Sunday, January 17, 2010

bila tangan gatal~

bismillah

lebih dua minggu menghirup udara tahun 20-an :P. takde beza pun. hahaha. yg pasti byk benda yag berlaku setelah sepurnama blog ini tidak muncul dengan buah tgn yang terbaharu.

trip to kuantan vs agd medcy. mula-mula kata hati tidak mahu pergi. namun kata seorang sahabat, peluang hanya sekali. pilih yg mana2 satu tak pun pilih dua2. hati aku berkata tak payah pergi. dah la mahal (kuantan, 1st dengar rm 65) tak best (agd, makan keropok lekor???)tapi yg kuantan trip kurang rm 30, yg agd boleh la. namun kata seorang sahabat, agd ramai lecturer pegi. kalau lecturer pegi and sanggup bayar lebih mahal pada student, kenapa kita tak nak korban sedikit duit?? hati berkobar2. betul jugak. agak rasional hujah yg diberikan. tambahan pula, kawan2 yg seangkatan tidak mahu pergi, bertukar fikiran,mahu mengikut sama. jom! melayang rm 40. takpe kata seorang sahabat. ini malam kita. mungkin lepas ni susah nak jumpa. masing2 masuk kulliyyah masing2. sibuk dah. maybe next 5 years if diizinkan allah baru jumpa balik.
tu agd. ikut kata akal, agd aku pergi. prinsip aku, kalau aku pergi agd, takkan pergi kuantan.so agd pilihan aku, kuantan terpaksa aku lepaskan. walaupun masa 1st year, hati ni berkobar2 nak pergi.
yang menyakitkan hati aku, kuantan trip berturutan dgn agd. lepas kuantan trip, agd. sape tak sakit hati???. so perngorbanan harus dilakukan. seorang sahabat pernah berkata, kuantan lepas ni akan pergi jugak. if nak naikkan semangat, pergilah. terima kasih sahabat. agd hanya sekali. agd pilihan hati. (repetition byk sgt)

tuh kisah dilema.ni kisah kuantan trip. honestly, hati cemburu melihatkan gamabr2 yang diambil. sgt2 cemburu. namun kata seorang kwn, setiap benda berlaku, keseronokan berbeza. maybe baagi yg pergi kuantan, keseronakannya begitu and bagi yang pergi agd keseronokan begini. so tidak perlu timbul soalan cemburu. so katanya lagi, kalau kita bercerita kepada org yg tak pergi agd, kita harus pastikan diaorang tak cemburu dgn apa yg kita ceritakan.(hope kalian faham).otak serabut.

aku sgt hepi melihatkan rumate aku hepi. dah lama tak tgk muka hepi. asyik monyok je. senang je tgk muka dia time hepi. alhamdulillah. hope his happiness will long lasting. amin.

to irfan(aku dah masukkan nama kau).hahaha. esok malam kita. wt elok2. hahaha.

tu sajelah buat kali ni. btw, AGD stands for Annual Grand Dinner. AGD special for 2nd year student yang dah nak grad. theme for this sem "islamic glamourous and glorious". macam mana tuh??? apa2 pn, hepi2 kan diri anda

"Ya ALLAH ampunilah aku"

salam alaik~

Wednesday, December 23, 2009

apabila 20 memanggil

salam alaik.

mencari masa walaupun sekejap untuk menulis. agak sibuk sekarang ni menghadapi saat-saat akhir semester yang berbaki 2 bulan lagi KOT. tak ingat sangat almanak untuk semster ni.hehehe.. teringat keluhan para sahabat. ramai yang berasa sangat malas dgn sem ni. alasannya sebab dah lama belajar kat matric dan ini merupakan sem akhir.lepas ni takda dah chem,phy,bio,MATH etc.aku pun sama.tapi cuba dilawan nafsu tersebut. mujahadah. dan waktu yang tinggal untuk menjengah tahun baru masihi tinggal beberapa hari sahaja lagi. bertambah usia aku. jika dulu angka belas masih lagi ada sekarang angka belas sudah tidak ada. yang ada angka dua dan dinaikkan kepada puluh. cuak sangat2. kadang-kadang diri ini terfikir layak ke aku untuk memasuki alam 20,meninggalkan zaman remaja yang penuh dengan pengalaman2 yang menyeronokkan.

peningkatan umur bermakna pemikiran turut meningkat.semakin matang dan rasional. tapi kalau dikira diperhati rasanya diri ini belum layak untuk memegang angka 20.banyak lagi kekurangan dari segi pemikiran,agama,ilmu dan sebagainya.

peningkatan umur bermakna kita semakin hampir dengan mati kita.cukupkah amalan aku?banyakkah dosa aku?sudah banyakkan bakti aku kepada ibu bapa?

peningkatan umur bermakna kita sudah semakin dewasa.bolehka kita berperangai seperti seorang dewasa?sanggupkah kita meninggalkan perkara-perkara zaman remaja dulu? a leopard will not change its spot. adakah benar pernyataan ini.

peningkatan umur bermakna kita perlu memikirkan masa depan kita. bolehkah aku menjadi doktor@lawyer@majistret?? layakkah aku menjadi seorang ayah @ ibu?

begitu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan sebelum angka 20 tiba. perlu banyak muhasabah.pesanan untuk diri sendiri jugak.

peningkatan usia akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak mahu melakukan anjakan paradigma(lama tak guna) dari usia sebelumnya.

usia meningkat mati semakin mendekat.

salam alaik.

Saturday, December 12, 2009

-cari pasangan-

salam alaik.

ilham datang dengan tiba-tiba semalam selepas mendengar nasyid "cari pasangan" by rabbani. best sgt. for your information : abdul muntaqim loves this song so much. :D
tetapi terpaksa ditangguhkan dek kerana waktu malam yang hampir melabuhkan tirainya dan paksaan oleh sepasang mata untuk ditutup buat seketika.

dalam hadis RASULULLAH SAW telah dinyatakan ciri-ciri pasangan yang perlu dipilih :
(maaf tidak ikut turutan.cuba cari hadis tersebut tapi tak jumpa. so kalau salah, please correct it for me)

1: yang berharta
2: yang baik rupanya
3: yang bernasab
4: yang beragama

namun dalam keempat-empat pilihan tersebut RASULULLAH SAW suruh pilih yang keempat, yang beragama. kenapa yang beragama?? ini kerana orang yang beragama sudah pastinya memiliki 3 lagi ciri lain. beragama bermakna seseorang itu meyakini ALLAH yang esa dan MUHAMMAD SAW. hal ini demikian kerana dengan agama, secara total dia mempunyai pakej yang lengkap. terpelihara dari segala maksiat kerana wujud ketakutan pada ALLAH yang MAHA MELIHAT.

dengan mempunyai agama, sudah pastinya seseorang itu mempunyai nasab/salasilah yang mulia. bukan daripada keturunan zina. semuanya kerana agama di dada.

dengan agama, baik rupanya.Nabi s.a.w. menganjurkan kita mencari yang baik dari segi rupa paras apabila kita memandangnya. Sejuk apabila dilihat dan dapat mengikat hati suami untuk tidak lagi melihat perkara yang ditegah seperti melihat aurat aurat yang berkeliaran diluar rumah. Wajah yang cantik dapat membahagiakan suami menenangkan hati suami. Manakala dari sudut makna yang tersirat pula kecantikan dalaman yang sebenarnya dimaksudkan oleh nabi. Terdapat khilaf dan perselisihan pendapat ulama dalam menentukan maksud ayat ini. Namun kedua duanya sama baik. sebab ada hadis nabi s.a.w. yang mengatakan dalam diri manusia itu ada seketul daging atau darah. apabila baik ia ( baik di dalam ) maka akan baik lah jasad luaran keseluruhannya. maka seketul daging itulah yang dinamakan hati.Baik di dalam yakni terhindar dari segala jenis perasaan yang tidak elok. agama menganjurkan kita supaya mengamalkan segala yang telah termaktub dalam al quran. dalam al quran byk nilai-nilai murni yang dpt diambil dan dipraktikkan. so sekali lagi dengan beragama, kita dapat mewujudkan rupa paras yang baik/personaliti yang unggul.

yang berharta. harta tak semestinya berbntuk material. ilmu boleh menjadi harta yang amat berharga. amat2 berharga. dalam al quran surah al-alaq ayat 1-5 menyuruh kita agar mencari ilmu. dengan ilmu.kita dapat mentadbir rumah tangga dengan baik. sebab itu kita perlu menghadiri kursus perkahwinan sebelum kahwin. kerana apa?? untuk memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang realiti rumah tangga. tak gitu SHAKE?.. HAHA

jadi, kalau nak cari pasangan cariklah yang beragama. percayalah kalau agamanya mantap,yang lain turut mantap.

islam itu mudah.

cari pasangan biarlah betul. :P

salam alaik.

Thursday, December 10, 2009

.:dua kisah satu rasa:.

salam alaik.

setelah berjeda buat beberapa ketika kerana memenuhi tuntutan akademik yang tidak pernah putus-putus, ana kini boleh melepaskan lelah sementara berada di rumah. MID BREAK. ok let gets dirty!

kisah 1 :

selalunya, orang selalu cakap dia takut akan hantu. walhal dia tak pernah tengok pun rupa hantu. tapi kepada ALLAH tak pernah pulak takut. walhal dia pun tidak tahu bagaimana bentuk ALLAH itu. tapi dia tahu yang ALLAH itu tuhan sekalian alam. buktinya dalam surah al-fatihah ayat pertama ."segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam". sudah nyata bahawa ALLAH itu TUAN yang mengawal seluruh alam ini. Segala puji bagi ALLAH itu bermaksud kita memuji ALLAH kerana mentadbir alam ini.kalaulah benda lain yang mentadbur alam ini, 'confirm' porak peranda. namun walaupun sudah terbukti yang allah itu TUAN kepada tuan, manusia masih juga melakukan maksiat, tak kiralah besar ke kecil."diri ini turut terasa". kenapa? anda sendiri fikirkan.

kisah 2:

situasi di Central Spine HMS department.
student second year( golongan yang tak exempeted )sibuk mencari jawapan kepada soalan midsem physics. ada yang membuat consultation. ada yang berbincang ngan kawan dsb. bertembung ngan shake ngan amy. dia orang baru lepas consultation. sempat borak-borak ngan shake sambil bincang consultation.

sham: selalu jek salah
shake: aku pun
sham: aku tak pernah yakin pada diri sendiri
shake: kau bukan tak yakin. KAU TAKUT PADA NOMBOR.(selamba je cakap)

memang. aku takut pada nombor. bagi aku nombor sangat mengerikan. tak tahulah kenapa.

sham: camne kau tahu shake?
shake: aku suka perhatikan orang.

aku senyum.shake memang suka tgk org. sampai benda2 kecik pn dia boleh nampak. even perangai rumate aku pn dia boleh tahu. sape kah dia? rahasia kami berdua.
aku memang lemah dengan subjek berkaitan dengan nombor. minta maaf. aku memang kurengg dengan nombor. tapi kalau bio atau benda2 yang boleh bygkan gambar dalam otak ni insya-allah boleh. setiap kali buat latihan dgn nombor, konfem takde semangat. minta maaf. aku memang tak berape hebat untuk 'deal' dgn nombor. puas dipujuk,puas dirayu,hati ini tetap tidak mahu menerima. org kata dari mata turun ke hati. namun semakin byk aku tgk nombor, semakin gugup hati aku. serius. definitely i cant live within a world that full with numbers. tapi aku dah pilih jalan ni. bidang sains. nak tak nak,kena deal dgn nombor. pada mulanya hati menentang, tapi walaubagaimanapun hati ini menentang, aku perlu menerima hakikat yang nombor tak dapat dipisah-kan dengan budak sains.

kadang-kadang terfikir kenapa ALLAH takdirkan aku memilih bidang sains sedangkan aku tidaklah sehebat mana. kelogikan akal aku tidak setinggi FAQIH, pemahaman aku tidak sehebat IRFAN, kerajinan aku tidak sekuat LUTFI dan pengaplikasian segala formula dalam kehidupan aku tidak se"CEKANG" munirah syakirah. kadang-kadang ingin sahaja berhenti setakat ini. tidak mampu lagi rasanye diri ini untuk mengahdapi segala nombor dan formula yang perlu dihadam. putus asa pernah tumbuh dalam diri. namun aku masih ingat "putus asa itu salah satu sifat syaitan". kudrat ini digagahkan jugak menghadapi segala nombor-nombor dan formula-formula yang perlu dilarutkan agar menjadi standard solution yang mempunyai pH 7 dalam otak. hanya sabar yang mampu melarutkan semua menjadi satu solution yang bakal ditirate atas kertas soalan untuk mendapatkan hasil yang diperlukan.

maaf nada kekecewaan. mungkin emosi belum stabil dengan masalah yang melanda diri.

.:salam alaik:.

ps:baru smpai rumah.ngantuk.

Saturday, November 28, 2009

cerita 24 jam satu hari



salam alaik

bismillah.

tatkala hati ini berkecamuk mahu mendahulukan eap atau menghadap alam maya, aku lebih memilih pilihan yang kedua. menghadap alam maya yang mungkin boleh menukarkan perasaan kebosanan aku kepada satu kepuasan. cuti raya yang hanya 3 hari. sampai dirumah semalam, pukul 8 pagi. tak sempat nak pegi masjid. tatkala kaki menjejakkan ke halaman rumah, sunyi. Hanya kakakku sahaja yang ada. CUTI katanya. baju ditukar dengan baju raya dua tahun yg sebelumnya. RECYCLE sudah. lagipn masih lawa lagi. sembahyang sunat dhuha.time sembahyang walid ku balik dari masjid. pintu kunci. usai sembahyang, aku bergegas membuka kunci. tak sempat nak salam. kepala aku tersangat berat. masuk bilik. peluk bantal. aku terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan mimpi-mimpi pilhan. sori abah . :)..

then aku dikejutkan oleh suara garau kakak. hahah. garang kot dia. walid pesan suruh pergi rumah mak cik aku. walid aku "ghebe" disana. serasa malas pergi. penat yang nyata. namun digagahkan jugak. kerete kunci dicapai. kali ni kakak aku memberi peluang kepada ku untuk "drive". boleh la terasa nak memecut atas jalan.hahaha
tak laju pn 80 km/h. umi pernah pesan, jgn bwk kete laju-laju. lagipun bukan aku seorang je dalam kete tuh. masih ada 3 lagi nyawa. dipendekkan cerita, kami berkelah di rumah mak cik. pukul 3 petang kami memohon untuk pulang. aku yang nak balik awal. penat yang amat sgt. kepala aku sudah takleh nak berfikir dgn rasional.menanti masa untuk ditutup. dipendekkan lagi, sampai dirumah terus tido.

malam nya, semua famili sudah bersedia menghadap depan tv. NUR KASIH episod akhir. layan jelah. tapi kita merancang tuhan menentukan. mak sedara sebelah mak telefon. nenek aku sakit. dia sesak nafas. antara NUR KASIH dengan TANGGUNGJAWAB, umi aku segera bergegas ke rumah nenek yang hanya 10 minit dari rumah ku. dipendekkan cerita, kami terpaksa membawa doktor ke rumah kerana nenek aku tak boleh masuk ke dalam kereta. sakit belakang. belakangnya disuntik. aku siap diperli lagi.

"doktor sher, tgk la.". aku malas nak layan. bagi can jelah kat sepupu2. lepas ni kat main camp,bukan setakat boleh tgk,siap boleh bedah lagi.
semua rm 150-suntik+ubat-. sabar jelah.

pukul 12 sampai kat umah. NUR KASIH?? tak sempat tgk. tapi takpe. blh tgk kat internet. :)

salam alaik

salam aidiladha.

Thursday, November 19, 2009

rindu terhenti

Hakikat manusia bila berjauhan rindu pasti bertandang. Bila sudah lama tidak bersua perasaan itu pasti tiba. Sudah lama aku tidak berjumpa dgn si Dia. Setiap kali tibanya usrah aku sentiasa menanti kedatangannya. Namun seraut wajah yg tenang dan putih mulus itu tidak muncul-muncul tiba. Hati pasrah. Aku pergi usrah seolah-olah kerana Dia. Ya! Kerana Dia. Aku cuba memperbetulkan niat bahawa aku lakukan semua ini kerana Rabbul Izzati namun aku tersungkur. Perasaan untuk bertemu dengannya lebih kuat berbanding perasaan untuk mendapatkan mardhatillah daripada Allah yang esa. Aku tidak menafikan bahawa setiap kata-kata yg dikeluarkan oleh si Dia benar-benar membekas di hati. Si Dia mempunyai karisma seorang orator. Dengan ilmu agama yang luas, ramai yang bertanya kepada si Dia jika ada sebarang kemuyskilan. Terasa malu jika mahu dibandingkan dengan si Dia. Setiap kali mengadakan sesi usrah, si Dia tidak jemu-jemu mengajakku supaya menambahkan keimanan. JGN LAKUKAN MAKSIAT. Sentiasa mengharapkan redha ALLAH.

Namun takdir mahu menemukan kami. Kami bertemu di dalam sebuah majlis ilmu. Majlis yang penuh dengan barakah. Lecture hall A, tempat kami bertemu. Setelah kaki menjengah ke lecture hall A, hati tergamam. Ramai pelajar yang datang untuk mendengar ta’alim. Hati terdetik. Bagaimana aku ingin berjumpa dengan si Dia. Si Dia bakal dikerumuni orang. Bagaimana harus aku bertanya khabar. Sihat kah si dia?. Fikiran aku berkecamuk. Perasaan rindu semakin meluap. Masa seakan berjalan perlahan. Ya Allah percepatkanlah masa. Berikanlah aku peluang untukku bertemu dengan si Dia. Biarpun sesaat. Cukuplah sekiranya aku dapat bercakap dengannya. Setiap langkah si Dia aku perhatikan dengan teliti. Tidak lepas daripda pandangan aku. Namun ALLAH maha mendengar. Diakhir taalim, langkah segera dipasang. Kaki dilajukan. Mata kami akhirnya bertentang.

Assalamualaikum ustaz!
Waalaikummussalam farisham. Ya-ALLAH rindu kat anta.lama tak jumpa
Saya pun ustaz. Ustaz sihat?
Alhamdullillah.

Tangan segera disambut dan kami berpeluk.

Ustaz Emran. Satu figura yang telah lama aku tunggu. Si Dia yang memperkenalkan aku kepada ilmu agama. Jika sebelum ini aku lalai dalam dunia aku sendiri namun dengan bimbingan si Dia,aku kembali menghayati agama. Shukran ustaz. Dan aku tahu tatkala aku bertentang mata dengan si Dia, aku tahu rindu aku terhadapnya telah terhenti.

Salam alayk~

Saturday, October 31, 2009

kerana disitu banyak buku

salam alaik.

menjejakkan kaki ke maktabah PPUM. sebelum masuk kami perlu menurunkan tandatangan. pelajar luar katanya. nafas ditarik panjang namun apabila dilepaskan seakan tersekat.banyak sgt buku. beberapa buah rak menyambut kedatangan aku dgn faqeh. mata meliar melihat sekitar. terdapat beberapa pelajar sedang belajar. budak medik kot kata faqih. Pharmacology rak VX. rak vx terus dicari. terletak dibahagian belakang. seusai sampai, peluh-peluh jantan menitik. pendingin hawa tak berfungsi. not my day agaknya. bdk2 um melihat pelik. lantaklah. kitaorg nak buat perkra baik. kepala digaru.

"camne nak cari ni??" aku tanya faqih
"kita usha2 dulu" faqih menjawab

perasaan panik mula menular. target hari ini untuk dapatkan bahan untuk eap seakan terbantut.

"jom kita tgk journal" faqih mengajak aku
"banyaknye journal". faqih diam. dalam hidup selama 19 tahun tidak pernah aku jumpa buku sebanyak ini. apa yang boleh aku katankan aku speechless. arah tujuan seakan hilang. aku tidak tahu apa yang mahu dicari.

journal segera diambil.apa saje journal yg ada 'initial' pharma- segera diambil. sekali bukak, astaghfirullahalazim. satu perkataan tidak difahami. mungkin time tu waktu petang dan fokus sudah hilang.

masa berlalu tanpa apa-apa perkembangan. sebarang nota tidak dicatat. stres mula menguasai diri. heartbeat mula meningkat. darah dipam begitu pantas. suhu badan mula meninggi. akhirnya sekadar menerokai buku-buku di maktabah itu sahaja.

petang kami dihabiskan di um.balik dengan bus metro dalam keadaan basah kuyup.
apa2pn moga-moga ALLAH permudahkan urusanku dgn eap.

EAP?why on earth we need to do eap?

salam alaik