Saturday, October 2, 2010

~ innalillahiwainnailaihirajiun~

al-fatihah buat arwah saudaraku yang tidak sempat ku tatap. hanya sekeping foto semasa dikafankan sebagai pengubat. kronologi kisah: (dari facebook emak saudara)

Peristiwa ni berlaku pada 10 Ramadhan yang lalu... 20 Ogos 2010 hari jumaat 12.10 tengahari...
Abang saya kembali ke rahmatullah kerana dengue shock with multi organ failure... sebelum masuk ke wad HKB.. bermula Ramadhan .. setiap hari abang bagi tahu kakak ipar. nak balik rumah jumpa mak. Tapi kerana sibuk bertugas... dia tak sempat.

Hari khamis 2 ramadhan... abang sempat bagi tahu kakak ipar bahwa kita ni kalau
meninggal hari jumaat dan pada bulan puasa.. alangkah bagusnya...banyak nikmat
...hari sabtu.. abang demam agak kuat... ahad dia ok sekejap tapi isnin dia
rasa lenguh2 balik.

Pagi Isnin 6 Ramadhan... tanpa pengetahuan kakak ipar... abang telah menghantar
semua peralatan pejabat dan borang2 claim dia.

Petang isnin tu kakak ipar bawa ke HKB dan terus abang di masukkan
ke wad.

7 Ramadhan keadaan abang semakin teruk... dipindahkan ke wad CCU... semasa tu dia
masih sedar... dia pesan kepada kakak ipar...minta call saya datang ke hospital
dan baca quran di tepi dia...

Lepas isyak abang dipindah ke CCU dalam keadaan tidak sedar... tengahari pada 8
Ramadhan abang dipindahkan ke ICU kerana keadaan semakin teruk. Hari Khamis
makin teruk... Pagi Jumaat .. seawal jam 5.15 pagi kakak ipar call saya minta
semua adik beradik datang ke hospital kerana abang tenat.

Saya ke hospital selepas solat subuh. Saya lihat.. mata abang terbuka sedikit.
Saya dan suami sempat minta maaf dan maafkan dirinya... Saya lihat air matanya
keluar meleleh. Jam 9.30 pagi saya minta untuk pulang sekejap. Jam 11 pagi..
saya bawa mak ke hospital dan saya rasa cukup tersentuh dengan apa yang
berlaku...

Mak yang berada di kerusi roda... saya tolak ke sebelah kanan abang... tiba2
mak jadi kuat dan boleh bangun untuk tatap wajah abang yang hampir 2 minggu tak
jumpa... Kemudian.. mak duduk dan baca surah Yassin. lepas 3 kali baca Yassin...
mak usap tangan abang...

Mak berkata... " Wahai anakku.. Meli (Ramlee).. jika ini takdirnya ..
setakat ini hayat mu.. mak redha... mak ingat... mak yang akan pergi dulu. Mak
halalkan setiap titik susu yang mak susukan mu dan mak halal yang mak basuh
najis-najis mu. Mak halalkan makan minum mu dan mak halalkan segala untuk
besarkanmu...

Kini... mak minta Lee.. mu jangan lalai .. pilihlah jalan yang benar... yang
betul... mu jangan ikut arah yang sesat itu... mak ada di sini dan mak redha..
pergilah wahai anakku... "

Terus mata abang yang sedikit terbuka ... tertutup rapat.. saat itu saya
pandang jam ... tepat 12.10 tengahari... doktor pula menggangguk2 kepala tanda
abang sudah tiada lagi....

al-fatihah~

Tuesday, July 27, 2010

bismillah

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar.

agak lama menghilang dari dunia "blog". kekurangan idea, malas, dan akses untuk internet agak susah. terpaksa menyelinap di bilik2 org lain nak dapatkan broadband. thank you to ALI for for lending me your berukband. ngee. sudah 3 minggu penulis bertapak di uia kuantan meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. 2 mingu pertama rilek2 saja. minggu ketiga, ambik kau! walaupun tak sesibuk budak2 pharmacy, tapi penulis yakin subjek kami lagi berat. anatomy(i like!) biochem(ok2 je) physiology(physio is easy,poyo jerk). histology? (tidor je dalam kelas). lain2? tak masok lagi. tu je la kot. penulis agak penat hari ni. setelah melapah mayat semalam dan
penat memikirkan penyakit Mr Omar(kena kejar anjing.figt-or-flight reaction bla bla bla.) esok upper limb, bio chem. physio. what? i like~

jom jadi doktor yang mukmin!!!.


agak2nya bila boleh kahwin?

jazakallah.

asslamualaikum.

Sunday, June 6, 2010

.: andai syurga makin menjauh :.

assalamualaikum.

pe habaq?? mempraktik bahasa "utagha" tatkala lusa penulis akan berangkat ke perlis untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu penulis disebelah ayah. kuala perlis. sempat gaduh-gaduh manja dengan umi dan abah tentang kuala perlis. kata mereka kuala perlis terletak di perlis. penulis dengan lantang dan berani dan angkuhnya memberitahu kuala perlis dikedah. setelah disiasat, sah ia memang di perlis!!!. sori kat umi and abah.

laptop kakak menjadi mangsa kali ini. malas nak bukak laptop sendiri. apa-apa pun penulis tidak mahu bercakap panjang. kali ni video ini sebagai entri terbaharu. "google" men"googgle" dlm laptop kakak penulis, akhirnya terjumpa satu video yang best. tajuknya, "surat seorang ibu" tapi penulis tak nak bagi nampak proses memplagiat itu berlaku, penulis menukarkan tajuknya kepada "andai syurga makin menjauh". selamat mengambil ibrah daripada video ini. kenapa "andai syurga makin menjauh"?. tersiratnya, kita selalu berkata, syurga itu dibawah telapak kaki ibu. namun senario pada hari ini, ramai ibu-ibu di"dump" oleh anak-anak mereka sendiri. sebab itulah penulis beranggapan, syurga itu sudah semakin menjauh dari matlamat kita. nauzubillah.



sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu

wallahuallam

assalamualaikum

Monday, May 31, 2010

.: amanah :.

bismillah

assalamualaikum

menjarakkan diri dari laptop. bukan mengapa. saja. melihatkan bil elektrik rumah yang mencecah rm80, ada baiknya penulis membuka laptop dan segala isinya dalam waktu-waktu tertentu. kecut perut apabila memikirkan muka abah yang bakal berkerut seribu dan "nasihat pedasnya" yg bakal diperoleh oleh kami empat beradik apabila abah tengok bil elektrik yang tinggi. bil air lagi. minyak kereta. perbelanjaan rumah. makan minum dan sebagainya. duit itu umpama air. mengalir macam tu sahaja kalau tidak dikawal. tambahan pulak sekarang "musim kemarau", andai tidak dikawal "air" itu, kering kontang la "salurannya" meranalah "penduduk buminya". harap kalian faham. :D.

hari sabtu lepas. kami sekeluarga (kecuali abah.abah penat.tidur lepah dok nyeggeng)
kami empat beradik bersama umi tercinta sedang berborak-borak di ruang keluarga. disebabkan cuaca di kelantan agak panas, masing-masing berkerumun di bawah kipas siling dengan kelajaun sederhana. umi marah pasang kuat-kuat.

umi oyak "ccabuk kipah kalo musing kuat2" :D

sedang berborak-borak, si bongsu bercerita ttg gurunya disekolah. tentang ustaz arabnya. hasil daripada cerita tersebut, satu perasaan sakit yang amat di hati. sakit yang teramat. tiba-tiba jadi emo. ceritanya begini. adik penulis mengambil subjek arab.(dipaksa untuk ambil subkjek arab oleh cekgunya). yang membuatkan penulis sakit hati ialah USTAZNYA. USTAZ!!!. adik penulis beritahu, ada sekali tu, esok nak exam arab, petang tu ustaznya mengadakan kelas tambahan. kononnya. apa yang membuatkan penulis terkejut, bukan kelas tambahan tapi KELAS JAWAPAN. ustaznya memberitahu jawapan2 untuk semua soalan yang bakal keluar esok. YA-ALLAH. cikgu apa ni???. memangla itu bukan peperiksaan awam seperti pmr tetapi peperiksaan bulanan inilah masanya untuk kita hendak melatih para pelajar dan menilai sejauh mana tahap keberkesanan pengajaran itu. ini tidak, diberikan terus sahaja jawapan. paling teruk lagi, cikgu tu sendiri melatih pelajarnya untuk TIDAK BERUSAHA DAN MENIRU. mungkin ada yang beranggapan, mereka takde basic arab lagi so kena la tolong. itu bukan tolong itu meranapkan bahasa sendiri. tolong ada caranya.

penulis teringat pada zaman penulis mengambil subjek arab disekolah dahulu. nak tahu soalan tentang apa pun tak dapat. ini kan nk dptkn jawapan. tak pasal2 perut tu kena 360 pusingan maut..

adik penulis bercerita lagi. ustaz tu kalau masuk kelas, tidak buat apa-apa. 2 waktu P&P dibazirkan begitu saja. itu agak teruk la. kalau dia rajin sikit, dia bagi makna petikan-petikan dalam buku teks arab tersebut dan suruh jawab soalan. ni kira "standard" la. sekali lagi perbandingan dilakukan dengan penulis.

maghi nak cerito. alhamdulillah. penulis bersekolah disekolah yang guru-gurunya komited. alhamdulillah. terima kasih cikgu. guru-guru yang menyedari AMANAH yang terpikul dibahu mereka untuk memastikan anak-anak didik mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. guru-guru yang adil. kelas arab. penulis mengambil subjek arab. alhamdulillah dengan kerelaan sendiri. segala puji bagi allah sekali lagi kerana penulis dikurniakan dua orang ustazah yang sangat2 best dan memang terbaek. ustazah kartini dan aziah. ustazah kartini seorang yang baik, bersifat keibuan. ustazah aziah. yang ni garang sikit. dia masuk je dlm kelas semua senyap. dalam buku latihan bahasa arab penulis, dibahagian belakang dikhususkan untuk "mukjam" atau kamus. jadi apa-apa sahaja perkataan baru, kena tulis dan HAFAL. penulis tak buat pun. PEMALAS. hehe. semakin rajin seseorang itu, semakin byklah "vocabulary"nya semakin pandaila dia bhs arab. ustazah aziah ni perangai dia dia akan ada satu slot yang dia akan bagi perkataan dlm bhs arab dan dia akan tanya pelajar-pelajarnya makna perkataan tersebut. sape tak boleh jawab ade dendanya. sekali tak boleh jawab, berdiri. kali kedua berdiri atas kerusi, kali ketiga tak boleh jawab naik atas meja. atas meja pon tak boleh jawab, berdirilah sampai habis masa dia. selaku orang yang sedikit pengetahuannya, penulis pun tidak berkecuali tapi takdelah sampai habis masa kena berdiri.:D

tersiratnya disini, kita boleh nampak betapa seseorang guru itu perlu berusaha untuk memberikan ilmu kepada anak muridnya agar menjadi seorang yang berguna. benarlah kata orang, guru ini pekerjaannya mulia kerana dari tangan seorang guru lahirlah seorang doktor, perdana menteri even seorang raja. penulis bukan menidakkan peranan ibu bapa tetapi kita bercakap dalam konteks guru sekarang. peranan guru. kita selalu menulis dalam esei, guru berperanan dalam membentuk masyarakat etc etc etc. namun itu diatas kertas, realitinya bagaimana? masih samakah apa yang dikarang diatas kertas dengan apa yang berlaku sekarang? masih wujudkah guru yang berjiwa komited? berjiwa penyayang? sungguh sangat payah dan sukar untuk mencari guru seperti itu seperti sekarang. kita selalu membandingkan ibu bapa zaman dahulu dengan sekarang. katanya ibu bapa sekarang sangat lantang apabila ada kes guru tampar murid. namun pernahkah kita membandingkan GURU ZAMAN DAHULU DENGAN GURU ZAMAN SEKARANG???. banyak bedanya. seorang guru seharusnya komited dan berusaha dgn sungguh untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak muridnya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

kita sudah berada dizaman yang mana maklumat senang untuk diakses. tidak perlu menggunakan kapur putih lagi. "marker pen" sebagai pengganti, komputer sana sini. sepatutnya proses P&P berjalan dengan lebih teratur dan MANTOP bukan berterabur.buku teks sekarang penuh dengan gambar yang warna-warni, info yang pelbagai.kita perlu memaksimumkan kemudahan yang ada. guna sampai lunyai. buku teks bhs arab penulis penuh dengan contengan dan agak lunyai(bukan membanggakan diri, sekadar contoh).

intihanya, seorang guru perlu bertanggungjawab dengan anak muridnya. bukan sekadar ambil lewa. tugas guru bukan hanya masuk dalam kelas dan duduk di atas kerusi. tugas seorang guru lebih daripada itu. gurulah sumber maklumat. daripada gurulah sama ada kita mampu melahirkan seorang manusia atau tidak.

maafkan andai tulisan kali ini terlalu panjang dan ada yang terasa. hanya tulisan seorang budak kampung yang cetek ilmunya.

wallahualam.

assalamualaikum.

Wednesday, May 19, 2010

.: majalah anis :.

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirrahim

setelah seketika melepaskan lelah daripada menulis, kini penulis kembali. sedang mencari makna dalam diri. menilai sejauh mana pengertian HAMBA itu benar-benar wujud dalam diri penulis. hamba kepada pencipta. setelah dikorek dan direflek, sungguh begitu jauh hamba-Mu ini daripada mu ya-ALLAH. namun itu bukan alasan untuk kita terus menerus untuk menjauhkan diri kita daripada pergantungan tali allah. setelah kita mengetahui yang kita jauh daripada allah, hendaklah kita bersegera memperbaiki amalan agar kita semakin dekat dgn allah. (Sekadar mukadimah)

balik rumah hari tu, penulis terpandang majalah anis(majalah wanita :P). barangkali umi yang beli. hati terdetik untuk mengambilnya dan membaca. tambahan pulak yang menjadi cover page agak lawa orangnya. :P. isteri kepada pelakon izlan yusuf. namun itu bukan daya penariknya. entah mengapa majalah itu yang menarik perhatian penulis berbanding surat khabar dan buku-buku lain.

majalah segera dicapai dan dibelek. warna-warni.menarik. isunya berkaitan dgn wanita,mostly. nama pulak majalah wanita. namun apa yang penulis boleh katakan, byk jugak isu-isu yang mendidik jiwa penulis. lenggok bahasa seorang wanita agak berbeda dgn lenggok bahasa lelaki. dan perbezaan itulah menyebabkan penulis lebih suka membaca tulisan seorang hawa. lebih lembut barangkali.

apa yang penulis hendak menyatakan disini bahawa, jangan mengehadkan skop atau ruang lingkup bahan bacaan kita. andai kita lelaki, kita hanya diwajibkan untuk membaca bahan bacaan lelaki sahaja dan tidak langsung menyentuh bahan bacaan tentang wanita. tidak macho katanya. asyik baca bola jer. tu pun tak baca. tengok gambar semata-mata. STEREOTAIP sgt. ketepikan ego dalam mencari ilmu. ilmu itu luas jgn sempitkan ia.

tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

wallahu'allam.

carilah ilmu walaupun dengan seorang budak kecil. byk yg kita boleh pelajari daripada seorang budak kecil

assalamualaikum.

Thursday, May 13, 2010

.: untuk sahabat :.



assalamualaikum. sedikit perkongsian dgn sahabat-sahabt sekalian

maafkan aku allah

aku telah menjadi hamba mu yang melampaui batas

maafkan aku ya-allah

Friday, April 30, 2010

.: kerana itu impian kecilku :.

assalamualaikum.

insya-allah, hari ni (1/5/2010) penulis akan bertolak ke sg kanching. nak bermandi-manda di sana. yang penting. SISTER TAKDE. BACHELOR PARTY. insya-allah boleh nak berkuak lentang tanpa rasa segan. hahaha
bayaran, rm15. tet! bila ditanya adakah termasuk dgn bayaran "transport", AJK nya hanya menggelengkan kepala. =.='. katanya makanan best. apa yang best nya? mcd ka? kfc ka? ke setakat MIHUN GORENG UKC???. hahaha. we'll see. dgr kata ramai. tgk lah.
esok pon penulis mendapat jemputan ke SUNGAI GABAI(i am very fofular :P). tapi terpaksa ditolak walaupun hati meronta mahu pergi

apa impian-impian penulis?

banyak!! oleh sebab ianya tidak tertunai sehingga sekarang, maka impian itu masih ade lagi di jiwa.

impiannya:

nak pergi muzium negara

zoo negara(Dah pergi tapi... rase nak pergi lagi)tak kisah la bau taik gajah ke, taik buaya ke. janji dapat jalan2

pulau-pulau di malaysia

aquaria(baru masuk senarai)

taman rama-rama

Langkawi(insya-allah bakal tertunai)

ireland

united kingdom

new zealand???--naah!:p. otago? dunedin?

australia

united states of america?? petuiii

makkah(doa2 biar umi dan abah dapat pergi tahun ni. kepada makcik2 n pakcik2 yang dah pergi buat haji, jangan la sekat peluang org yang tak pernah pegi haji ye. considerable la sikit. boleh ke cam tu??)

nak travel seluruh europe

apa lagi?

nak khusyuk dalam solat. permudahkanlah permintaan ku ya-allah

tulah kot. ade lagi cuma mungkin selebihnya hanyalah aksesori semata-mata.

tertinggal!!!

kahwin!!!!!!!(mak sedara penulis ckp, kahwin best)hahaha
kriteria: nak cam arab2 sikit, hidung mancung, kaya??, kalau boleh cikgu(math ke, add math,fizik ke tak kisah) hahaha. mcm fatimah syarha pon oklah.hahahah kalo up sikit ala-ala naomi campbell(hitey nyoh!)
okeh, mengarut dah.

post pertama bulan mei

semester ini berbaki seminggu lagi but yet, study belum lagi

assignment ade lagi tak siap.

Beruang kutub tak makan penguin sebab beruang kutub tinggal di kutub utara, dan penguin tinggal di kutub selatan'-baru tahu

kena kumpul pukul 730. sekarang 718 am. mandi? perlu ke? kata nak pergi sungai. bwk berus gg sabun n mandi dekat sana sudeyh. hahaha.

assalamualaikum