Friday, April 23, 2010

.: yang benar... HAWA :.

assalamualaikum


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku, tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk padamu namun...terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah pemimpin terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku agar tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi...realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke depan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu. Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku.

Adam,
Marahkah kau andai kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut dipersalahkan! Kenapa? Mengapa begitu Adam. Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emakbapak tidak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar. Adam, kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu. Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal berbanding aku.

Dari itu Adam...pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkan daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangai hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andai kau lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu.

Adam, Hawa mengharapkanmu...

yang benar,
HAWA.

FROM FACEBOOK.

TAKDE IDEA NAK TULIS APE

TERJUMPA ARTIKEL NI.

MINTA MAAF COPY PASTE SAHAJA

ASSLAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI DUNIA

2 comments: