assalamualaikum.
bismillahirrahmanirrahim
setelah seketika melepaskan lelah daripada menulis, kini penulis kembali. sedang mencari makna dalam diri. menilai sejauh mana pengertian HAMBA itu benar-benar wujud dalam diri penulis. hamba kepada pencipta. setelah dikorek dan direflek, sungguh begitu jauh hamba-Mu ini daripada mu ya-ALLAH. namun itu bukan alasan untuk kita terus menerus untuk menjauhkan diri kita daripada pergantungan tali allah. setelah kita mengetahui yang kita jauh daripada allah, hendaklah kita bersegera memperbaiki amalan agar kita semakin dekat dgn allah. (Sekadar mukadimah)
balik rumah hari tu, penulis terpandang majalah anis(majalah wanita :P). barangkali umi yang beli. hati terdetik untuk mengambilnya dan membaca. tambahan pulak yang menjadi cover page agak lawa orangnya. :P. isteri kepada pelakon izlan yusuf. namun itu bukan daya penariknya. entah mengapa majalah itu yang menarik perhatian penulis berbanding surat khabar dan buku-buku lain.
majalah segera dicapai dan dibelek. warna-warni.menarik. isunya berkaitan dgn wanita,mostly. nama pulak majalah wanita. namun apa yang penulis boleh katakan, byk jugak isu-isu yang mendidik jiwa penulis. lenggok bahasa seorang wanita agak berbeda dgn lenggok bahasa lelaki. dan perbezaan itulah menyebabkan penulis lebih suka membaca tulisan seorang hawa. lebih lembut barangkali.
apa yang penulis hendak menyatakan disini bahawa, jangan mengehadkan skop atau ruang lingkup bahan bacaan kita. andai kita lelaki, kita hanya diwajibkan untuk membaca bahan bacaan lelaki sahaja dan tidak langsung menyentuh bahan bacaan tentang wanita. tidak macho katanya. asyik baca bola jer. tu pun tak baca. tengok gambar semata-mata. STEREOTAIP sgt. ketepikan ego dalam mencari ilmu. ilmu itu luas jgn sempitkan ia.
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
wallahu'allam.
carilah ilmu walaupun dengan seorang budak kecil. byk yg kita boleh pelajari daripada seorang budak kecil
assalamualaikum.
2 comments:
Sy selalu baca majalah Mingguan Wanita...
Content dia bukan sahaja kewanitaan, tp ada mcm2.....tips kesihatan, keluarga, agama
ruang lingkup..?=)
btul..isu perlu menyeluruh...mcm mana nak berhadap dengan anak pompuan dengan anak lelaki nanti..??=)
Post a Comment