabda:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).


orang gila QANAAH?

yeap.

bukti: tidur tepi jalan ke, atas kotak lusuh ke. mereka tidak mengeluh. tidak merungut. makanan apa orang bagi dia makan kan? hujan sedikit dah tak nak datang masjid. (macam halilintar memanah hati .:P)

KITA?

time buka puasa

-tak bestlah lauk ni
-masin sangatlah
-tawarlah

etc etc etc

-penulis pun begitu sebenarnya- :P

KETIGA

ORANG GILA SELALU SENYUM :D

setuju atau tidak, itulah hakikat. mereka selalu tersenyum. itu tandanya mereka bahagia. logiknya, bila kita senyum maksudnya apa? "everything is running well" kan? maknanya kita bahagia. kita gembira.

the sexiest curve is your body is, your smile.

senyum, tak perlu kata apa-apa

KESIMPULAN

JADILAH SEPERTI ORANG GILA. haha. ni kata ustaz tulah.

maksud ustaz itu

-jauhilah stres yang tidak baik
-jadilah hamba yang qanaah
-sentiasalah tersenyum dan jadikan hari ini hari yang terbaik buat diri kita.

tapi yang paling penting, SMS kepada Allah selalu agar dia sentiasa membantu kita untuk menjalani kehidupan yang bahagia.

ini jawapan dan huraian yang diberikan oleh ustaz tersebut. dialih bahasa dari bahaso kelatey kepada bahasa melayu standard.

wallahualam

Monday, August 1, 2011

cantiknya rasulullah bergurau

Anas bin Malik r.a berkata:

"suatu hari, Zahir seorang lelaki kampung (badwi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, 'Zahir ialah orang badwi yang merupakan sebahagian daripada kita dan kita pula adalah orang kota yang selalu akan menyayanginya. ' Rasulullah sendiri sangat menyenangi Zahir walaupun zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika, Rasulullah saw menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat meilhat orang yang mendakapnya pun berkata, "siapa ini? lepaskan aku!". Setelah itu zahir pun sempat menoleh ke belakang dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah saw. Dengan itu, Zahir membiarkan agar terusa dapat didakap oleh Rasulullah . Rasulullah kemudian dengan secara bergurau berkata, "siapakah yang hendak membeli budak ini?"

(riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

lucu kan? bagi penulis kisah ini sangat lucu. sungguh cantik gurauan Rasulullah. :D




funny facts:

1. kebanyakan serangga adalah pekak
2.tupai mudah lupa dimana separuh makanan yang disembunyikannya
3. nyamuk tertarik dengan warna biru berbanding warna lain
4. TIKUS TIDAK AKAN MUNTAH

entri kali ini diambil daripada buku GEN-Q, terbitan telaga biru.

penulis syorkan kalian membaca buku ini. makalah ini lebih kurang macam solusi namun pendekatannya lebih kepada remaja. wah! masih remajakah penulis? well~ smile

wallahuallam.

salam alaik

Friday, July 29, 2011

a short message from him



1 am
msg masuk
nombor tak dikenali
mode: tak boleh tidur gara-gara secawan kopi
-----------------------------

tgh study d malam hari and my friend mengeluh, dah 28/7. and i was like, oh. Msia dh 29/7 kan? suddenly i remembered it's time for your birthday, my best friend

happy birthday sham. i know you sorok your birth date dkat fb, but i can still remember tarikh tu la. badan dah tua, tp memori xkan padam.

penulis tersenyum lebar dalam sunyi gelap malam. dah boleh agak siapa empunya cuma ada sedikit keraguan. tapi tekaan penulis memang tepat. sahabat sekolah menengah yang sudah lama tak berjumpa. berada jauh nun di india.perubatan.

terima kasih sangat2.


being blessed by Allah to have a great friend by your side is one of the greatest blessings by him. Alhamdulillah. I am praying for him that he can pass his coming PRO EXAM with flying colours.


--------------------------
suddenly, i heard voices outside of my room and it is already 2 am. and that will be another story.

thank you to all my friends for all the wishes.

happy birthday~

salam alaik

p/s. i didnt paraphrase the msg that had been sent by my best friend. :D