Monday, May 31, 2010

.: amanah :.

bismillah

assalamualaikum

menjarakkan diri dari laptop. bukan mengapa. saja. melihatkan bil elektrik rumah yang mencecah rm80, ada baiknya penulis membuka laptop dan segala isinya dalam waktu-waktu tertentu. kecut perut apabila memikirkan muka abah yang bakal berkerut seribu dan "nasihat pedasnya" yg bakal diperoleh oleh kami empat beradik apabila abah tengok bil elektrik yang tinggi. bil air lagi. minyak kereta. perbelanjaan rumah. makan minum dan sebagainya. duit itu umpama air. mengalir macam tu sahaja kalau tidak dikawal. tambahan pulak sekarang "musim kemarau", andai tidak dikawal "air" itu, kering kontang la "salurannya" meranalah "penduduk buminya". harap kalian faham. :D.

hari sabtu lepas. kami sekeluarga (kecuali abah.abah penat.tidur lepah dok nyeggeng)
kami empat beradik bersama umi tercinta sedang berborak-borak di ruang keluarga. disebabkan cuaca di kelantan agak panas, masing-masing berkerumun di bawah kipas siling dengan kelajaun sederhana. umi marah pasang kuat-kuat.

umi oyak "ccabuk kipah kalo musing kuat2" :D

sedang berborak-borak, si bongsu bercerita ttg gurunya disekolah. tentang ustaz arabnya. hasil daripada cerita tersebut, satu perasaan sakit yang amat di hati. sakit yang teramat. tiba-tiba jadi emo. ceritanya begini. adik penulis mengambil subjek arab.(dipaksa untuk ambil subkjek arab oleh cekgunya). yang membuatkan penulis sakit hati ialah USTAZNYA. USTAZ!!!. adik penulis beritahu, ada sekali tu, esok nak exam arab, petang tu ustaznya mengadakan kelas tambahan. kononnya. apa yang membuatkan penulis terkejut, bukan kelas tambahan tapi KELAS JAWAPAN. ustaznya memberitahu jawapan2 untuk semua soalan yang bakal keluar esok. YA-ALLAH. cikgu apa ni???. memangla itu bukan peperiksaan awam seperti pmr tetapi peperiksaan bulanan inilah masanya untuk kita hendak melatih para pelajar dan menilai sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran itu. ini tidak, diberikan terus sahaja jawapan. paling teruk lagi, cikgu tu sendiri melatih pelajarnya untuk TIDAK BERUSAHA DAN MENIRU. mungkin ada yang beranggapan, mereka takde basic arab lagi so kena la tolong. itu bukan tolong itu meranapkan bahasa sendiri. tolong ada caranya.

penulis teringat pada zaman penulis mengambil subjek arab disekolah dahulu. nak tahu soalan tentang apa pun tak dapat. ini kan nk dptkn jawapan. tak pasal2 perut tu kena 360 pusingan maut..

adik penulis bercerita lagi. ustaz tu kalau masuk kelas, tidak buat apa-apa. 2 waktu P&P dibazirkan begitu saja. itu agak teruk la. kalau dia rajin sikit, dia bagi makna petikan-petikan dalam buku teks arab tersebut dan suruh jawab soalan. ni kira "standard" la. sekali lagi perbandingan dilakukan dengan penulis.

maghi nak cerito. alhamdulillah. penulis bersekolah disekolah yang guru-gurunya komited. alhamdulillah. terima kasih cikgu. guru-guru yang menyedari AMANAH yang terpikul dibahu mereka untuk memastikan anak-anak didik mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. guru-guru yang adil. kelas arab. penulis mengambil subjek arab. alhamdulillah dengan kerelaan sendiri. segala puji bagi allah sekali lagi kerana penulis dikurniakan dua orang ustazah yang sangat2 best dan memang terbaek. ustazah kartini dan aziah. ustazah kartini seorang yang baik, bersifat keibuan. ustazah aziah. yang ni garang sikit. dia masuk je dlm kelas semua senyap. dalam buku latihan bahasa arab penulis, dibahagian belakang dikhususkan untuk "mukjam" atau kamus. jadi apa-apa sahaja perkataan baru, kena tulis dan HAFAL. penulis tak buat pun. PEMALAS. hehe. semakin rajin seseorang itu, semakin byklah "vocabulary"nya semakin pandaila dia bhs arab. ustazah aziah ni perangai dia dia akan ada satu slot yang dia akan bagi perkataan dlm bhs arab dan dia akan tanya pelajar-pelajarnya makna perkataan tersebut. sape tak boleh jawab ade dendanya. sekali tak boleh jawab, berdiri. kali kedua berdiri atas kerusi, kali ketiga tak boleh jawab naik atas meja. atas meja pon tak boleh jawab, berdirilah sampai habis masa dia. selaku orang yang sedikit pengetahuannya, penulis pun tidak berkecuali tapi takdelah sampai habis masa kena berdiri.:D

tersiratnya disini, kita boleh nampak betapa seseorang guru itu perlu berusaha untuk memberikan ilmu kepada anak muridnya agar menjadi seorang yang berguna. benarlah kata orang, guru ini pekerjaannya mulia kerana dari tangan seorang guru lahirlah seorang doktor, perdana menteri even seorang raja. penulis bukan menidakkan peranan ibu bapa tetapi kita bercakap dalam konteks guru sekarang. peranan guru. kita selalu menulis dalam esei, guru berperanan dalam membentuk masyarakat etc etc etc. namun itu diatas kertas, realitinya bagaimana? masih samakah apa yang dikarang diatas kertas dengan apa yang berlaku sekarang? masih wujudkah guru yang berjiwa komited? berjiwa penyayang? sungguh sangat payah dan sukar untuk mencari guru seperti itu seperti sekarang. kita selalu membandingkan ibu bapa zaman dahulu dengan sekarang. katanya ibu bapa sekarang sangat lantang apabila ada kes guru tampar murid. namun pernahkah kita membandingkan GURU ZAMAN DAHULU DENGAN GURU ZAMAN SEKARANG???. banyak bedanya. seorang guru seharusnya komited dan berusaha dgn sungguh untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak muridnya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

kita sudah berada dizaman yang mana maklumat senang untuk diakses. tidak perlu menggunakan kapur putih lagi. "marker pen" sebagai pengganti, komputer sana sini. sepatutnya proses P&P berjalan dengan lebih teratur dan MANTOP bukan berterabur.buku teks sekarang penuh dengan gambar yang warna-warni, info yang pelbagai.kita perlu memaksimumkan kemudahan yang ada. guna sampai lunyai. buku teks bhs arab penulis penuh dengan contengan dan agak lunyai(bukan membanggakan diri, sekadar contoh).

intihanya, seorang guru perlu bertanggungjawab dengan anak muridnya. bukan sekadar ambil lewa. tugas guru bukan hanya masuk dalam kelas dan duduk di atas kerusi. tugas seorang guru lebih daripada itu. gurulah sumber maklumat. daripada gurulah sama ada kita mampu melahirkan seorang manusia atau tidak.

maafkan andai tulisan kali ini terlalu panjang dan ada yang terasa. hanya tulisan seorang budak kampung yang cetek ilmunya.

wallahualam.

assalamualaikum.

3 comments:

M Syakirah said...

gud post!hurmmm~~

Anonymous said...

good ke? :P
biase2 je

Mohd Naqib bin Mazlan said...

assalamualaikum...great post Doc!