Monday, April 19, 2010

.: masih wujud lagikah SYAWQAH WARDAH? :.

Assalammualaikum
Khas untuk serikandi2 kesayanganku. ..

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

entri ini di"copy" paste dari seorang sahabat penulis yang sedang menuntu di mesir dalam bidang perubatan
terima kasih HAFIZ ZAINI.


masih wujud lagikah syawqah wardah?
mawar itu durinya pelindungnya
menahan dari disentuh oleh tangan2 rakus atau mata yang dayus
masih wujudkah syawqah wardah?
mawar yang menjaga dirinya daripada ditonton oleh lelaki ajnabi
walaupun auratnya dilitupi
kerana mata itu penuh dusta
tidak tahu apa difikirkannya

masih wujudkah lelaki sejati?
yang menjaga mata hanya untuk tangisan ilahi?
masih wujudkah lealki sejati?
menjaga hati dari godaan duniawi?
masih wujudkah lelaki sejati
menjaga kemaluan daripada rasukan nafsu diri

entri ini juga peringatan buat penulis sendiri

bersamasamalah kita mengingatkan
kadang-kadang kita tidak perasan, perkara yang kita biasa kita lakukan itu, merupakan satu maksiat.

jangan sempitkan pemikiran kita tentang takrifan maksiat. maksiat itu luas maknanya.

kita telah terlalu biasa melakukan maksiat, sehinggakan perkara mungkar itu sudah sesuatu yang biasa dalam hidup kita( munirah syakirah, 2010)

azan zohor~

assalamualaikum~

masih wujudkah syawqah wardah?
bersama kita refleksi diri

3 comments:

M Syakirah said...

tq~

wardatul asrar said...

hamdanlillah.. syukur pd yg Di atas kerana mnegizinkn sy mmbaca entri ini.

sham moduLLus said...

shake: hehehe. smpai tak rase bnda tu salah

jibah: kata senior sy, kita perlu berkongsi apa sja kalau perkara itu baik.

cuba tgk kat list blog sy. kak sam debate. u should read her blog. really whoaa!