Sunday, October 11, 2009
Gadis itu
Gadis itu sungguh luar biasa. Siapa sangka disebalik tudung litup terselit sebutir permata yang sangat berharga. Gadis itu tidak perlu menjadi Siti Nurhaliza, Erra Fariza ataupun siapa-siapa. Gadis itu sangat istimewa. Gadis itu umpama serikandi islam tatkala ramai serikandi-serikandi yang lain gugur diratah oleh binatang-binatang buas. Namun gadis itu tetap berjaya mempertahankan dengan iman dan taqwa. Gadis itu umpama permata yang tidak ternilai. Permata yang tidak pernah terusik oleh sebarang kekotoran. Permata yang sentiasa dilindungi oleh cengkerang iman dan taqwa.
Gadis itu sangat istimewa
Thursday, October 8, 2009
hamba allah yang maha pengasih
Bumi kelantan dijejaki tepat pukul 5 pagi. Aku disambut dgn kereta gen-2 buatan Malaysia.awal jugak ayah aku datang. Selalunya agak lambat dia datang. Mungkin dah biasa kot mengambil anak2 pulang dari jauh. Sampai dirumah 5.15 pagi. Walidah aku sudah bangun. Tapi dia memang selalu bangun awal pun. Nak siapkan makanan untuk adik-adikku yg masih lagi berbaki dua orang untuk kesekolah. Seorang sekolah pagi,dan seorang lagi sekolah p
Minggu ini aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. Seorang sahabat yang senantiasa sabar melayan kerenah aku yang selalu meyakiti hatinya. Namun dia tetap sabar dengan aku. Sukar untuk dicari untuk yang kedua.
NIK ABDUL HANNAN (HAMBA TUHAN YANG MAHA PENGASIH). Perkenalan aku dengan Hannan agak lama, Cuma kami yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dia bersekolah rendah disebelah sekolah rendah yang aku belajar. Di kampung kami terdapat dua buah sekolah rendah yang kedudukannnya sebelah menyebelah. Jadi ibu bapa bebas hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mana satu. Perkenalan aku dengan hannan bermula pada tingkatan dua. Kami ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Masa tingkatan satu kami tidak sekelas walaupun belajar dalam aliran yang sama (aliran arab)-arab komunikasi sahaja-.
Bagaimana aku mengenali Hannan?? Kisahnya bermula di pusat sumber sekolah, waktu pendidikan jasmani. Mathematics mempertemukan kami. Macam cerita cinta pulak. Haha.. Tapi inilah kisah cinta aku dengan seorang sahabat. Cinta kepada seorang hamba ALLAH kerana ALLAH. Seperti diakui,kelemahan terbesar aku ialah mathematic. Namun dgn bantuan hannan, prestasi math ak meningkat.. hubungan persahabatan kami berlarutan sampai tingkatan 3. selepas PMR diumumkan, alhamdulillah kami mendapat keputusan yg cemerlang dan mendapat tawaran ke MRSM yg sama,tapi kami menolak. Kami percaya rezeki kami masih lagi disekolah lama. Persahabatan kami diteruskan sehingga tingkatan lima.Tingkatan 5,tahun yg penuh dgn cabaran. Banyak kali hati terguris. Mulut ak agak laju sikit. Jadi kalau tak dikawal, segala benda keluar. Pernah sekali aku memarahi hannan dgn kata-kata yg bisa memutuskan tali persahabatan yg telah tebina sekian lama. Namun satu benda aku respect kat Hanann, dia sempoi,tak amek kisah. Dia tahu yg ak agak tertekan dengan segala benda –debate,prs,study,keje add math yg bertimbun- etc.. dia wat derk je.
Lepas 2-3 hari boleh plak gelak2.
Lepas SPM,masing2 membuat haluan sendiri. Ak meneruskan pengajian di UIAM, bidang perubatan. Hannan meneruskan pengajian di MSU,persediaan ke
Sunday, September 13, 2009
JAGA KAU PAK CIK BUS!
hari ketiga berada di teratak ayah dan bonda bersempena dgn cuti raya.kejap saje.10 hari. tarak cukup maa.. tapi oklah daripada tarak langsung kan?..
ak bertolak dari uia pukul 10 malam. ak n the gang dan majoritinya budak 1st year dalam bus yg disewa khas,bertolak agak lewat dari uia. kenapa??? disebbkn oleh "kesumbatan" oleh budak 1st year.hello! takkan tak bese naik bus.kan dah penah balik midsem??.. haish
ada ke patot boleh tido sebelum balik???..kalau kejut dan bgn takpe gak. ni bukan main lagi liat..penat kot..(husnuzon).. akibatnya terlepas bus.naik la bus ak. yg tu brother. si sister sorang ni tersilap naik bus. pening aku. kalau ikutkan nama dalam senarai, seorang brother telah membatalkan tiketnya untuk balik dgn Perdana tapi "seat" dalam bus tetap tak cukup. kepala ak berputar ligat. makhluk manalah yg naik plak ni. tup2, ak dapat tahu ada sorang 1st year sister tersalah naik bus tapi wt senyap jerk.memang nak kena. at least beritahu la. si pak cik bus tu plak kurang mesra sikit..tension agaknya...byk keje time bulan ramadhan ni..lolz~
bus plak slow. hati ku ni dah tak sabar2 nak bersahur dgn family. masih lagi ak ingat pesanan umi ak melalui khidmat pesanan ringkas:
"kalo sempat sahur kat umah,lagi baik"..lagi lah nak balik.mulut ak ni dah tepu dgn masakan kat uia.-masakan lebihan time berbuka dipansakn semula untuk sahur-sabar jelah....
hati ini senantiasa berharap agar dapat sampai kat umah dgn cepat.
tup2,harapan tinggal harapan..hahaha..pukul 3 bru bus berhenti rehat. ak tak berapa nak boleh tido dalam bus.tak best.hehehe..pukul 3am baru kat Merapoh. 3 jam lagi baru sampai Gua Musang. nak sampai KB tambah lagi sejam. sabar jelah..
pukul 5am bus berhenti buat kali kedua.SAHUR.
diorang ni makan ke apa?.pukul 3 dah makan.pukul 5 makan lagi.ada abomasum ke apa???..
ak dah mengamuk time ni. "mood" ak yg tenang bertukar arus.mulut dimuncungkan.dahi dikerutkan. lantaklah nak jadi apa..solusi yg terbaik-berdiam diri-
mata ak masih degil untuk ditutup ditambah dgn hati yang membuak2..sabo jelah
dipendekkan cerita,ak sampai kat umah 630am. ak tak bercakap sepatah apa pun gara2 tak dapat bersahur kat umah.pintu bilik dihempas kuat.tanda protes.. JAGA KAU PAK CIK BUS!.. walid & walidah ak dah masak dgn perangai ak. kalau marah, ak akan baling semua benda. hempas pintu bilik kuat2.walid ak diam seribu. kalau dahulu, time ak kecik2, mengamuk je, ada je hadiah yg diberi tapi sekarang dah besar..malas dah nak tegur agaknya.. hahaha.. sori abah...marah ak bukannya lama..hahaha..2-3 hari baik lah tuh..walid ak pn dah tahu perangai ak. dia pn tak bertanya byk dgn ak melihatkan ak yg agak kurang mesra..hehehhe.. dgn masam mencuka ak wt tak tahu je org sekeliling.adik2 ak pn tak berani tegur.. hahahahah
bukan apa,harapan ibu nak bersahur dgn anaknya gagal dilunaskan gara2 bus slow n "kesongehan" bdk2 1st year yg besar kepala,nilah jadinya..hampir satu hari ak tido n tak bercakap... kekesalan kerana gagal memenuhi permintaan bonda tercinta.. berdiam diri merupakan jalan terbaik bagi ak time marah. daripada ak maki hamun, baik senyap. kan?
hari kedua dah elok sikit tapi "swing" tetap ada.
dan masuk hari ketiga(today)...mood ak dah ok.alhamdulillah.
apa2 pn,ramadhan berbaki 6 hari sahaja lagi. ak harap segala dosa ak diampunkan. amin
salam alaik~
Wednesday, September 2, 2009
alahai MEDCY~
Friday, August 28, 2009
kerana mereka mahu terbang~
Saturday, August 22, 2009
first day of ramadhan~
Sunday, August 16, 2009
ahlan wasahlan ya Ramadhan~
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi