Sunday, October 18, 2009

biarkan anak kecil itu berlari

biarkan anak kecil itu berlari
mengejar mimpi-mimpi
biarkan anak kecil itu berimaginasi
membina kreativiti
biarkan anak kecil itu menangis
memupuk sifat empati
biarkan anak kecil itu bermimpi
meneroka dunia fantasi
biarkan anak kecil itu bergaduh
mengenal mana kawan mana musuh
biarkan anak kecil itu cedera
kelak dia akan waspada
biarkan anak kecil itu bergembira
kelak dia tidak akan berduka
biarkan anak kecil itu mengembara
mengenal pelosok dunia
biarkan anak kecil itu berkawan
membina semangat setiakawan
biarkan anak kecil itu bermain dalam duniannya tersendiri
usah disekat
usah dipagari
kelak memakan diri
namun
usah dibiarkan tanpa agama
takut ditelan bumi yang dahaga
usah dibiarkan tanpa iman
takut diratah manusia jahanam

biarkan anak kecil itu berlari
mengejar mimpi
biarpun ianya belum pasti
namun itulah fitrah seorang insani

Saturday, October 17, 2009

BiNgKiSaN BuAt PeNgAnTiN PeReMpUaN (finale)

<3 selalu berdoa agar suami menyayangi kita
<3 bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja
lain
<3 belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dgn tepat
<3 ruangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
<3 TANYA IBU MERTUA, ABANG ATAU KAKAK IPAR MENGENAI HADIAH YG DISUKAI OLEH SUAMI DAN
BELIKAN HADIAH TERSEBUT SBG CENDERAHATI @ SBG MEMUJUK
<3 MASAK RESEPI IBU MERTUA (KEGEMARAN SUAMI) SEKALI-SEKALA
<3 beri pujian terhadap penampilan suami (kacak,rambut,wajah ETC)
<3 cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati
<3 ELAKKAN SUAMI DARIPADA MENUNGGU LAMA TERUTAMA APABILA BERSIAP
<3 bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana
memberitahu
<3 UCAPKAN KATA-KATA SAYANG YG ROMANTIK PADA SUAMI SEKURANG-KURANGNYA 2 KALI SEHARI
<3 bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya
<3 bila ingin memesan barang, senaraikan di atas kertas. jgn buat suami pergi kekedai
2-3 kali.
<3 PELUK SUAMI DGN PENUH KASIH SAYANG SEBANYAK 7 KALI SEHARI
<3 jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala tanya bila dia akan pulang.
fahamilah dia perlu bersendirian untuk berfikir
<3 sekiranya suami marah, jgn sekali-kali menjawab (biarpun kita tidak bersalah)
terangkan keadaan sebenar selepas dipujuk
<3 sentiasalah anggun ,kemas dan wangi
<3 JGN TUKAR-TUKAR TELEVISYEN BILA MENONTON BERSAMA SUAMI
<3 JAGA MARUAH SUAMI TERUTAMA DIKHALAYAK RAMAI
<3 BILA BERPEGANGAN TGN, PEGANGLAH SEBAGAIMANA DISUKAI OLEH SUAMI
<3 buatlah air minuman untuk suami tanapa diminta @ bertanya. cth "abg nak minum?"
<3 SENTIASA BERSEGERA APABILA BERSIAP DAN JGN TIBA-TIBA INGIN MENUKAR BAJU YG DIPAKAI
<3 pergi dating sekali sekala

pelbagai reaksi dizahirkan tatkala post berkaitan dgn perkahwinan ditulis.tapi ini hanyalah sekadar sedikit perkongsian daripada saya untuk kalian. sekiranya kalian tidak bersetuju, saya memohon jutaan ampun.
chill oke!!

salam alayk~

Tuesday, October 13, 2009

bingkisan buat pengantin lelaki

• Sentiasa berdoa agar disayangi
• Bila balik rumah,tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain
• Berlatih untuk mendegar dengan baik
• Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah
• Bila lambat pulang beritahu lebih awal kepada isteri
• Jika perlu untuk menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir
• Bila sudah sejuk beritahu kepada isteri anda apa yang menganggu fikiran anda secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila keluar Tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan
• PELUK ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG EMPAT KALI SEHARI
• UCAPKAN KATA-KATA SAYANG SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI SEHARI
• Ajak isteri berjalan tanpa anak-anak
• Cuba tunaikan apa yang yang dihajati oleh isteri
• NYATAKAN YANG ANDA MENRINDUINYA BILA BERJAUHAN
• Urut-mengurut isteri atau seumpamnya dari semasa ke semasa
• Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri
• Bila berpegangan tangan, jangan biarkan tangan longlai
• BILA MAKAN DILUAR JANGAN HARAPKA ISTERI MEMILIH TEMPAT MAKAN SETIAP MASA
• Sabar bila isteri lambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai
• BERI PERHATIAN YANG LEBIH KEPADA ISTERI DARIPADA ORANG LAIN SEMASA DIKHALAYAK RAMAI
• Berikan respon yang posistif bila mendengar isteri bercerita
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. MANJAKAN ISTERI SEPERTI MANA MEREKA MEMANJAKAN KITA.

Salam alayk~

Sunday, October 11, 2009

Gadis itu

Gadis itu tak perlu menjadi persis Siti Nurhaliza untuk diminati ramai. Aura yang ada pada dirinya sudah cukup untuk menarik ramai mata yang memandang.Gadis itu tidak perlu menjadi persis Erra Fariza untuk menjadi cantik. Aurat yang ditutupnya sudah cukup menjaga kecantikannya daripada ditatap oleh para lelaki ajnabi. Katanya aurat perlu dijaga agar tidak menimbulkan fitnah. Gadis itu tidak perlu menjadi seorang ahli gusti untuk menjaga prinsip-prinsip yang telah ada didada. Cukuplah dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Rabbul ‘Al-amin untuk menjaga prinsip-prinsipnya itu. Gadis itu cukup menjaga prinsip-prinsipnya dan tidak akan bertolak ansur sungguhpun dengan kawan sendiri. Sungguh kuat iman gadis itu. Gadis itu tidak perlu menjadi seorang ahli ternama untuk memiliki teman yang ramai. Cukuplah dengan sopan santun yang dimiliki membuatkan ramai yang ingin mendampinginya. Namun gadis itu sangat menjaga pergaulannya. Gadis itu tidak perlu menjadi seorang tentera untuk mempertahankan Islam. Semangat yang ada didadanya untuk menegakkan Islam sebagai AD-DIN cukup membuak-membuak. Katanya sungguh senang menjadi seorang muslim. Katanya “kita kejar dunia tapi kita jangan lupa akhirat”. Gadis itu, dijasadnya dilitupi duri-duri islam. Amat sukar untuk didekati apatah lagi untuk diajak berbiacara. Gadis itu tidak perlu untuk memiliki harta yang bertimbun untuk membalas jasa walid dan walidahnya. Cukuplah dengan mengingati segala jasa-jasa yang telah ditaburkan dan menghormati mereka.

Gadis itu sungguh luar biasa. Siapa sangka disebalik tudung litup terselit sebutir permata yang sangat berharga. Gadis itu tidak perlu menjadi Siti Nurhaliza, Erra Fariza ataupun siapa-siapa. Gadis itu sangat istimewa. Gadis itu umpama serikandi islam tatkala ramai serikandi-serikandi yang lain gugur diratah oleh binatang-binatang buas. Namun gadis itu tetap berjaya mempertahankan dengan iman dan taqwa. Gadis itu umpama permata yang tidak ternilai. Permata yang tidak pernah terusik oleh sebarang kekotoran. Permata yang sentiasa dilindungi oleh cengkerang iman dan taqwa.

Gadis itu sangat istimewa

Thursday, October 8, 2009

hamba allah yang maha pengasih

Bumi kelantan dijejaki tepat pukul 5 pagi. Aku disambut dgn kereta gen-2 buatan Malaysia.awal jugak ayah aku datang. Selalunya agak lambat dia datang. Mungkin dah biasa kot mengambil anak2 pulang dari jauh. Sampai dirumah 5.15 pagi. Walidah aku sudah bangun. Tapi dia memang selalu bangun awal pun. Nak siapkan makanan untuk adik-adikku yg masih lagi berbaki dua orang untuk kesekolah. Seorang sekolah pagi,dan seorang lagi sekolah p


Minggu ini aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. Seorang sahabat yang senantiasa sabar melayan kerenah aku yang selalu meyakiti hatinya. Namun dia tetap sabar dengan aku. Sukar untuk dicari untuk yang kedua.

NIK ABDUL HANNAN (HAMBA TUHAN YANG MAHA PENGASIH). Perkenalan aku dengan Hannan agak lama, Cuma kami yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dia bersekolah rendah disebelah sekolah rendah yang aku belajar. Di kampung kami terdapat dua buah sekolah rendah yang kedudukannnya sebelah menyebelah. Jadi ibu bapa bebas hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mana satu. Perkenalan aku dengan hannan bermula pada tingkatan dua. Kami ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Masa tingkatan satu kami tidak sekelas walaupun belajar dalam aliran yang sama (aliran arab)-arab komunikasi sahaja-.

Bagaimana aku mengenali Hannan?? Kisahnya bermula di pusat sumber sekolah, waktu pendidikan jasmani. Mathematics mempertemukan kami. Macam cerita cinta pulak. Haha.. Tapi inilah kisah cinta aku dengan seorang sahabat. Cinta kepada seorang hamba ALLAH kerana ALLAH. Seperti diakui,kelemahan terbesar aku ialah mathematic. Namun dgn bantuan hannan, prestasi math ak meningkat.. hubungan persahabatan kami berlarutan sampai tingkatan 3. selepas PMR diumumkan, alhamdulillah kami mendapat keputusan yg cemerlang dan mendapat tawaran ke MRSM yg sama,tapi kami menolak. Kami percaya rezeki kami masih lagi disekolah lama. Persahabatan kami diteruskan sehingga tingkatan lima.Tingkatan 5,tahun yg penuh dgn cabaran. Banyak kali hati terguris. Mulut ak agak laju sikit. Jadi kalau tak dikawal, segala benda keluar. Pernah sekali aku memarahi hannan dgn kata-kata yg bisa memutuskan tali persahabatan yg telah tebina sekian lama. Namun satu benda aku respect kat Hanann, dia sempoi,tak amek kisah. Dia tahu yg ak agak tertekan dengan segala benda –debate,prs,study,keje add math yg bertimbun- etc.. dia wat derk je.

Lepas 2-3 hari boleh plak gelak2.

Lepas SPM,masing2 membuat haluan sendiri. Ak meneruskan pengajian di UIAM, bidang perubatan. Hannan meneruskan pengajian di MSU,persediaan ke India dalam bidang perubatan. Esok ( 7hb),hannan bakal bertolak ke India. Agak sedih. Teman untuk diajak keluar tatkala hujung minggu muncul sudah tidak ada. Sahabat untuk melepaskan tekanan sudah tiada. Satu kekesalan. Sepatutnya hari ni ( 6 hb), aku berjanji untuk kerumahnya, namun disebabkan maslah kenderaan, hasrat iu terpaksa dilupakan. Walidah menggunakan kereta kancil untuk ke kantor. Satu kekesalan yang amat sgt bersarang dihati aku. Apa2 pn ak hanya mendoakan yg terbaik untuk beliau.


post ini ditulis pada 6 hb

di "paste" pada 9 hb

Sunday, September 13, 2009

JAGA KAU PAK CIK BUS!

salam alaik
hari ketiga berada di teratak ayah dan bonda bersempena dgn cuti raya.kejap saje.10 hari. tarak cukup maa.. tapi oklah daripada tarak langsung kan?..
ak bertolak dari uia pukul 10 malam. ak n the gang dan majoritinya budak 1st year dalam bus yg disewa khas,bertolak agak lewat dari uia. kenapa??? disebbkn oleh "kesumbatan" oleh budak 1st year.hello! takkan tak bese naik bus.kan dah penah balik midsem??.. haish

ada ke patot boleh tido sebelum balik???..kalau kejut dan bgn takpe gak. ni bukan main lagi liat..penat kot..(husnuzon).. akibatnya terlepas bus.naik la bus ak. yg tu brother. si sister sorang ni tersilap naik bus. pening aku. kalau ikutkan nama dalam senarai, seorang brother telah membatalkan tiketnya untuk balik dgn Perdana tapi "seat" dalam bus tetap tak cukup. kepala ak berputar ligat. makhluk manalah yg naik plak ni. tup2, ak dapat tahu ada sorang 1st year sister tersalah naik bus tapi wt senyap jerk.memang nak kena. at least beritahu la. si pak cik bus tu plak kurang mesra sikit..tension agaknya...byk keje time bulan ramadhan ni..lolz~
bus plak slow. hati ku ni dah tak sabar2 nak bersahur dgn family. masih lagi ak ingat pesanan umi ak melalui khidmat pesanan ringkas:
"kalo sempat sahur kat umah,lagi baik"..lagi lah nak balik.mulut ak ni dah tepu dgn masakan kat uia.-masakan lebihan time berbuka dipansakn semula untuk sahur-sabar jelah....
hati ini senantiasa berharap agar dapat sampai kat umah dgn cepat.

tup2,harapan tinggal harapan..hahaha..pukul 3 bru bus berhenti rehat. ak tak berapa nak boleh tido dalam bus.tak best.hehehe..pukul 3am baru kat Merapoh. 3 jam lagi baru sampai Gua Musang. nak sampai KB tambah lagi sejam. sabar jelah..
pukul 5am bus berhenti buat kali kedua.SAHUR.
diorang ni makan ke apa?.pukul 3 dah makan.pukul 5 makan lagi.ada abomasum ke apa???..
ak dah mengamuk time ni. "mood" ak yg tenang bertukar arus.mulut dimuncungkan.dahi dikerutkan. lantaklah nak jadi apa..solusi yg terbaik-berdiam diri-
mata ak masih degil untuk ditutup ditambah dgn hati yang membuak2..sabo jelah
dipendekkan cerita,ak sampai kat umah 630am. ak tak bercakap sepatah apa pun gara2 tak dapat bersahur kat umah.pintu bilik dihempas kuat.tanda protes.. JAGA KAU PAK CIK BUS!.. walid & walidah ak dah masak dgn perangai ak. kalau marah, ak akan baling semua benda. hempas pintu bilik kuat2.walid ak diam seribu. kalau dahulu, time ak kecik2, mengamuk je, ada je hadiah yg diberi tapi sekarang dah besar..malas dah nak tegur agaknya.. hahaha.. sori abah...marah ak bukannya lama..hahaha..2-3 hari baik lah tuh..walid ak pn dah tahu perangai ak. dia pn tak bertanya byk dgn ak melihatkan ak yg agak kurang mesra..hehehhe.. dgn masam mencuka ak wt tak tahu je org sekeliling.adik2 ak pn tak berani tegur.. hahahahah

bukan apa,harapan ibu nak bersahur dgn anaknya gagal dilunaskan gara2 bus slow n "kesongehan" bdk2 1st year yg besar kepala,nilah jadinya..hampir satu hari ak tido n tak bercakap... kekesalan kerana gagal memenuhi permintaan bonda tercinta.. berdiam diri merupakan jalan terbaik bagi ak time marah. daripada ak maki hamun, baik senyap. kan?
hari kedua dah elok sikit tapi "swing" tetap ada.
dan masuk hari ketiga(today)...mood ak dah ok.alhamdulillah.
apa2 pn,ramadhan berbaki 6 hari sahaja lagi. ak harap segala dosa ak diampunkan. amin

salam alaik~

Wednesday, September 2, 2009

alahai MEDCY~


memburu dipadang datar
dapat rusa belang dikaki
kita buat iftar,medcy pn nak buat iftar
saje nak "complaint" apa yg tak puas dihati

salam alaik.

merosakkan pantun.hahahah..lama jugak la nak pikir pantun mana yang sesuai nak kutuk society ni. SEDAR atau tidak sudah 12 hari kita berpuasa.memasuki fasa kedua ramadhan.MAGHFIRAH.
moga-moga ALLAH maafkan segala dosa-dosa ak.ameen..

MEDCY stands for MEDICAL SCIENCES STUDENTS SOCIETY,society untuk pelajar medic, pharmacy,dentistry,allied health sciences dan nursing. populasi budak medcy tidaklah seramai ENGENIUS (ENGINEERING STUDENTS SOCIETY) dan tidaklah sesedikit IDEA...hehehhe..
jgn terasa...

tadi alhamdulillah MEDCY dgn jayanya(JAYA ke???) telah membuat program berbuka puasa aka IFTAR di AMF HALL(AL-MALIK FAISAL).. yg dtg agak mendukacitakan. mungkin bajet tidak cukup atau medcy mungkin merangka program hanya untuk kuantiti yang kecil..

keseluruhan bagi ak OK lah.. dari segi promotion sgt MENDUKACITAKAN. Door Bill LEBIH KECIK daripada biasa, ditampal di tempat yg agak "STRATEGIK" sehinggakan org terpinga-pinga dgn program yg dianjurkan oleh medcy.tentatif??? lagi lah.. cuba tgk promotion yg dibuat oleh ENGENIUS..CANTIK,MENARIK,TERTARIK...tentatif ada,speaker pn dinyatakan (SAIFUL ISLAM lg..)..harga yg agak murah (RM 1)...door bill LEBIH BESAR daripada biasa... etc..etc..etc..
tu dari segi promotion..

perjalanan majlis-quite ok... EMCEE(afiq) oklah..menceriakan majlis sebelum buka puasa.. hahaha.. speaker -BEST - TWO THMBS UP!!-
makanan- tak cukup.bukan tak bersyukur tapi dgn bayaran rm3 dgn makanan yg sedemikian rupa amat mendukacitakan.sampai ada yg minta nasi tambah TAPI HANYA NASI... lauk??? makan je tulang... macam mana tu???
comitter medcy perlu lebih alert dgn perkara-perkara sebegini.
yg lain-lain-oklah.
TAZKIRAH-best.sgt menarik.

OVERALL, ok-ok jelah program kali ini. medcy sppttnya lebih bersedia dan tidak perlu buat program secara ADHOC disebabkan oleh society lain buat perkara yg sama.. KESANNYA, program akan jadi berterabur,DAN akan mempunyai banyak kelemahan dan sebagainya. mainboard sepatutnya patut lebih alert akan perakara sebegini.

ak hanyalah menyuarakan apa yg terbuku dihati
jgn diambil hati.
jadikan ini sebagai pengajaran.
buktikan kita pelajar medcy(YG BIJAK2 BELAKA) mampu melakukan sesuatu seperti ORG2 BIJAK lakukan.

memburu di padang datar
dapat rusa belang dikaki
berguru kepalang ajar
------------------------
korang sambunglah sendiri. LU PIKIRLAH SENDIRI.ak tk ingat ending.

salam alaik
-minta maaf kepada semua-