Thursday, April 29, 2010

.: sebiji kek, sepotong domino dan sebuah al-quran :.

assalamualaikum.

post terakhir bagi bulan april. rasenya bulan ni penulis banyak menulis sedikit. mungkin diberi kemudahan untuk akses kepada internet dan ilham mencurah-curah dari Allah swt.

memilih tajuk dalam bentuk metafora. setiap satu objek tersebut melambangkan makna tersendiri.

alhamdulillah. dengan jayanya penulis berjaya mem"prank" ex-lecturer penulis. madam nurul hidayati. lecturer paling happening. beliau telah mengajar penulis pada dua semester lepas bagi subjek bio 3 @_@. hehehe.

hanya merancang ketika kelas UNGS dengan idea spontan, dan ianya direalisasikan dua hari berikutnya.

hanya sebiji kek dan domino 3 kotak menjadi pengisi tembolok kami.

menurut madam, kek tu sedap (aku yg beli kan :P)

madam terharu kerana inilah kali pertama dia menyambut hari jadi. penulis agak terkejut. namun mengikut madam, bonda madam tidak mahu menyambut hari lahir kerana perlu membeli kek??... leceh katanya. penulis faham. sebagai anak tunggal mungkin bonda madam beranggapan bahawa cukuplah sekadar tarikh itu diingati walaupun tidak dirai. wujud nilai penghargaan disitu. ada orang beria-ia menyambut tarikh lahir namun perlu diingatkan terlebih dahulu baru terhegeh-hegeh nak sambut. hmmm

kepada yang datang, terima kasih kerana datang.

sebuah al-quran

malamnya seperti biasa usrah bersama abg taka.

pertamanya, penulis amat kagum dengan murabbi penulis ni. sedang melakukan sesi praktikal di shah alam, namun sanggup datang semata-mata mahu berjumpa dengan kami semua. jelas terpancar riak keletihan diwajahnya. matanya kuyu. badannya nampak tidak bermaya. kesian. kuatkanlah semangat murrabi kami ya-allah.

rabu 28/04/2010, maka berakhirlah usrah penulis di cfs. T_T. usrah yang terakhir. sangat sayu dan sedih. lepas ni akan bertukar murabbi. namun bak kata orang, yang lama lebih diingati. 2 tahun bersama dengan abg taka (walaupun banyak skip usrah- malas & sibuk ) namun alhamdulillah, dengan berusrah penulis kenal apa itu islam, iman dan ihsan. kalaulah tidak kerana pertemuan antara penulis dgn faqih (sahabat dunia akhirat), penulis tidak tahu siapakah penulis sekarang.

alhamdulillah ya allah.

tarbiyyah sebenar bermula di luar dari usrah. dari situ kita boleh melihat sejauh mana kebersanan usrah itu sendiri.

semester 3 hanya berbaki seminggu lagi. selepas ini semuanya akan berakhir.

penulis tertanya-tanya, kapan kaki ini akan menjejakkan lagi ke bumi pj.

berlarian ke smawp, sejuknya LY, mendaki puncak UKC2, tingginya mahallah khadijah, ziarah sahabat2 di UKC, masjid kolej islam malaya, berada di library petang2 baca surat khabar, tikus di bio lab, titration di chem lab, momentum di physic lab, lecturer HMS department, central spine, A cafe, E cafe, ukc cafe, blok E. blok d tempat penulis study sorang2, bas U85, bas metro 12, stesen universiti, library um,
AX101, seminar room, computer lab A, padang uia, footsal court, basketball court,
Al-Malik Faisal Hall, mid valley, times square, jaya one, pasar malam, digital mall, the curve, mydin, kl sentral, KLCC, masjid india etc etc etc

terlalu banyak kenangan untuk ditulis. terasa semalam baru sampai di uia

sungguh, uia banyak mengajar penulis. tidak menyesal menolak tawaran2 yang lain

alhamdulillah ya-allah

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;”
Surah An-Najm ayat 43.

assalamualaikum

6 comments:

M Syakirah said...

suka post ni~

sham moduLLus said...

shake: kenapa kau suka? lepas subuh type. ngantuk2. hahaha. pasni kena tulis lagi sebelum semuanya berakhir d cfs

aLoNg said...

i like..adam dan hawa...=)

Mohd Herie Dahlan said...

SALAM... serius... CFS banyak mengajar saye (dengan izin-NYa)... terlalu banyak... sabar, faham dengan kengkawan, menerima pandangan, dikritik, belajar urus hidup (sebelum ni duk umah ja), urus kewangan, makan, sakit, demam, stress, jejalan kat kl, bace bukut tebal2, dan banyak lagi...
hahaha, memang takkan lupa kat CFS... berbaki 8 hari ja lagi... sebelum tinggalkan CFS...
(T_T)...

InsyaAllah, kite jadikan bekalan segala apa yang kite pelajari kat cfs ni...

sham moduLLus said...

along: hahaha. komen la kat post sebelum ni. apa daaa

herie: hehhe. cm tak sabar nak tinggalkan cfs je

aLoNg said...

hahah...kat cni tableyh kew..=p
pliz wish me luck eh!! =)