salam alaik.
sudah beberapa gerhana bulan berlalu, akhirnya penulis mempunyai idea apa yang mahu ditulis. sudah lama dipendam dan diperam. masak jugak. mula-mula nak tulis tentang denyut kasih medik dan nota hati seorang lelaki, namun disebabkan diperam terlalu lama, jari-jemari penulis yang mulus lagi telus ini, seakan tidak mahu menulis. weee~
tapi hati sentiasa terkinja-kinja mahu menulis. diturutkan rasa hati mati. tak kisahlah, ni bukan perkara tidak elok.
penulis ada 3 cerita. tapi itu bukan bermaksud penulis penglipur lara. hanya sebuah cereka untuk tatapan semua.
cerita pertama:
penulis baru sahaja selesai program usrah aka keluarga dengan ahli-ahli usrah yang lain dan juga murabbi penulis, Abg Taka, akh dari gombak. the best part is, it is not like our usually usrah. mengantuk~~ hehehe. semalam abg taka buat aktiviti sedikit. tujuannya satu sahaja aktiviti tersebut dilakukan, ukhwah fillah abadan abada. lokasi? tak perlu hotel lima bintang atau menyeberangi laut, cukup melepasi 2 mahallah yang tidak membolehkan kami untuk melakukan rukhsah solat.
aktivi senang sahaja, cari 5 ayat al-quran atau hadith berkaitan dgn tajuk yang diberikan dan hafal 3 ayat. penulis dan rakan penulis mendapat tajuk sabar dan khusyuk dalam solat. dengan laptop ditangan, dan wireless yang berkelajuan kura-kura, pencarian dilakukan sambil mengintai-intai muka buku. aktiviti berakhir 12 tengah malam. esoknya QIAM. perkara yang ditunggu-tunggu. nak buat sendiri bukan senang. kalau ada aktiviti macam ni, adalah semangat sikit. YIOSH!!!. aktiviti kami berakhir dengan tazkirah berantai selepas solat subuh.
cerita kedua:
DENYUT KASIH MEDIK.
DR FARHAN HADI
berdenyut-denyut jantung penulis bila baca novel tersebut. baru sedar begitu hectic dan boleh katakan macam takde life dalam kehidupan seorang doktor. penat? tak boleh nak dikata. hanya ALLAH yang tahu. penulis yang sekadar menjadi pembaca, dapat menyelami betapa TAK BESTnya doktor. sehinggakan terpaksa meminta pandangan daripada seorang sahabat, adakah betul tindakan yang diambil ni-ambil jurusan perubatan.
hanya doa dipanjatkan agar ini adalah pilihan terbaik dan ALLAH meredhainya.
the best part of the story was, the way Dr Muslih(the main caharacter) tackled Qaniah (his wife). subhanallah. pergaulan dijaga. tidak pernah bersua. hanya emel dan keluarga penghubung setia. bukan untuk bermaja-manja tetapi hanya untuk perkara-perkara penting sahaja.
untuk sahabat tersebut: tatkala hati ini penuh dengan persoalan, kau hadir membawa jawapan~ cewah! macam romeo and juliet~
cerita ketiga
nota hati seorang lelaki
PAHROL MOHD JUOI
masya-allah! cara penulis buku tersebut menghuraikan tentang kehidupan dan islam begitu unik sekali. tidak pernah penulis menjumpa penulis sebegini. hehe. word twister. kena banyak berfikir. walaupun hanya satu baris ayat, maknanya begitu dalam. cukup untuk membuatkan kita berfikir adakah kita ini 'abid allah yang sebenar-benarnya.
3 cerita. bukan hanya rekaan semata-mata. hanya pengalaman seorang hamba yang berkelana di muka dunia.
sedang berfikir, sempat atau tidak untuk menghabiskan dua lagi buku
MURABBI CINTA & SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. both are written by ustaz hasrizal aka saifulislam. walaupun dua novel best sellernya penulis tidak baca( tak berapa menarik perhatian bagi penulis, namun harapannya dua novel nya ini dapat diambil iktibar.
shukran jazilan kepasa acap n shake sebab bagi pinjam buku.
LOVE COMES FROM ALLAH.
salam alaik.
farabi bangun!!! kata nak main badminton. kesian kat ilyas dok tunggu kat court.
wahai tuan penulis, matamu ini sudah berat. boleh diminta rehat sebentar?
nak rehat ke tak nak?
No comments:
Post a Comment