Friday, April 30, 2010

.: kerana itu impian kecilku :.

assalamualaikum.

insya-allah, hari ni (1/5/2010) penulis akan bertolak ke sg kanching. nak bermandi-manda di sana. yang penting. SISTER TAKDE. BACHELOR PARTY. insya-allah boleh nak berkuak lentang tanpa rasa segan. hahaha
bayaran, rm15. tet! bila ditanya adakah termasuk dgn bayaran "transport", AJK nya hanya menggelengkan kepala. =.='. katanya makanan best. apa yang best nya? mcd ka? kfc ka? ke setakat MIHUN GORENG UKC???. hahaha. we'll see. dgr kata ramai. tgk lah.
esok pon penulis mendapat jemputan ke SUNGAI GABAI(i am very fofular :P). tapi terpaksa ditolak walaupun hati meronta mahu pergi

apa impian-impian penulis?

banyak!! oleh sebab ianya tidak tertunai sehingga sekarang, maka impian itu masih ade lagi di jiwa.

impiannya:

nak pergi muzium negara

zoo negara(Dah pergi tapi... rase nak pergi lagi)tak kisah la bau taik gajah ke, taik buaya ke. janji dapat jalan2

pulau-pulau di malaysia

aquaria(baru masuk senarai)

taman rama-rama

Langkawi(insya-allah bakal tertunai)

ireland

united kingdom

new zealand???--naah!:p. otago? dunedin?

australia

united states of america?? petuiii

makkah(doa2 biar umi dan abah dapat pergi tahun ni. kepada makcik2 n pakcik2 yang dah pergi buat haji, jangan la sekat peluang org yang tak pernah pegi haji ye. considerable la sikit. boleh ke cam tu??)

nak travel seluruh europe

apa lagi?

nak khusyuk dalam solat. permudahkanlah permintaan ku ya-allah

tulah kot. ade lagi cuma mungkin selebihnya hanyalah aksesori semata-mata.

tertinggal!!!

kahwin!!!!!!!(mak sedara penulis ckp, kahwin best)hahaha
kriteria: nak cam arab2 sikit, hidung mancung, kaya??, kalau boleh cikgu(math ke, add math,fizik ke tak kisah) hahaha. mcm fatimah syarha pon oklah.hahahah kalo up sikit ala-ala naomi campbell(hitey nyoh!)
okeh, mengarut dah.

post pertama bulan mei

semester ini berbaki seminggu lagi but yet, study belum lagi

assignment ade lagi tak siap.

Beruang kutub tak makan penguin sebab beruang kutub tinggal di kutub utara, dan penguin tinggal di kutub selatan'-baru tahu

kena kumpul pukul 730. sekarang 718 am. mandi? perlu ke? kata nak pergi sungai. bwk berus gg sabun n mandi dekat sana sudeyh. hahaha.

assalamualaikum

Thursday, April 29, 2010

.: sebiji kek, sepotong domino dan sebuah al-quran :.

assalamualaikum.

post terakhir bagi bulan april. rasenya bulan ni penulis banyak menulis sedikit. mungkin diberi kemudahan untuk akses kepada internet dan ilham mencurah-curah dari Allah swt.

memilih tajuk dalam bentuk metafora. setiap satu objek tersebut melambangkan makna tersendiri.

alhamdulillah. dengan jayanya penulis berjaya mem"prank" ex-lecturer penulis. madam nurul hidayati. lecturer paling happening. beliau telah mengajar penulis pada dua semester lepas bagi subjek bio 3 @_@. hehehe.

hanya merancang ketika kelas UNGS dengan idea spontan, dan ianya direalisasikan dua hari berikutnya.

hanya sebiji kek dan domino 3 kotak menjadi pengisi tembolok kami.

menurut madam, kek tu sedap (aku yg beli kan :P)

madam terharu kerana inilah kali pertama dia menyambut hari jadi. penulis agak terkejut. namun mengikut madam, bonda madam tidak mahu menyambut hari lahir kerana perlu membeli kek??... leceh katanya. penulis faham. sebagai anak tunggal mungkin bonda madam beranggapan bahawa cukuplah sekadar tarikh itu diingati walaupun tidak dirai. wujud nilai penghargaan disitu. ada orang beria-ia menyambut tarikh lahir namun perlu diingatkan terlebih dahulu baru terhegeh-hegeh nak sambut. hmmm

kepada yang datang, terima kasih kerana datang.

sebuah al-quran

malamnya seperti biasa usrah bersama abg taka.

pertamanya, penulis amat kagum dengan murabbi penulis ni. sedang melakukan sesi praktikal di shah alam, namun sanggup datang semata-mata mahu berjumpa dengan kami semua. jelas terpancar riak keletihan diwajahnya. matanya kuyu. badannya nampak tidak bermaya. kesian. kuatkanlah semangat murrabi kami ya-allah.

rabu 28/04/2010, maka berakhirlah usrah penulis di cfs. T_T. usrah yang terakhir. sangat sayu dan sedih. lepas ni akan bertukar murabbi. namun bak kata orang, yang lama lebih diingati. 2 tahun bersama dengan abg taka (walaupun banyak skip usrah- malas & sibuk ) namun alhamdulillah, dengan berusrah penulis kenal apa itu islam, iman dan ihsan. kalaulah tidak kerana pertemuan antara penulis dgn faqih (sahabat dunia akhirat), penulis tidak tahu siapakah penulis sekarang.

alhamdulillah ya allah.

tarbiyyah sebenar bermula di luar dari usrah. dari situ kita boleh melihat sejauh mana kebersanan usrah itu sendiri.

semester 3 hanya berbaki seminggu lagi. selepas ini semuanya akan berakhir.

penulis tertanya-tanya, kapan kaki ini akan menjejakkan lagi ke bumi pj.

berlarian ke smawp, sejuknya LY, mendaki puncak UKC2, tingginya mahallah khadijah, ziarah sahabat2 di UKC, masjid kolej islam malaya, berada di library petang2 baca surat khabar, tikus di bio lab, titration di chem lab, momentum di physic lab, lecturer HMS department, central spine, A cafe, E cafe, ukc cafe, blok E. blok d tempat penulis study sorang2, bas U85, bas metro 12, stesen universiti, library um,
AX101, seminar room, computer lab A, padang uia, footsal court, basketball court,
Al-Malik Faisal Hall, mid valley, times square, jaya one, pasar malam, digital mall, the curve, mydin, kl sentral, KLCC, masjid india etc etc etc

terlalu banyak kenangan untuk ditulis. terasa semalam baru sampai di uia

sungguh, uia banyak mengajar penulis. tidak menyesal menolak tawaran2 yang lain

alhamdulillah ya-allah

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;”
Surah An-Najm ayat 43.

assalamualaikum

Friday, April 23, 2010

.: yang benar... HAWA :.

assalamualaikum


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku, tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk padamu namun...terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah pemimpin terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku agar tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi...realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke depan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu. Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku.

Adam,
Marahkah kau andai kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut dipersalahkan! Kenapa? Mengapa begitu Adam. Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emakbapak tidak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar. Adam, kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu. Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal berbanding aku.

Dari itu Adam...pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah aku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkan daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangai hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andai kau lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur bila kaumku yang memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu.

Adam, Hawa mengharapkanmu...

yang benar,
HAWA.

FROM FACEBOOK.

TAKDE IDEA NAK TULIS APE

TERJUMPA ARTIKEL NI.

MINTA MAAF COPY PASTE SAHAJA

ASSLAMUALAIKUM

SELAMAT PAGI DUNIA

Wednesday, April 21, 2010

.: IIUM interschool debating championship dan sebuah kisah :.



IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP IN MEMORY

assalamualaikum.

IIUM interschool debating championship. pernahkah kalian mendengarnya? selaku pelajar uia lah, adakah kalian pernah tahu pertandingan sebegini telah wujud dan telah dilangsungkan lebih kurang 9 KALI. pertama kali penulis menyertainya pada tahun 2007(tingkatan 5,orang sibuk exam, penulis sibuk berbahas. debate best!!). usul(tajuk bahas) memang tidak terjangkau dengan fikiran penulis pada ketika itu. SAMPAI TERMUNTAH sebab pening sangat dan penat. sampai di uia gombak terus match keesokan hari. lupe nak beritahu, "debate" ini merupakan anjuran pelajar2 law yang diadakan di AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH of LAW aka AIKOL. kat AIKOL hanya debat BM dan kalau tidak silap di kulliyyah engineering debate BI. alhamdulillah sekolah penulis tersenarai sebagai top 30 among SBP and MRSM seluruh MALAYSIA. banggo sunggoh! ggebah!. tapi kami tidak sampai ke akhir. cukup lah meraih sedikit pengalaman buat bekalan. dan, tradisi ke uia itu diteruskan oleh junior-junior debat sekolah penulis. alhamdulillah, tahun ni mereka mencipta kejutan. TEMPAT KETIGA KESELURUHAN. setelah mengharungi 6 rounds, mereka berjaya menempatkan diri dalam top 4!!!!! selepas SMAP LABU, SDAR & KISAS. bangga dan terharu hanya ALLAH yang tahu. sedikit memori junior2 penulis sepanjang di uia gombak

first round
MAHER VS MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
MAHER WON

second round
MAHER VS SAINS ALAM SHAH
MAHER LOST

third round
MAHER VS SAINS SEREMBAN
MAHER WON

fourth round
MAHER VS SAINS ALAM SHAH
MAHER WON

fifth round
MAHER VS SMS HULU SELANGOR
MAHER WON

sixth round
MAHER VS SMAP KAJANG
MAHER WON

octo final:
MAHER VS SMK JITRA
MAHER WON

QUATER FINAL
MAHER VS SSP
MAHER WON

SEMI FINAL
MAHER VS STAR
MAHER LOST

kredit to nurul aina bt mazlan.

tersangat2 bangga dengan junior2 debat. walaupun tidak melangkah ke peringkat akhir, namun pencapaian kalian amat2 membanggakan.

terima kasih kepada nur amirah,elli liana aisyah, NURUL AINA(really proud of you).

terima kasih kerana merealisasikan impian senior2 anda.(T_T)!!!

even kami takdek coach yang gempak2 cuma senior yang super gempak.(nurul aina bt mazlan, 2010)-

To senior:thank for everything.E-V-E-R-Y-T-H-I-N-G.even kami berempat je berjuang dekat uia tadek kamu2 untuk tengok tapi semangan and doa korang sentiase kami engat.
(nurul aina bt mazlan,2010)

SMK DATO AHMAD MAHER SEMI-FINALIST FOR UIA INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP.!!!!!!!!

sori to KAK SAM aka KAK MASHYI tok g jenguk adik2 di gombak. agak sibuk kak sam. jange maroh dessss??? hahaha. kak sam tok lawa time maroh.

assalamualaikum.

Monday, April 19, 2010

.: masih wujud lagikah SYAWQAH WARDAH? :.

Assalammualaikum
Khas untuk serikandi2 kesayanganku. ..

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh

entri ini di"copy" paste dari seorang sahabat penulis yang sedang menuntu di mesir dalam bidang perubatan
terima kasih HAFIZ ZAINI.


masih wujud lagikah syawqah wardah?
mawar itu durinya pelindungnya
menahan dari disentuh oleh tangan2 rakus atau mata yang dayus
masih wujudkah syawqah wardah?
mawar yang menjaga dirinya daripada ditonton oleh lelaki ajnabi
walaupun auratnya dilitupi
kerana mata itu penuh dusta
tidak tahu apa difikirkannya

masih wujudkah lelaki sejati?
yang menjaga mata hanya untuk tangisan ilahi?
masih wujudkah lealki sejati?
menjaga hati dari godaan duniawi?
masih wujudkah lelaki sejati
menjaga kemaluan daripada rasukan nafsu diri

entri ini juga peringatan buat penulis sendiri

bersamasamalah kita mengingatkan
kadang-kadang kita tidak perasan, perkara yang kita biasa kita lakukan itu, merupakan satu maksiat.

jangan sempitkan pemikiran kita tentang takrifan maksiat. maksiat itu luas maknanya.

kita telah terlalu biasa melakukan maksiat, sehinggakan perkara mungkar itu sudah sesuatu yang biasa dalam hidup kita( munirah syakirah, 2010)

azan zohor~

assalamualaikum~

masih wujudkah syawqah wardah?
bersama kita refleksi diri

Sunday, April 18, 2010

.: mas suju :.

assalamualaikum.

now i know why girls love so much korean. hahaha.

hujung migggu yg sebelum ni, penulis melawat sahabat-sahabat penulis di kolej lain yang letaknya sejauh dua MAHALLAH.hehehe. not dua marhalah ok.

hujung minggu yang sepatutnya diisi dengan perkara-perkara yg berfaedah, berakhir dengan menonton cerita korea dan dan melayan lagu "sorry sorry" from super junior. hahaha.
teringat kata-kata seorang teman kepada seorang sister

teman: apek korea yg tak basuh berak jugakla yang korang minat.

penulis hanya tergelak besar. benar. pada mulanya penulis pun agak mencemuh dan mencebik bibir kepada sister2 yang 'cair' dengan korean band ni. tak dinafikan mereka mempunyai rupa paras yang boleh mencairkan siapa-siapa yang melihatnya. itulah akibatnya kalau tengok dengan PANDANGAN NAFSU. PANDANGAN NAFSU SELLAU MEMPERDAYAKAN MANUSIA. contoh dalam akhbar metro pada hari ini(18/4/2010), akibat dipanah sihir cinta mat NIGERIA, perempuan tersebut sanggup melaburkan kesemua duitnya dalam KWSP semata-mata mendapatkan cinta daripada seorang pak hitam. lebih tragis lagi, beliau meminta suaminya yang menghidapi angin ahmar menceraikannya. persoalan yang penulis hendak bangkitkan disini, bukan teruknya wanita2 malaysia sehinggakan sudah hilang akal tidak dapat membezakan yang mana satu halal atau haram tetapi lebih kepada sikap menjaga pandangan. bahkan dalam surah an-nisa' sudah diberitahu perkara ini.

pandangilah seseorang itu bukan dengan hawa nafsu. hal ini demikian kerana itu merupakan zina mata dan boleh membawa kepada zina hati.(betulkan sekiranya salah). kalau tidak silap penulis, penulis pernah membaca pendapat seseorang ustaz tentang melihat sesuatu dengan nafsu. berdosa. ini boleh menyebabkan kepada perkara yang lebih besar. adultery ataupun zina. oleh itu hendaklah kita bersama-sama menjaga pandangan kita demi kemaslahatan bersama(nasihat kepada diiri sendri)

berbalik kepada suju aka SUPER JUNIOR.Lagu-lagu kumpulan ni boleh la tahan. tidak semua yang penulis dengar. adalah satu dua lagu. contohnya lagu sorry sorry. best la jugak. koreografi band ni menarik. itu yang membuatkan penulis terlekat dengan band ni.

boys over flower atau hana yori dango. best la jugak cerita ni. it is a drama series.
bolehla. hanya sebagai mengisi masa lapang di waktu short sem. kata seorang teman, penulis perlu mempunyai life. bukan dengan hanya buku sahaja. penulis senyum. penulis rasa penulis dah ada life sendiri. mungkin takrifan setiap orang tentang mempunyai "life" berbeda. ada lifenya dengan buku. ada dengan bermain. itu hakikat yang perlu diterima. penulis kat sini je ngan buku and assignments. dekat rumah, jangan harap nbak bukak buku. ikut keadaan la. ade ketika kita perlu dengan buku ada ketika kita perlu main. tapi apa2 pn pandangan seorang sahabat yang penulis perlu enjoykan diri time short sem ni, akan cuba dipatuhi and diamalkan. hehehe
dekat kuantan pasni, lagi sibuk.

tq to paan mas and faqih sebab perkenalkan super junior(dah tahu dah sebelum masuk uia). lagu sorry sorry best!. dan cerita boys over flower. tengok lama-lama jadi bosan jugak.

tq to amira yussuf for advises and suggestion. tertarik dengan kata-kata mira aka kakak aku disini

"even pointer aku tidaklah 3.5, namun aku happy"
the point is, be happy with your life. appreciate every moments that you have.

video suju~~



video

Friday, April 16, 2010

.: sesudah asar :.

asslamualaikum
bismillahirrahmanirrahim


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja Disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini menandakan daging itu rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk Memanafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk menCabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita TIDAK AKAN
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
KALIMAH SYAHADAH dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
INNALILLAHIWAINNA ILAHIRAJIUN
"DARIPADANYA KITA DATANG, KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI"

ehsan daripada siti masitah ariffin.

renung-renungkanlah

assalamualaikum

Wednesday, April 14, 2010

.: sindrom Mc D :.

assalamualaikum (ustaz cakap tak boleh salam alaik, salam dan sama waktu dengannya)
salam itu doa. doa, kita kena cakap betul-betul.

shake: kau dtg kelas tak ni? (txt msg)

sham: dtg. (tgk jam, 9.10 am). ya-allah!!!.

sindrom Mc D berulang lagi. kenapa penulis memanggil sindrom Mc D? disebabkan oleh mcd la, penulis lambat ke kelas. penulis pernah lambat ke kelas (I MEAN VERY1000xxx LATE). lewat setengah jam. disebabkan oleh sindrom ini. kenapa penulis memberi nama sindrom Mc D? kisahnya begini.

ceritanya berlaku pada semester lepas.sebilik dengan roomate yg gila mcd, menyebabkan penulis "terpaksa" tumpang sekaki. org dah offer, amek jelah. rezeki jangan ditolak. nak dijadikan cerita, pada malamnya 12.30 tgh malam, salah seorang roomate, yg mempunyai empat perut mahu makan mcd. katanya lapar. memang perut lembu. so, bincang2 kami sepakat order mcd. nak dijadikan cerita lagi, mcd dtg lambat. pukul 1.30 pagi baru makan. pagi2 buta makan fast food. teruk betul budak uia. hehehe.
perut dah penuh. nabi cakap kalau perut penuh jangan tidur. MEMANG TAK BOLEH TIDUR PUN. guling punya guling, dah 3 pagi. mata dah berat. its time to sleep!!. bangun tidur, sembahyang. tidur balik. nikmatnya tidur. tiba2 ada orang miscall, ikhwan. tgk jam 9.15 am. lewat 15 minit. okeh. "bus express" dah dtg. ambil sabun, mandi, pakai baju, berlari ke kelas. sesetengah pelajar, gerenti dah berhenti berharap sebab dah lambat. bagi penulis tak. selagi mana sempat, selagi tu pergi. sampai kelas, lecturer baru sampai, lecturer senyum.

sir saifuddin: kenapa lambat?

sham: overslept.

sir saifuddin: nak belajar tak?

sham: nak!!!! (sir ni, subjek fizik kot, sy dah la lemah fizik)

dan sindrom ni berlaku sekali lagi. selasa lepas. nasib baik lecturer tak sampai lagi.kelas UNGS 2040. kelas dr ali.


sham: dr?

shake: belum lagi

kejutkan sharaf. rushing jugak budak perut buncit tuh


sampai separuh jalan, msg shake lagi

sham: dr?

shake: baru jek sampai

sham: yeah!!!!


masuk kelas, dr baru duduk. berpeluh. ambil seat depan. depan la bagus. dekat dgn lecturer. salah satu adab belajar. penulis tak kisah, kalau orang panggil skema, kita nak dapatkan keredhaan ALLAH. bukan nak dapatkan keredhaan manusia. kita takkan pernah dapat puaskan hati manusia.

kelas berjalan seperti biasa. lupa nak beritahu, farabi tak datang kelas. tak nak bangun tidur. hehehe. siapa yang kenal farabi, tahula dia macam mana.

malam ni makan mcd lagi.
esok kelas UNGS 2040. kelas yg sama seperti hari selasa lepas.
adakah?

wallahu'alam

jam sudah satu pagi?
mata, jom kita rehat.

assalamualaikum

Sunday, April 11, 2010

.: sekeping cheese cake :.

salam alaik

roomate(1st year): wi dh cheese cake ko saem(kawan)?

sham: hah? hmm. senyum.(pandai usik aku bdk ni)

kerana niat penulis nak bagi cheese cake pada sahabat, niat itu disalahkan. ayah penulis selalu belanja makan bila nak menghargai seseorang. ayah penulis tidak pandai berkata-kata. hanya tindakan merealisasikan niat dihati. jadi, tindakan ayah penulis itu,diasimilasikan dalam kehidupan. ERTI HIDUP PADA MEMBERI. hargailah seseorang. kadang-kadang orang terlepas pandang perkara sebegini. bagaimana hendak menghargai?
letakkan mereka yang hendak dihargai itu pada tempat yang sepatutnya. bagaimana caranya? bergantung pada setiap individu.

sham: sedap tk cheese cake?

sahabat: sedap!!!. tq sham. aku sgt hargainya.

penulis hanya tersenyum. cukupah dirinya rasa dihargai. walaupun usahanya tidak seberapa, tetapi cukuplah baginya rasa berbaloi.

kalau kita ikhlas, apa yang kita beri walaupun kecil dan tidak mahal, orang akan lebih mengharagi.

cubalah menghargai orang lain walaupun sekadar terima kasih dengan ikhlas.

namun penulis lebih suka berpegang dengan kata-kata ini

" jangan pernah mengharapkan terima kasih daripada seorang manusia, kerana sedikit sahaja manusia yang bersyukur pada ALLAH"

apa-apa pun, apa sahaja yang kita buat, ikhlas semata-mata kerana allah. kalau kita mengharapkan terima kasih semata-mata apabila kita membuat sesuatu benda, kita akan merana.

ikhlas kerana allah.

salam alaik

bukan senang nak ikhlas. tapi kita perlu berusaha

Wednesday, April 7, 2010

.: 3 cerita :.

salam alaik.

sudah beberapa gerhana bulan berlalu, akhirnya penulis mempunyai idea apa yang mahu ditulis. sudah lama dipendam dan diperam. masak jugak. mula-mula nak tulis tentang denyut kasih medik dan nota hati seorang lelaki, namun disebabkan diperam terlalu lama, jari-jemari penulis yang mulus lagi telus ini, seakan tidak mahu menulis. weee~
tapi hati sentiasa terkinja-kinja mahu menulis. diturutkan rasa hati mati. tak kisahlah, ni bukan perkara tidak elok.

penulis ada 3 cerita. tapi itu bukan bermaksud penulis penglipur lara. hanya sebuah cereka untuk tatapan semua.

cerita pertama:

penulis baru sahaja selesai program usrah aka keluarga dengan ahli-ahli usrah yang lain dan juga murabbi penulis, Abg Taka, akh dari gombak. the best part is, it is not like our usually usrah. mengantuk~~ hehehe. semalam abg taka buat aktiviti sedikit. tujuannya satu sahaja aktiviti tersebut dilakukan, ukhwah fillah abadan abada. lokasi? tak perlu hotel lima bintang atau menyeberangi laut, cukup melepasi 2 mahallah yang tidak membolehkan kami untuk melakukan rukhsah solat.
aktivi senang sahaja, cari 5 ayat al-quran atau hadith berkaitan dgn tajuk yang diberikan dan hafal 3 ayat. penulis dan rakan penulis mendapat tajuk sabar dan khusyuk dalam solat. dengan laptop ditangan, dan wireless yang berkelajuan kura-kura, pencarian dilakukan sambil mengintai-intai muka buku. aktiviti berakhir 12 tengah malam. esoknya QIAM. perkara yang ditunggu-tunggu. nak buat sendiri bukan senang. kalau ada aktiviti macam ni, adalah semangat sikit. YIOSH!!!. aktiviti kami berakhir dengan tazkirah berantai selepas solat subuh.

cerita kedua:
DENYUT KASIH MEDIK.
DR FARHAN HADI
berdenyut-denyut jantung penulis bila baca novel tersebut. baru sedar begitu hectic dan boleh katakan macam takde life dalam kehidupan seorang doktor. penat? tak boleh nak dikata. hanya ALLAH yang tahu. penulis yang sekadar menjadi pembaca, dapat menyelami betapa TAK BESTnya doktor. sehinggakan terpaksa meminta pandangan daripada seorang sahabat, adakah betul tindakan yang diambil ni-ambil jurusan perubatan.
hanya doa dipanjatkan agar ini adalah pilihan terbaik dan ALLAH meredhainya.

the best part of the story was, the way Dr Muslih(the main caharacter) tackled Qaniah (his wife). subhanallah. pergaulan dijaga. tidak pernah bersua. hanya emel dan keluarga penghubung setia. bukan untuk bermaja-manja tetapi hanya untuk perkara-perkara penting sahaja.

untuk sahabat tersebut: tatkala hati ini penuh dengan persoalan, kau hadir membawa jawapan~ cewah! macam romeo and juliet~

cerita ketiga
nota hati seorang lelaki
PAHROL MOHD JUOI

masya-allah! cara penulis buku tersebut menghuraikan tentang kehidupan dan islam begitu unik sekali. tidak pernah penulis menjumpa penulis sebegini. hehe. word twister. kena banyak berfikir. walaupun hanya satu baris ayat, maknanya begitu dalam. cukup untuk membuatkan kita berfikir adakah kita ini 'abid allah yang sebenar-benarnya.

3 cerita. bukan hanya rekaan semata-mata. hanya pengalaman seorang hamba yang berkelana di muka dunia.

sedang berfikir, sempat atau tidak untuk menghabiskan dua lagi buku

MURABBI CINTA & SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. both are written by ustaz hasrizal aka saifulislam. walaupun dua novel best sellernya penulis tidak baca( tak berapa menarik perhatian bagi penulis, namun harapannya dua novel nya ini dapat diambil iktibar.

shukran jazilan kepasa acap n shake sebab bagi pinjam buku.

LOVE COMES FROM ALLAH.

salam alaik.

farabi bangun!!! kata nak main badminton. kesian kat ilyas dok tunggu kat court.

wahai tuan penulis, matamu ini sudah berat. boleh diminta rehat sebentar?
nak rehat ke tak nak?