Wednesday, December 23, 2009

apabila 20 memanggil

salam alaik.

mencari masa walaupun sekejap untuk menulis. agak sibuk sekarang ni menghadapi saat-saat akhir semester yang berbaki 2 bulan lagi KOT. tak ingat sangat almanak untuk semster ni.hehehe.. teringat keluhan para sahabat. ramai yang berasa sangat malas dgn sem ni. alasannya sebab dah lama belajar kat matric dan ini merupakan sem akhir.lepas ni takda dah chem,phy,bio,MATH etc.aku pun sama.tapi cuba dilawan nafsu tersebut. mujahadah. dan waktu yang tinggal untuk menjengah tahun baru masihi tinggal beberapa hari sahaja lagi. bertambah usia aku. jika dulu angka belas masih lagi ada sekarang angka belas sudah tidak ada. yang ada angka dua dan dinaikkan kepada puluh. cuak sangat2. kadang-kadang diri ini terfikir layak ke aku untuk memasuki alam 20,meninggalkan zaman remaja yang penuh dengan pengalaman2 yang menyeronokkan.

peningkatan umur bermakna pemikiran turut meningkat.semakin matang dan rasional. tapi kalau dikira diperhati rasanya diri ini belum layak untuk memegang angka 20.banyak lagi kekurangan dari segi pemikiran,agama,ilmu dan sebagainya.

peningkatan umur bermakna kita semakin hampir dengan mati kita.cukupkah amalan aku?banyakkah dosa aku?sudah banyakkan bakti aku kepada ibu bapa?

peningkatan umur bermakna kita sudah semakin dewasa.bolehka kita berperangai seperti seorang dewasa?sanggupkah kita meninggalkan perkara-perkara zaman remaja dulu? a leopard will not change its spot. adakah benar pernyataan ini.

peningkatan umur bermakna kita perlu memikirkan masa depan kita. bolehkah aku menjadi doktor@lawyer@majistret?? layakkah aku menjadi seorang ayah @ ibu?

begitu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan sebelum angka 20 tiba. perlu banyak muhasabah.pesanan untuk diri sendiri jugak.

peningkatan usia akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak mahu melakukan anjakan paradigma(lama tak guna) dari usia sebelumnya.

usia meningkat mati semakin mendekat.

salam alaik.

Saturday, December 12, 2009

-cari pasangan-

salam alaik.

ilham datang dengan tiba-tiba semalam selepas mendengar nasyid "cari pasangan" by rabbani. best sgt. for your information : abdul muntaqim loves this song so much. :D
tetapi terpaksa ditangguhkan dek kerana waktu malam yang hampir melabuhkan tirainya dan paksaan oleh sepasang mata untuk ditutup buat seketika.

dalam hadis RASULULLAH SAW telah dinyatakan ciri-ciri pasangan yang perlu dipilih :
(maaf tidak ikut turutan.cuba cari hadis tersebut tapi tak jumpa. so kalau salah, please correct it for me)

1: yang berharta
2: yang baik rupanya
3: yang bernasab
4: yang beragama

namun dalam keempat-empat pilihan tersebut RASULULLAH SAW suruh pilih yang keempat, yang beragama. kenapa yang beragama?? ini kerana orang yang beragama sudah pastinya memiliki 3 lagi ciri lain. beragama bermakna seseorang itu meyakini ALLAH yang esa dan MUHAMMAD SAW. hal ini demikian kerana dengan agama, secara total dia mempunyai pakej yang lengkap. terpelihara dari segala maksiat kerana wujud ketakutan pada ALLAH yang MAHA MELIHAT.

dengan mempunyai agama, sudah pastinya seseorang itu mempunyai nasab/salasilah yang mulia. bukan daripada keturunan zina. semuanya kerana agama di dada.

dengan agama, baik rupanya.Nabi s.a.w. menganjurkan kita mencari yang baik dari segi rupa paras apabila kita memandangnya. Sejuk apabila dilihat dan dapat mengikat hati suami untuk tidak lagi melihat perkara yang ditegah seperti melihat aurat aurat yang berkeliaran diluar rumah. Wajah yang cantik dapat membahagiakan suami menenangkan hati suami. Manakala dari sudut makna yang tersirat pula kecantikan dalaman yang sebenarnya dimaksudkan oleh nabi. Terdapat khilaf dan perselisihan pendapat ulama dalam menentukan maksud ayat ini. Namun kedua duanya sama baik. sebab ada hadis nabi s.a.w. yang mengatakan dalam diri manusia itu ada seketul daging atau darah. apabila baik ia ( baik di dalam ) maka akan baik lah jasad luaran keseluruhannya. maka seketul daging itulah yang dinamakan hati.Baik di dalam yakni terhindar dari segala jenis perasaan yang tidak elok. agama menganjurkan kita supaya mengamalkan segala yang telah termaktub dalam al quran. dalam al quran byk nilai-nilai murni yang dpt diambil dan dipraktikkan. so sekali lagi dengan beragama, kita dapat mewujudkan rupa paras yang baik/personaliti yang unggul.

yang berharta. harta tak semestinya berbntuk material. ilmu boleh menjadi harta yang amat berharga. amat2 berharga. dalam al quran surah al-alaq ayat 1-5 menyuruh kita agar mencari ilmu. dengan ilmu.kita dapat mentadbir rumah tangga dengan baik. sebab itu kita perlu menghadiri kursus perkahwinan sebelum kahwin. kerana apa?? untuk memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang realiti rumah tangga. tak gitu SHAKE?.. HAHA

jadi, kalau nak cari pasangan cariklah yang beragama. percayalah kalau agamanya mantap,yang lain turut mantap.

islam itu mudah.

cari pasangan biarlah betul. :P

salam alaik.

Thursday, December 10, 2009

.:dua kisah satu rasa:.

salam alaik.

setelah berjeda buat beberapa ketika kerana memenuhi tuntutan akademik yang tidak pernah putus-putus, ana kini boleh melepaskan lelah sementara berada di rumah. MID BREAK. ok let gets dirty!

kisah 1 :

selalunya, orang selalu cakap dia takut akan hantu. walhal dia tak pernah tengok pun rupa hantu. tapi kepada ALLAH tak pernah pulak takut. walhal dia pun tidak tahu bagaimana bentuk ALLAH itu. tapi dia tahu yang ALLAH itu tuhan sekalian alam. buktinya dalam surah al-fatihah ayat pertama ."segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam". sudah nyata bahawa ALLAH itu TUAN yang mengawal seluruh alam ini. Segala puji bagi ALLAH itu bermaksud kita memuji ALLAH kerana mentadbir alam ini.kalaulah benda lain yang mentadbur alam ini, 'confirm' porak peranda. namun walaupun sudah terbukti yang allah itu TUAN kepada tuan, manusia masih juga melakukan maksiat, tak kiralah besar ke kecil."diri ini turut terasa". kenapa? anda sendiri fikirkan.

kisah 2:

situasi di Central Spine HMS department.
student second year( golongan yang tak exempeted )sibuk mencari jawapan kepada soalan midsem physics. ada yang membuat consultation. ada yang berbincang ngan kawan dsb. bertembung ngan shake ngan amy. dia orang baru lepas consultation. sempat borak-borak ngan shake sambil bincang consultation.

sham: selalu jek salah
shake: aku pun
sham: aku tak pernah yakin pada diri sendiri
shake: kau bukan tak yakin. KAU TAKUT PADA NOMBOR.(selamba je cakap)

memang. aku takut pada nombor. bagi aku nombor sangat mengerikan. tak tahulah kenapa.

sham: camne kau tahu shake?
shake: aku suka perhatikan orang.

aku senyum.shake memang suka tgk org. sampai benda2 kecik pn dia boleh nampak. even perangai rumate aku pn dia boleh tahu. sape kah dia? rahasia kami berdua.
aku memang lemah dengan subjek berkaitan dengan nombor. minta maaf. aku memang kurengg dengan nombor. tapi kalau bio atau benda2 yang boleh bygkan gambar dalam otak ni insya-allah boleh. setiap kali buat latihan dgn nombor, konfem takde semangat. minta maaf. aku memang tak berape hebat untuk 'deal' dgn nombor. puas dipujuk,puas dirayu,hati ini tetap tidak mahu menerima. org kata dari mata turun ke hati. namun semakin byk aku tgk nombor, semakin gugup hati aku. serius. definitely i cant live within a world that full with numbers. tapi aku dah pilih jalan ni. bidang sains. nak tak nak,kena deal dgn nombor. pada mulanya hati menentang, tapi walaubagaimanapun hati ini menentang, aku perlu menerima hakikat yang nombor tak dapat dipisah-kan dengan budak sains.

kadang-kadang terfikir kenapa ALLAH takdirkan aku memilih bidang sains sedangkan aku tidaklah sehebat mana. kelogikan akal aku tidak setinggi FAQIH, pemahaman aku tidak sehebat IRFAN, kerajinan aku tidak sekuat LUTFI dan pengaplikasian segala formula dalam kehidupan aku tidak se"CEKANG" munirah syakirah. kadang-kadang ingin sahaja berhenti setakat ini. tidak mampu lagi rasanye diri ini untuk mengahdapi segala nombor dan formula yang perlu dihadam. putus asa pernah tumbuh dalam diri. namun aku masih ingat "putus asa itu salah satu sifat syaitan". kudrat ini digagahkan jugak menghadapi segala nombor-nombor dan formula-formula yang perlu dilarutkan agar menjadi standard solution yang mempunyai pH 7 dalam otak. hanya sabar yang mampu melarutkan semua menjadi satu solution yang bakal ditirate atas kertas soalan untuk mendapatkan hasil yang diperlukan.

maaf nada kekecewaan. mungkin emosi belum stabil dengan masalah yang melanda diri.

.:salam alaik:.

ps:baru smpai rumah.ngantuk.

Saturday, November 28, 2009

cerita 24 jam satu hari



salam alaik

bismillah.

tatkala hati ini berkecamuk mahu mendahulukan eap atau menghadap alam maya, aku lebih memilih pilihan yang kedua. menghadap alam maya yang mungkin boleh menukarkan perasaan kebosanan aku kepada satu kepuasan. cuti raya yang hanya 3 hari. sampai dirumah semalam, pukul 8 pagi. tak sempat nak pegi masjid. tatkala kaki menjejakkan ke halaman rumah, sunyi. Hanya kakakku sahaja yang ada. CUTI katanya. baju ditukar dengan baju raya dua tahun yg sebelumnya. RECYCLE sudah. lagipn masih lawa lagi. sembahyang sunat dhuha.time sembahyang walid ku balik dari masjid. pintu kunci. usai sembahyang, aku bergegas membuka kunci. tak sempat nak salam. kepala aku tersangat berat. masuk bilik. peluk bantal. aku terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan mimpi-mimpi pilhan. sori abah . :)..

then aku dikejutkan oleh suara garau kakak. hahah. garang kot dia. walid pesan suruh pergi rumah mak cik aku. walid aku "ghebe" disana. serasa malas pergi. penat yang nyata. namun digagahkan jugak. kerete kunci dicapai. kali ni kakak aku memberi peluang kepada ku untuk "drive". boleh la terasa nak memecut atas jalan.hahaha
tak laju pn 80 km/h. umi pernah pesan, jgn bwk kete laju-laju. lagipun bukan aku seorang je dalam kete tuh. masih ada 3 lagi nyawa. dipendekkan cerita, kami berkelah di rumah mak cik. pukul 3 petang kami memohon untuk pulang. aku yang nak balik awal. penat yang amat sgt. kepala aku sudah takleh nak berfikir dgn rasional.menanti masa untuk ditutup. dipendekkan lagi, sampai dirumah terus tido.

malam nya, semua famili sudah bersedia menghadap depan tv. NUR KASIH episod akhir. layan jelah. tapi kita merancang tuhan menentukan. mak sedara sebelah mak telefon. nenek aku sakit. dia sesak nafas. antara NUR KASIH dengan TANGGUNGJAWAB, umi aku segera bergegas ke rumah nenek yang hanya 10 minit dari rumah ku. dipendekkan cerita, kami terpaksa membawa doktor ke rumah kerana nenek aku tak boleh masuk ke dalam kereta. sakit belakang. belakangnya disuntik. aku siap diperli lagi.

"doktor sher, tgk la.". aku malas nak layan. bagi can jelah kat sepupu2. lepas ni kat main camp,bukan setakat boleh tgk,siap boleh bedah lagi.
semua rm 150-suntik+ubat-. sabar jelah.

pukul 12 sampai kat umah. NUR KASIH?? tak sempat tgk. tapi takpe. blh tgk kat internet. :)

salam alaik

salam aidiladha.

Thursday, November 19, 2009

rindu terhenti

Hakikat manusia bila berjauhan rindu pasti bertandang. Bila sudah lama tidak bersua perasaan itu pasti tiba. Sudah lama aku tidak berjumpa dgn si Dia. Setiap kali tibanya usrah aku sentiasa menanti kedatangannya. Namun seraut wajah yg tenang dan putih mulus itu tidak muncul-muncul tiba. Hati pasrah. Aku pergi usrah seolah-olah kerana Dia. Ya! Kerana Dia. Aku cuba memperbetulkan niat bahawa aku lakukan semua ini kerana Rabbul Izzati namun aku tersungkur. Perasaan untuk bertemu dengannya lebih kuat berbanding perasaan untuk mendapatkan mardhatillah daripada Allah yang esa. Aku tidak menafikan bahawa setiap kata-kata yg dikeluarkan oleh si Dia benar-benar membekas di hati. Si Dia mempunyai karisma seorang orator. Dengan ilmu agama yang luas, ramai yang bertanya kepada si Dia jika ada sebarang kemuyskilan. Terasa malu jika mahu dibandingkan dengan si Dia. Setiap kali mengadakan sesi usrah, si Dia tidak jemu-jemu mengajakku supaya menambahkan keimanan. JGN LAKUKAN MAKSIAT. Sentiasa mengharapkan redha ALLAH.

Namun takdir mahu menemukan kami. Kami bertemu di dalam sebuah majlis ilmu. Majlis yang penuh dengan barakah. Lecture hall A, tempat kami bertemu. Setelah kaki menjengah ke lecture hall A, hati tergamam. Ramai pelajar yang datang untuk mendengar ta’alim. Hati terdetik. Bagaimana aku ingin berjumpa dengan si Dia. Si Dia bakal dikerumuni orang. Bagaimana harus aku bertanya khabar. Sihat kah si dia?. Fikiran aku berkecamuk. Perasaan rindu semakin meluap. Masa seakan berjalan perlahan. Ya Allah percepatkanlah masa. Berikanlah aku peluang untukku bertemu dengan si Dia. Biarpun sesaat. Cukuplah sekiranya aku dapat bercakap dengannya. Setiap langkah si Dia aku perhatikan dengan teliti. Tidak lepas daripda pandangan aku. Namun ALLAH maha mendengar. Diakhir taalim, langkah segera dipasang. Kaki dilajukan. Mata kami akhirnya bertentang.

Assalamualaikum ustaz!
Waalaikummussalam farisham. Ya-ALLAH rindu kat anta.lama tak jumpa
Saya pun ustaz. Ustaz sihat?
Alhamdullillah.

Tangan segera disambut dan kami berpeluk.

Ustaz Emran. Satu figura yang telah lama aku tunggu. Si Dia yang memperkenalkan aku kepada ilmu agama. Jika sebelum ini aku lalai dalam dunia aku sendiri namun dengan bimbingan si Dia,aku kembali menghayati agama. Shukran ustaz. Dan aku tahu tatkala aku bertentang mata dengan si Dia, aku tahu rindu aku terhadapnya telah terhenti.

Salam alayk~

Saturday, October 31, 2009

kerana disitu banyak buku

salam alaik.

menjejakkan kaki ke maktabah PPUM. sebelum masuk kami perlu menurunkan tandatangan. pelajar luar katanya. nafas ditarik panjang namun apabila dilepaskan seakan tersekat.banyak sgt buku. beberapa buah rak menyambut kedatangan aku dgn faqeh. mata meliar melihat sekitar. terdapat beberapa pelajar sedang belajar. budak medik kot kata faqih. Pharmacology rak VX. rak vx terus dicari. terletak dibahagian belakang. seusai sampai, peluh-peluh jantan menitik. pendingin hawa tak berfungsi. not my day agaknya. bdk2 um melihat pelik. lantaklah. kitaorg nak buat perkra baik. kepala digaru.

"camne nak cari ni??" aku tanya faqih
"kita usha2 dulu" faqih menjawab

perasaan panik mula menular. target hari ini untuk dapatkan bahan untuk eap seakan terbantut.

"jom kita tgk journal" faqih mengajak aku
"banyaknye journal". faqih diam. dalam hidup selama 19 tahun tidak pernah aku jumpa buku sebanyak ini. apa yang boleh aku katankan aku speechless. arah tujuan seakan hilang. aku tidak tahu apa yang mahu dicari.

journal segera diambil.apa saje journal yg ada 'initial' pharma- segera diambil. sekali bukak, astaghfirullahalazim. satu perkataan tidak difahami. mungkin time tu waktu petang dan fokus sudah hilang.

masa berlalu tanpa apa-apa perkembangan. sebarang nota tidak dicatat. stres mula menguasai diri. heartbeat mula meningkat. darah dipam begitu pantas. suhu badan mula meninggi. akhirnya sekadar menerokai buku-buku di maktabah itu sahaja.

petang kami dihabiskan di um.balik dengan bus metro dalam keadaan basah kuyup.
apa2pn moga-moga ALLAH permudahkan urusanku dgn eap.

EAP?why on earth we need to do eap?

salam alaik

Wednesday, October 28, 2009

bila adam bertemu

salam alaik

semester terakhir.Insya-Allah. semester kali ini kami dikejutkan dgn kehilangan shake dari group kami dan digantikan dgn kaum2 adam yg begitu ramai. agak tidak selesa walaupun kami dari gender yang sama. KELAS GAY katanya. hahaha. perkara seperti ini memang berlaku di cfs. entah mengapa ketidakseimbangan itu berlaku yg boleh menganggu gugat keseimbangan ekologi dalam kelas. hehehe. memang bagus untuk menjaga ikhtilat namun hawa diperlukan untuk membantu golongan adam. golongan adam diakui agak kurang peka dgn apa2 yg berlaku dgn keadaa sekeliling. they just follow the flow je. org tiup kiri,kiri lah ia, kalau kanan,kananlah ia. bukan mengutuk tapi ini sekadar pemerhatian daripda sepasang mata yg dianugerahkan oleh ALLAH. mungkin penulis yg pernah bersekolah campuran menyebabkan penulis berasa sedemikian. entahlah. lecturer pn lelaki. hehehe

masuk kelas btq. ada lagi penambahan dari kaum adam. seluruh kelas lelaki. ustaz belum masuk lagi. tu pun kalau ustaz.kalau ustazah entah2 tukar group.hehehe.
eap? jumpa balik shake! najibah! amy??? tapi masitah takde.haha. still lagi tak seimbang.lelaki tak ramai. dah pupus agaknye.

lab? belum start lagi. next week.

apa2pn mesti ada hikmah disebalik ini

post yg kureng menarik.

salam alaik

Saturday, October 24, 2009

bila cinta bercerita

bila cinta bercerita
waktu seakan terlena
unggas bersiulan mesra
alam seakan gembira

bila cinta bercerita
waktu seakan menari
matahari seakan bermimpi
bulan seakan mengerti

bila cinta bercerita
dua jiwa menjadi satu
manusia menjadi lesu
dek panahan cinta nan satu

bila cinta bercerita
dunia indah belaka
tiada siapa dapat menghalangnya
kerana itu fitrah manusia

Sunday, October 18, 2009

biarkan anak kecil itu berlari

biarkan anak kecil itu berlari
mengejar mimpi-mimpi
biarkan anak kecil itu berimaginasi
membina kreativiti
biarkan anak kecil itu menangis
memupuk sifat empati
biarkan anak kecil itu bermimpi
meneroka dunia fantasi
biarkan anak kecil itu bergaduh
mengenal mana kawan mana musuh
biarkan anak kecil itu cedera
kelak dia akan waspada
biarkan anak kecil itu bergembira
kelak dia tidak akan berduka
biarkan anak kecil itu mengembara
mengenal pelosok dunia
biarkan anak kecil itu berkawan
membina semangat setiakawan
biarkan anak kecil itu bermain dalam duniannya tersendiri
usah disekat
usah dipagari
kelak memakan diri
namun
usah dibiarkan tanpa agama
takut ditelan bumi yang dahaga
usah dibiarkan tanpa iman
takut diratah manusia jahanam

biarkan anak kecil itu berlari
mengejar mimpi
biarpun ianya belum pasti
namun itulah fitrah seorang insani

Saturday, October 17, 2009

BiNgKiSaN BuAt PeNgAnTiN PeReMpUaN (finale)

<3 selalu berdoa agar suami menyayangi kita
<3 bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja
lain
<3 belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dgn tepat
<3 ruangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
<3 TANYA IBU MERTUA, ABANG ATAU KAKAK IPAR MENGENAI HADIAH YG DISUKAI OLEH SUAMI DAN
BELIKAN HADIAH TERSEBUT SBG CENDERAHATI @ SBG MEMUJUK
<3 MASAK RESEPI IBU MERTUA (KEGEMARAN SUAMI) SEKALI-SEKALA
<3 beri pujian terhadap penampilan suami (kacak,rambut,wajah ETC)
<3 cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati
<3 ELAKKAN SUAMI DARIPADA MENUNGGU LAMA TERUTAMA APABILA BERSIAP
<3 bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana
memberitahu
<3 UCAPKAN KATA-KATA SAYANG YG ROMANTIK PADA SUAMI SEKURANG-KURANGNYA 2 KALI SEHARI
<3 bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya
<3 bila ingin memesan barang, senaraikan di atas kertas. jgn buat suami pergi kekedai
2-3 kali.
<3 PELUK SUAMI DGN PENUH KASIH SAYANG SEBANYAK 7 KALI SEHARI
<3 jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala tanya bila dia akan pulang.
fahamilah dia perlu bersendirian untuk berfikir
<3 sekiranya suami marah, jgn sekali-kali menjawab (biarpun kita tidak bersalah)
terangkan keadaan sebenar selepas dipujuk
<3 sentiasalah anggun ,kemas dan wangi
<3 JGN TUKAR-TUKAR TELEVISYEN BILA MENONTON BERSAMA SUAMI
<3 JAGA MARUAH SUAMI TERUTAMA DIKHALAYAK RAMAI
<3 BILA BERPEGANGAN TGN, PEGANGLAH SEBAGAIMANA DISUKAI OLEH SUAMI
<3 buatlah air minuman untuk suami tanapa diminta @ bertanya. cth "abg nak minum?"
<3 SENTIASA BERSEGERA APABILA BERSIAP DAN JGN TIBA-TIBA INGIN MENUKAR BAJU YG DIPAKAI
<3 pergi dating sekali sekala

pelbagai reaksi dizahirkan tatkala post berkaitan dgn perkahwinan ditulis.tapi ini hanyalah sekadar sedikit perkongsian daripada saya untuk kalian. sekiranya kalian tidak bersetuju, saya memohon jutaan ampun.
chill oke!!

salam alayk~

Tuesday, October 13, 2009

bingkisan buat pengantin lelaki

• Sentiasa berdoa agar disayangi
• Bila balik rumah,tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain
• Berlatih untuk mendegar dengan baik
• Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah
• Bila lambat pulang beritahu lebih awal kepada isteri
• Jika perlu untuk menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir
• Bila sudah sejuk beritahu kepada isteri anda apa yang menganggu fikiran anda secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila keluar Tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan
• PELUK ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG EMPAT KALI SEHARI
• UCAPKAN KATA-KATA SAYANG SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI SEHARI
• Ajak isteri berjalan tanpa anak-anak
• Cuba tunaikan apa yang yang dihajati oleh isteri
• NYATAKAN YANG ANDA MENRINDUINYA BILA BERJAUHAN
• Urut-mengurut isteri atau seumpamnya dari semasa ke semasa
• Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri
• Bila berpegangan tangan, jangan biarkan tangan longlai
• BILA MAKAN DILUAR JANGAN HARAPKA ISTERI MEMILIH TEMPAT MAKAN SETIAP MASA
• Sabar bila isteri lambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai
• BERI PERHATIAN YANG LEBIH KEPADA ISTERI DARIPADA ORANG LAIN SEMASA DIKHALAYAK RAMAI
• Berikan respon yang posistif bila mendengar isteri bercerita
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. MANJAKAN ISTERI SEPERTI MANA MEREKA MEMANJAKAN KITA.

Salam alayk~

Sunday, October 11, 2009

Gadis itu

Gadis itu tak perlu menjadi persis Siti Nurhaliza untuk diminati ramai. Aura yang ada pada dirinya sudah cukup untuk menarik ramai mata yang memandang.Gadis itu tidak perlu menjadi persis Erra Fariza untuk menjadi cantik. Aurat yang ditutupnya sudah cukup menjaga kecantikannya daripada ditatap oleh para lelaki ajnabi. Katanya aurat perlu dijaga agar tidak menimbulkan fitnah. Gadis itu tidak perlu menjadi seorang ahli gusti untuk menjaga prinsip-prinsip yang telah ada didada. Cukuplah dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Rabbul ‘Al-amin untuk menjaga prinsip-prinsipnya itu. Gadis itu cukup menjaga prinsip-prinsipnya dan tidak akan bertolak ansur sungguhpun dengan kawan sendiri. Sungguh kuat iman gadis itu. Gadis itu tidak perlu menjadi seorang ahli ternama untuk memiliki teman yang ramai. Cukuplah dengan sopan santun yang dimiliki membuatkan ramai yang ingin mendampinginya. Namun gadis itu sangat menjaga pergaulannya. Gadis itu tidak perlu menjadi seorang tentera untuk mempertahankan Islam. Semangat yang ada didadanya untuk menegakkan Islam sebagai AD-DIN cukup membuak-membuak. Katanya sungguh senang menjadi seorang muslim. Katanya “kita kejar dunia tapi kita jangan lupa akhirat”. Gadis itu, dijasadnya dilitupi duri-duri islam. Amat sukar untuk didekati apatah lagi untuk diajak berbiacara. Gadis itu tidak perlu untuk memiliki harta yang bertimbun untuk membalas jasa walid dan walidahnya. Cukuplah dengan mengingati segala jasa-jasa yang telah ditaburkan dan menghormati mereka.

Gadis itu sungguh luar biasa. Siapa sangka disebalik tudung litup terselit sebutir permata yang sangat berharga. Gadis itu tidak perlu menjadi Siti Nurhaliza, Erra Fariza ataupun siapa-siapa. Gadis itu sangat istimewa. Gadis itu umpama serikandi islam tatkala ramai serikandi-serikandi yang lain gugur diratah oleh binatang-binatang buas. Namun gadis itu tetap berjaya mempertahankan dengan iman dan taqwa. Gadis itu umpama permata yang tidak ternilai. Permata yang tidak pernah terusik oleh sebarang kekotoran. Permata yang sentiasa dilindungi oleh cengkerang iman dan taqwa.

Gadis itu sangat istimewa

Thursday, October 8, 2009

hamba allah yang maha pengasih

Bumi kelantan dijejaki tepat pukul 5 pagi. Aku disambut dgn kereta gen-2 buatan Malaysia.awal jugak ayah aku datang. Selalunya agak lambat dia datang. Mungkin dah biasa kot mengambil anak2 pulang dari jauh. Sampai dirumah 5.15 pagi. Walidah aku sudah bangun. Tapi dia memang selalu bangun awal pun. Nak siapkan makanan untuk adik-adikku yg masih lagi berbaki dua orang untuk kesekolah. Seorang sekolah pagi,dan seorang lagi sekolah p


Minggu ini aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. Seorang sahabat yang senantiasa sabar melayan kerenah aku yang selalu meyakiti hatinya. Namun dia tetap sabar dengan aku. Sukar untuk dicari untuk yang kedua.

NIK ABDUL HANNAN (HAMBA TUHAN YANG MAHA PENGASIH). Perkenalan aku dengan Hannan agak lama, Cuma kami yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dia bersekolah rendah disebelah sekolah rendah yang aku belajar. Di kampung kami terdapat dua buah sekolah rendah yang kedudukannnya sebelah menyebelah. Jadi ibu bapa bebas hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mana satu. Perkenalan aku dengan hannan bermula pada tingkatan dua. Kami ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Masa tingkatan satu kami tidak sekelas walaupun belajar dalam aliran yang sama (aliran arab)-arab komunikasi sahaja-.

Bagaimana aku mengenali Hannan?? Kisahnya bermula di pusat sumber sekolah, waktu pendidikan jasmani. Mathematics mempertemukan kami. Macam cerita cinta pulak. Haha.. Tapi inilah kisah cinta aku dengan seorang sahabat. Cinta kepada seorang hamba ALLAH kerana ALLAH. Seperti diakui,kelemahan terbesar aku ialah mathematic. Namun dgn bantuan hannan, prestasi math ak meningkat.. hubungan persahabatan kami berlarutan sampai tingkatan 3. selepas PMR diumumkan, alhamdulillah kami mendapat keputusan yg cemerlang dan mendapat tawaran ke MRSM yg sama,tapi kami menolak. Kami percaya rezeki kami masih lagi disekolah lama. Persahabatan kami diteruskan sehingga tingkatan lima.Tingkatan 5,tahun yg penuh dgn cabaran. Banyak kali hati terguris. Mulut ak agak laju sikit. Jadi kalau tak dikawal, segala benda keluar. Pernah sekali aku memarahi hannan dgn kata-kata yg bisa memutuskan tali persahabatan yg telah tebina sekian lama. Namun satu benda aku respect kat Hanann, dia sempoi,tak amek kisah. Dia tahu yg ak agak tertekan dengan segala benda –debate,prs,study,keje add math yg bertimbun- etc.. dia wat derk je.

Lepas 2-3 hari boleh plak gelak2.

Lepas SPM,masing2 membuat haluan sendiri. Ak meneruskan pengajian di UIAM, bidang perubatan. Hannan meneruskan pengajian di MSU,persediaan ke India dalam bidang perubatan. Esok ( 7hb),hannan bakal bertolak ke India. Agak sedih. Teman untuk diajak keluar tatkala hujung minggu muncul sudah tidak ada. Sahabat untuk melepaskan tekanan sudah tiada. Satu kekesalan. Sepatutnya hari ni ( 6 hb), aku berjanji untuk kerumahnya, namun disebabkan maslah kenderaan, hasrat iu terpaksa dilupakan. Walidah menggunakan kereta kancil untuk ke kantor. Satu kekesalan yang amat sgt bersarang dihati aku. Apa2 pn ak hanya mendoakan yg terbaik untuk beliau.


post ini ditulis pada 6 hb

di "paste" pada 9 hb

Sunday, September 13, 2009

JAGA KAU PAK CIK BUS!

salam alaik
hari ketiga berada di teratak ayah dan bonda bersempena dgn cuti raya.kejap saje.10 hari. tarak cukup maa.. tapi oklah daripada tarak langsung kan?..
ak bertolak dari uia pukul 10 malam. ak n the gang dan majoritinya budak 1st year dalam bus yg disewa khas,bertolak agak lewat dari uia. kenapa??? disebbkn oleh "kesumbatan" oleh budak 1st year.hello! takkan tak bese naik bus.kan dah penah balik midsem??.. haish

ada ke patot boleh tido sebelum balik???..kalau kejut dan bgn takpe gak. ni bukan main lagi liat..penat kot..(husnuzon).. akibatnya terlepas bus.naik la bus ak. yg tu brother. si sister sorang ni tersilap naik bus. pening aku. kalau ikutkan nama dalam senarai, seorang brother telah membatalkan tiketnya untuk balik dgn Perdana tapi "seat" dalam bus tetap tak cukup. kepala ak berputar ligat. makhluk manalah yg naik plak ni. tup2, ak dapat tahu ada sorang 1st year sister tersalah naik bus tapi wt senyap jerk.memang nak kena. at least beritahu la. si pak cik bus tu plak kurang mesra sikit..tension agaknya...byk keje time bulan ramadhan ni..lolz~
bus plak slow. hati ku ni dah tak sabar2 nak bersahur dgn family. masih lagi ak ingat pesanan umi ak melalui khidmat pesanan ringkas:
"kalo sempat sahur kat umah,lagi baik"..lagi lah nak balik.mulut ak ni dah tepu dgn masakan kat uia.-masakan lebihan time berbuka dipansakn semula untuk sahur-sabar jelah....
hati ini senantiasa berharap agar dapat sampai kat umah dgn cepat.

tup2,harapan tinggal harapan..hahaha..pukul 3 bru bus berhenti rehat. ak tak berapa nak boleh tido dalam bus.tak best.hehehe..pukul 3am baru kat Merapoh. 3 jam lagi baru sampai Gua Musang. nak sampai KB tambah lagi sejam. sabar jelah..
pukul 5am bus berhenti buat kali kedua.SAHUR.
diorang ni makan ke apa?.pukul 3 dah makan.pukul 5 makan lagi.ada abomasum ke apa???..
ak dah mengamuk time ni. "mood" ak yg tenang bertukar arus.mulut dimuncungkan.dahi dikerutkan. lantaklah nak jadi apa..solusi yg terbaik-berdiam diri-
mata ak masih degil untuk ditutup ditambah dgn hati yang membuak2..sabo jelah
dipendekkan cerita,ak sampai kat umah 630am. ak tak bercakap sepatah apa pun gara2 tak dapat bersahur kat umah.pintu bilik dihempas kuat.tanda protes.. JAGA KAU PAK CIK BUS!.. walid & walidah ak dah masak dgn perangai ak. kalau marah, ak akan baling semua benda. hempas pintu bilik kuat2.walid ak diam seribu. kalau dahulu, time ak kecik2, mengamuk je, ada je hadiah yg diberi tapi sekarang dah besar..malas dah nak tegur agaknya.. hahaha.. sori abah...marah ak bukannya lama..hahaha..2-3 hari baik lah tuh..walid ak pn dah tahu perangai ak. dia pn tak bertanya byk dgn ak melihatkan ak yg agak kurang mesra..hehehhe.. dgn masam mencuka ak wt tak tahu je org sekeliling.adik2 ak pn tak berani tegur.. hahahahah

bukan apa,harapan ibu nak bersahur dgn anaknya gagal dilunaskan gara2 bus slow n "kesongehan" bdk2 1st year yg besar kepala,nilah jadinya..hampir satu hari ak tido n tak bercakap... kekesalan kerana gagal memenuhi permintaan bonda tercinta.. berdiam diri merupakan jalan terbaik bagi ak time marah. daripada ak maki hamun, baik senyap. kan?
hari kedua dah elok sikit tapi "swing" tetap ada.
dan masuk hari ketiga(today)...mood ak dah ok.alhamdulillah.
apa2 pn,ramadhan berbaki 6 hari sahaja lagi. ak harap segala dosa ak diampunkan. amin

salam alaik~

Wednesday, September 2, 2009

alahai MEDCY~


memburu dipadang datar
dapat rusa belang dikaki
kita buat iftar,medcy pn nak buat iftar
saje nak "complaint" apa yg tak puas dihati

salam alaik.

merosakkan pantun.hahahah..lama jugak la nak pikir pantun mana yang sesuai nak kutuk society ni. SEDAR atau tidak sudah 12 hari kita berpuasa.memasuki fasa kedua ramadhan.MAGHFIRAH.
moga-moga ALLAH maafkan segala dosa-dosa ak.ameen..

MEDCY stands for MEDICAL SCIENCES STUDENTS SOCIETY,society untuk pelajar medic, pharmacy,dentistry,allied health sciences dan nursing. populasi budak medcy tidaklah seramai ENGENIUS (ENGINEERING STUDENTS SOCIETY) dan tidaklah sesedikit IDEA...hehehhe..
jgn terasa...

tadi alhamdulillah MEDCY dgn jayanya(JAYA ke???) telah membuat program berbuka puasa aka IFTAR di AMF HALL(AL-MALIK FAISAL).. yg dtg agak mendukacitakan. mungkin bajet tidak cukup atau medcy mungkin merangka program hanya untuk kuantiti yang kecil..

keseluruhan bagi ak OK lah.. dari segi promotion sgt MENDUKACITAKAN. Door Bill LEBIH KECIK daripada biasa, ditampal di tempat yg agak "STRATEGIK" sehinggakan org terpinga-pinga dgn program yg dianjurkan oleh medcy.tentatif??? lagi lah.. cuba tgk promotion yg dibuat oleh ENGENIUS..CANTIK,MENARIK,TERTARIK...tentatif ada,speaker pn dinyatakan (SAIFUL ISLAM lg..)..harga yg agak murah (RM 1)...door bill LEBIH BESAR daripada biasa... etc..etc..etc..
tu dari segi promotion..

perjalanan majlis-quite ok... EMCEE(afiq) oklah..menceriakan majlis sebelum buka puasa.. hahaha.. speaker -BEST - TWO THMBS UP!!-
makanan- tak cukup.bukan tak bersyukur tapi dgn bayaran rm3 dgn makanan yg sedemikian rupa amat mendukacitakan.sampai ada yg minta nasi tambah TAPI HANYA NASI... lauk??? makan je tulang... macam mana tu???
comitter medcy perlu lebih alert dgn perkara-perkara sebegini.
yg lain-lain-oklah.
TAZKIRAH-best.sgt menarik.

OVERALL, ok-ok jelah program kali ini. medcy sppttnya lebih bersedia dan tidak perlu buat program secara ADHOC disebabkan oleh society lain buat perkara yg sama.. KESANNYA, program akan jadi berterabur,DAN akan mempunyai banyak kelemahan dan sebagainya. mainboard sepatutnya patut lebih alert akan perakara sebegini.

ak hanyalah menyuarakan apa yg terbuku dihati
jgn diambil hati.
jadikan ini sebagai pengajaran.
buktikan kita pelajar medcy(YG BIJAK2 BELAKA) mampu melakukan sesuatu seperti ORG2 BIJAK lakukan.

memburu di padang datar
dapat rusa belang dikaki
berguru kepalang ajar
------------------------
korang sambunglah sendiri. LU PIKIRLAH SENDIRI.ak tk ingat ending.

salam alaik
-minta maaf kepada semua-

Friday, August 28, 2009

kerana mereka mahu terbang~

salam alaik
sabahal khair~

pagi yang hening.masing2 masih lagi mengalami masalah kesesakan lalulintas di atas katil. yg kt sebelah ak ni cuba sedaya upaya untuk menahan perasaan mengantuk dgn melayan lagu HUJAN..smbil buat tutor kimia.ak plak sedang menunggu mesin basuh berhenti.

bulan yg penuh dgn linangan air mata.kenapa?? kebanyakan pelajar persediaan akan bermusafir dan bermastautin di negara baru. ramai jugaklah yg melayan jemputan kat ak suh pegi hantar mereka tetapi kebanyakan terpaksa ditolak..agak bz~sori!...lagipn transport tak dak! susah sikit.
antaranya yg bakal bergelar PENDATANG di negara baru

siti aisyah hussin- ireland medic
juki-us engineering,da pegi dah..sayu betul
hannnan-india medic
nik tik-poland medic
nisrin aka nina-canada,tk tahu kos apa..huk3...
limi-korea,engine(dah lama pegi..hahaha..saje letak..bg nampak gempak)
zati adnin-korea,engine..(sama dgn kt atas)..hahahha

dan adalah dua-tiga lagi makhluk yg berphylum animalia sub class chordata ni akan fly ke negara luar tapi tak dpat dipastikan sapekah makhluk itu..agak sedih kerana diri ini juga teringin mahu ke oversea tapi apakan daya tawaran sudah ditolak atas sebab2 tertentu.. huhuhuhu..
memori silam..

kepada kwn2 ak,selamat berjuang di negara baru. jaga iman.jaga akhlak. to my best buddy, HANNAN, akan ku cuba melapangkan dri untuk menghantar mu ke KLIA...

salam alaik

Saturday, August 22, 2009

first day of ramadhan~

salam alaaik..
alhamdulillah,praise be to Allah, He still gives me the opportunity once again to feel the month of Ramadhan- month that has been waited for most all moslems..month that full of barakah..
am proud to be a muslim..
celebrating ramadhan in uia is not bad at all (sengaja sedapkan hati).. doing the tarawikh, wake up during sahur..best jugaklah..byk jugaklah fulus yg keluar..hahahha..

first sahur
time: 4.45 am
i never wake up this early for sahur.paling awal kul 5.15...huk3..sharaf kejutkan..budak tuh tk tido.. buat apa tgh2 mlm buta...ak tak tahu..beribadah kot(husnuzon)...went to aloha(cafe).. not so many people..maybe it is because its the first day of ramadhan..masing2 traffic jam kat katil.. kat aloha makanan kena tempah..adusss!..kena tunggu plak.. seperti yg diketahui seantero penduduk AC aka UKC 2 service makanan kat AC very slow.. boleh habis satu helai al-quran kot tggu makanan nak siap..but yesterday their servive was kind of fast.. dunno why.. but its a good start anyway...can change peoples' perception towards them.. tpi harga agaklah mahal...
by hook or crook, i need to buy something as my tembolok has been singing loudly starting from i woke up for the sahur..
my menu is nasi goreng-layan jelah-makan tak habis...tak kena dgn selera.. bukan memilih tapi tekak seolah2 tak boleh menerima... mybe sebb tak penah sahur before this.. puasa sunat pun juz minum air masak and roti..

subuh
time-5.45
sharaf dah lentok..as i expected..suruh ak kejutkan..ak plak sdg tunggu pak cik bilal kat masjid azan..then went to masjid...quite many people..adala dekat 5 shaf.. selalunya nak ada 4 shaf pun susah..but its a good thing what??..semua benda yg Allah buat mesti ada hikmahnya..sbb tuh sahur pada waktu sebelum subuh..so that we cannot miss the subuh prayer..
habis subuh-QADA tido jap-hehehe...

time berbuka
6-7
dilemma-masjid or bazaar???..so we anonymously decided that we(AK,NU'MAN,FARABI, SHARAF)went to bazaar.. harga mahal pun takpelah...once in a lifetime.. then i got one msg..from SISTER(a friend of mine).. she told me tht her mahallah kafe is closed..so she wanted me to buy her nasi tomato n AIR NYIORK ...oklah...buat pahala di bulan baik nih..round punye round byk jugklah maknan yg dibeli..
1)AYAM GOLEK
2)NASI MINYAK
3)NASI LEMAK
4)KUEW TEOW GORENG
5)NASI GORENG
6)KURMA
air?? kita org buat sendiri...jgn pandang kaum lelaki dgn sebelah mata...terer pe??
then azan-MAKAN TIME-kenyang tol..alhamduliillah..jemaah kat bilik.. end of day one..
terase sebentar saje..tgj2 dah habis satu hri puasa..tinggal 29 lagi...

chow!
salam alaik~

Sunday, August 16, 2009

ahlan wasahlan ya Ramadhan~

greetings to all!!

cewah~speaking..salam alaik..dah lama aku tidak mengupdate blog.. bukan kerana busy tapi kerana kelemahan aku untuk membahagikan masa dgn betul..sehinggakan ak terkapai-kapai mengejar apa yg telah tertinggal..berbahagialah kepada sesiapa yg dapat membahagikan masa dgn baik.
sememangnya tanggungjawab itu lebih byk pada masa. tugas seorang pelajar memang memenatkan. begitu banyak tanggungjawab yg perlu dilunaskan dgn sebaik mungkin..
okeh, kali ini aku tidak ingin menulis ttg tanggungjawab tap aku ingin berbicara tentang RAMADHAN~

Syaaban berbaki seminggu lagi.. tidak sabar rasanya untuk menyambut ramadhan. kukira ini kali kedua aku menyambut kedatangan ramadhan al mubarak tanpa keluarga tercinta.. cewah! (mcm kat oversea la plak).. hu3..sebelum2 ni pon asyik sambut dgn keluarga..hari pertama puasa hidangan berbuka biasa2 sahaja.. penjual masih lagi liat untuk berniaga.. bila dah seminggu puasa, MACAM-MACAM ADA!.. rambang mata jawabnya..

Ramadhan merupakan bulan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita(umat NABI MUHAMMAD) untuk menggandakan pahala.. bulan ramadhan ni umpama megasale kepada kita... kenapa?? tak percaya??? jom kita menulusuri segala fadhilat yg telah dikurniakan dalam bulan Ramadhan..

camera, roll, ACTION!
.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi


begitu byk fadhilat dalam puasa yg telah ALLAH kurniakan kepada kita. so to all of you, i wish selamat menyambut ramadhan n banyakkan beramal~

salam alaik

Saturday, July 18, 2009

tandanya apa eh??

semua org dalam keadaan excited
tak tahu kenapa
walaupun ada exam
semua org tetap excited
selalunya bila ada exam sampai tak tido malam
sembahyang hajat setiap hari
tandanya apa??

kafe plak byk plak yg tutup
tak nak untung ke diaorg nih?
kalo ak sbg tauke kafe tuh konfem ak bkak 24 jam!
masok byk sket duit
yg bkak hanya dua je kafe
tapi masalahnya
makanan dah semakin kurang
ada makanan dah sejuk
mak cik2 yg menjual pon
masam je muka..
tak tahu kenapa
dah bosan kot
tandanya apa eh??

akak dn abang kiosk plak tutup kiosk awal
selalunya pukul 12 baru ttp
dan kalau takder customer mula merungut takde customer
tapi ni terbalik plak
lebih rela kalau org tak masok kiosk
pelik
tandanya apa eh??

student2 pun mula beratur panjang kat mesin atm
nak kata hujung minggu, sejak hari isnin lagi dah ramai
nak kata elaun baru masuk, dah dekat dua bulan
pelik
tandanya apa eh??

mahallah tiba2 jadik sunyi
banyak yang bilik gelap
pukul 8 dah gelap
tidur awal ke??
takkan tak study kot??
dah genius sgt agaknya
kenapa eh???
tandanya apa eh??

tetiba ramai parent yg dtg
selalunya hujung mggu takder seramai ini
student masing2 bwk beg besar
nak pindah U ke??
2-3 beg sekali angkut
nak protes uia ke???
tandanya ape eh??

mesin basuh mula sesak dgn baldi2
selalunya takder lah penuh macam nih
yg brother tak kisah pakai baju yang dah dua minggu pakai
ni tidak
tetiba jadik rajin
tetiba basuh baju
katil dikemas elok
selalunya macam tongkang pecah
bilik plak bersih je
sister plak dah mula guna mesin basuh
dah tak main dah basuh secara mannual
katanya nak jimatkan masa
pelik
tandanya ape eh?


persatuan2 anak negeri plak
sibuk promosi sape nak tempah tiket bas
nak bwk pegi jalan2 ke???
byk duit nampak
selalunya nak mintak sikit pon dah mula tarik muka
nak bersedekah ke??
atau sebab bulan rejab pahalanya byk
kenapa eh??
tandanya ape eh?


lecturer plak masa hari jumaat
ajar cepat2 je
ingat kitaorg nih genius ke??
heheheh
pastu plak
wish selamat bercuti
tapi tetap bagi keje umah
pelik
kenape eh??
tandanya apa eh??

APA TANDANYA NI???

Wednesday, July 15, 2009

rangkuman cerita~

salam alaik~
agak lama menyepikan diri..bukan sengaja tetapi dek dikejar dengan assingment dan kuiz yag mencurah-curah turun membuatkan ak tak sempat untuk menghadap benda lain selain buku2 biology yg tebal,math yg memeningkan n chemistry yg agak mengelirukan ditambah pula dengan markah kuiz yg bisa membuatkan hati resah dan gelisah mengenangkan nasib yg bakal dihadapi.

selesai tentang hal kuiz. sebelum terlupa, tutorial yg datang umpama meteorit yg menghempas bumi tatkala setiap bab dihabiskan dalam sekelip mata sekali lagi membuatkan ak tak menang tangan dan terpaksa mengorbankan segala keseronokan bersama teman2. assingment fim jgn dilupa. mahu dihantar selepas mid break. kepala ak sudah berputar ligat memikirkan bagaimana waktu 24 jam itu harus dibahagikan sama rata. Bantulah ak ya-ALLAH.

dalam masa dua minggu lagi ngauman soalan midsem bakal bergema lagi. kepala terpaksa diperah sehingga ke tahap kritikal bagi memenuhi kehendak soalan yg telah dirangka.kalau senang, syukur kepada yg MAHA ESA. kalau susah, ak hanya mampu tersenyum. hanya berdoa agar mendapat keputusan yg tidak meragut hati dan sanubari.

usah dilupa, ttg cuti midbreak yg hanya berbaki dua-tiga hari lagi. bagi first year semestinya tak sabar2 nak balik kg. 1st time being as a university student. hehehehe. bagi ak dah biasa dah. tapi dalam kebiasaan itu ak tetap excited nak balik? kenapa? ak merindui emak ak. Anak mak. yela kalo bukan anak mak, anak sape??? anak kucing??...hehehhe..kali ni ak balik naik flight. huhuhuhu.. spesel sikit. saje.bukan selalu boleh naik flight. jadi kalau dah ada peluang, amik sahaja.

keputusan muet pun sudah diketahui. ada yg suka ada yg berdiam seribu bahasa. tahniah buat lutfi yg mendapat band 5 dan kepada yg mendapat selain band 4 tahniah jugak ak ucapkan. oklah tu da requirement.

jgn dilupakan juga,UIA dilanda jerebu. semacam berada di negara China. hahahha.. mulanya tidak percaya. mungkin sekadar kabus di waktu pagi tapi setelah berlarutan 2-3 hari ditambah pula mentari selalu dibayangi awan gelap menyebabkan hari-hari dilalui kelam, ak yakin JEREBU telah melanda.

menutup tirai post ak kali ini, JPA elaun dah masok. setelah bertahun menunggu( sampai ke bertahun??).. akhirnya masuk jugak. yg penting ak bukan jpa scholar. yg malangnya elaun diorang kurang sedikit drp elaun KPTM. huhuhuhu.. dah la lambat sikit plak. satu refleksi yg menunjukkan bahawa kerajaan menghadapi masalah ekonomi. walaupun cuba dinafikan oleh pucuk pimpinan, pembayaran duit elaun membuktikan segala-galanya.

congratulation to all my old frens coz u r going to oversea to continue ur study.
to me?? bersyukur dgn apa yg ada.
salam alaik

Friday, June 26, 2009

SIAPA KAMU??

salam alaik~
setelah beberapa hari berehat n memerah keringat dgn assingment sume, masanya yg ditunggu telah tiba..."blogging time"
kali nih ak post pasal tafsiran peribadi melalui buah yg kita suka makan. so kepada sesape YG TAK SUKA MAKAN BUAH, anda TIADA PERIBADI..HAHAHA..makhluk yg tiada peribadi...hehehe.. okeh lets get started..

Jenis limau-oren,lemon,limaun nipis, limau beri

*korang cenderung warna-warna cerah dan gemarkan cabaran

* korang juga menjadi tempat untuk merujuk masalah.

Jenis tropika-pisang,betik,jambu,kiwi,nanas

*sukakan pengalaman baru

Jenis ladanga-epal,pear

*kamu ni sorang yang kuat

Jenis tembikai-tembikai,tembikai susu

*pemurah dan gemarkan menghulurkan bantuan

jenis beri-blackberry,blueberry,strawberi,rsaberi,cranberi,anggur,tomato

*korang ni sukakan parti dan keseronokan

Jenis kekacang-walnut,hazel,gajus

*korang ni sorang yang moody dan tegas

Jenis labu-kundur

*korang ni sorang yang berpandangan jauh..

macam mana? dah boleh tahu korang punye peribadi??.. tak kisahlah kalian suka makan apa, tapi asalkan benda tu daripda sumber yg halal.."halalan toyyiba".. halal lagi baik.. and one more thing benda nih bukan boleh dipercayai seratus percent.. hanyalah kajian yg dilakukan.. bukan nak suh korang percaya bulat2..kan tak pasal2 nak jadi sorang yg kuat, korang mula makan epal sahaja.buah lain tak makan..cannot..ingat pesanan ni.."kalau kita tak suka makan sesuatu maka telah hilang suatu nikmat yg ALLAH telah ciptakan"-maksudnya let say korang tak suka makan pisang,so korang telah hilang satu nikmat merasai rasa pisang..betul kan? so makanlah selagi mana ALLAH kurniakan nikmat itu.

"KITA MAKAN UNTUK HIDUP BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN"

tapi kalau kalian "allergic" dgn benda tuh,jgn nak dipaksa plak.. kan tak pasal2 susahkan parent kena pagi klinik..tak baik susahkan parent..(i really miss my ummi!!)..OKEH

kalian tahu siapa diri kalian yg sebenarnya
ugly people n beautiful people, you know who you are
kita sume sama disisi ALLAH...
"this is me"

salam alaik~

Saturday, June 20, 2009

C.I.N.T.A

salam alaik~

“cinta tidak menyedari kedalamannya, sampai ada saat perpisahan”… -kahiji gibran.

sengaja ak mulakan post blog ak yg terbaharu nih dgn kata-kata pujangga.. dari mana ak dapat? lupe dah..siapa itu kahiji gibran? ak pon tak kenal.. hehehe..yg pasti tak berjanggut panjang mcm A samad said..hahaha

apa itu cinta??.benda yg subjektif.sesiapa blh mentafsir apa maksud cinta yg sebenarnya dan setiap pendapat itu tidak ada betul dan tidak ada plak salah.cinta tidak hanya terbatas kepada kekasih semata2.pentafsiran cinta itu lebih luas maknanya. cinta kepada kawan, ummi wa abi, guru2(ak sgt merindui cgu sekolah men!!), SUBJEK2 yg kita belajar even kita tak suka tapi yang paling penting cinta kepada ALLAH swt. cinta yg hakiki dan kekal abadi. tidak ada cinta yg lebih hebat melainkan cinta kepada ALLAH swt.hanya manusia yg dapat mengetahui makna sebenar dan tersirat disebalik perkataan CINTA itu,hidupnya akan benar2 bahagia.

ak sering ditnya oleh kwn2 sama ada kat iium nih(bdk uia pon terlibat gak dgn aktiviti couple2 nih tau) @ kwn2 kat sekolah dulu sama ada ak nih dah ada couple blm? jwpnnya.. hahahaha...
RAHSIA~..malas ak nak bercinta-cinta ni(at this moment lah) hahaha....kdg2 terkedu jugak bila ditanya dgn soalan killer mcm tuh.. takdok soale lain kow???...untuk pengetahuan korang sume, cgu ak awl2 dah bagi warning kat ak, sampai uia jgan dok menggatal. baik tak cgu ak?? hehehhe...sampai sekarang ak ingat kata2 dia.. ak nih lagi baik sbb follow nasihat dia..hahaha..
tak dinafikan kdg2 terfikir gak nak carik sorang..hahahaha(jujur sgt) gara2 terpengaruh dgn kwn2 tg sudah dipanah dgn dewa cinta tapi bila difikirkan balik, semua benda nih takdir ALLAH. andai kata di atas sana hendak menzahirkan perasaan cinta itu dalam hatiku ini,maka terbitlah ia..kan??heeee... doa2kan lah..hahahha..amin

Cinta yang kekal adalah cinta pada MAHA ESA.. sekiranya anda mencintai seseorang lakukan yang terbaik bukan untuk hari ini sahaja tetapi juga untuk masa hadapan.

begitu hebatkan cinta? kalian sendiri yang tentukan.
kepada kwn2 ku yg sedang hangat dilamun cinta, kudoakan semoga dikau berbahagia.
kepada diriku, ak sedang mencarinya..hahaha

~cinta itu anugerah dan anugerah itu milik yang berhak~
salam alaik

Monday, June 15, 2009

LAYAKKAH SYURGA UNTUK KITA?

salam alaik~
hehehehe..saat ak mengupadate blog ini,ak baru je habis usrah dgn ustaz ak,ustaz emran. dah empat sem ak bersama ustaz. byk perkara yg ak tahu pasal agama.daripada kosong hinggalah sampai sekarang.tatkala mata ak nih minta direhatkan walaupun tak penat, tapi ak dah berazam nak mengupdate blog ni.sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua dgn apa yg telah ak dapat masa usrah tadi.(SKEMANYA AYAT)..HAHAHAHAHA...stelah mndapat respon yg memberangsangkan drp post yg terdahulu,semangat ak dah naik balik untuk mengupdate blog.. hahaha...korang2 ni kalo ak cakap sal SISTER chromatid nih,bukan main lagi.. komen bukan main lagi..kalo ak ckp sal ak.ciput jer komen..hahahaha...hmm
kali ni kita berubah angin sikit,bukan angin bwh,..ahhaha daripada kita ckp sal benda2 mengarut, cuba kita renung seketika hubungan kita dgn ALLAH. cuba tgk kiraan dibawah:

tidur
sehari = 6 jam
satu minggu = 42 jam
satu bulan= 1260 jam
setahun= 15120 jam

bermain
sehari= 2 jam
seminggu= 14 jam
sebulan=420 jam
setahun=5040 jam

makan
sehari= 3 kali makan,sekali makan 30 minit=90 minit
seminggu=630 minit
sebulan=18900 minit
setahun=226800 minit ( 3780 jam)
(convert sdri pada jam ye) ak malas nak convert..hahaha

cuba kita tgk waktu solat kita

sehari= 10 minit
seminggu= 70 minit ( 1 jam 10 minit)
sebulan= 2100 minit (35 jam)
setahun = 25200 minit ( 420 jam)

cuba kita renungkan kembali, dgn hanya kita beribadah selama 420 jam setahun, & dibandingkan dgn benda2 lain,layakkah kita mengharapkan jannah firdaus yg dijanjikan oleh ALLAH kepada kita???...tu tak kira lagi tido waktu petang,lepak2 kat mid,ber'blogging'- hahahaha..berchatting,berfacebooking n mcm2 lagi...(ak dah ngantuk time nih) hahaha

ps: ak nk study tp paan duk nyebok ka meja study ak..haduss

renung2kanlah
selamat pagi dunia
salam alaik~

Friday, June 12, 2009

sisters group 4

assalamualaikum~
baik tak ak? selalu bukak post ngan salam.. hehehehe.. pape jelah. perasan la plak...tak baik2.. kali nih ak dah malas nak kutuk sape2 even rmdd(dendam lagi nih).hahahaha..kali ni ak nak bercerita pasal kaum hawa dalam group ak..hahahaha..cmne ak dapat idea tulis benda nih? tetiba dia datang.. ilham tuh datang dari ALLAH.. hehehehe..asyik tulis sal ak jek.. macam mencapub plak..hahahah.. betoi ka eja macam tuh? lantak p lah.. biar shake yg betulkan.. dia org sastera.. hahaha..
okeh lets begin with the recitation of bismillah.. hahaha.bukan apa,sisters gp kami berjurus belaka.. pergh...takot terkejut..
hahaha..
okeh.. gp kami group 4.. terdiri drp 25 org pelajar.. sumenya baik, hensem and kiut.. WE ARE HOT,SINGLE N AVAILABLE K!...hahahaha.. masalahnya drp 25 org tuh hanya 4 je SISTER.. komuniti minoriti.. so diaorg selalu kami buli.. hahahahha... n they are...
SHAKE,NABILAH,NAJIBAH,NAA..disini pon boleh dilihat n disiasat kepelikan yg nyata.. perasan tak? sume start dgn huruf N tapi shake je start dgn S..knp?hahaha.. dah nama dia cm tuh.. sbb tuh kami selalu buli shake.. dia special...hahahaha.. meh ak cite karakter masing2..(macamlah ak kenal sgt sister2 nih)- yela sumenya pemalu.. hahaha..

shake
shake, namanya munirah syakirah.nape shake? kami pon tk tahu tapi kami dipaksa untuk memanggil si empunya diri begitu..hahahaha..asal utagha.tapi tak penah ckp utagha.. kdg2 je dgq..hahaha dialah yg boleh dianggap sbgai kakak sulong dlm kalangan sisters tuh.. sbbnya? dia jer nampak paling matang n berani..hehehe..dia nih aktif.. sume jawatan dia ada..medcy(snr),penolong class rep( assistant ak tuh..hahaha...so jgn lawan ketua)..apa lagi? tuh je yg ak tahu..kalo sape2 tahu gitau yerk..dia nih mesra rakyat..mmg layak jadi wakil rakyat..hahaha.. dia pandai berinteraksi.. pergh.. puji jer lebih.. terer math..apa lagi?selalu bagi pendapat yg bernas2 kat ak.. sbb tuh ak selalu rujuk dia..hehehe..dia selalu nampak hepi je.. tak penah nampak moody.. maybe dia ada gene kanak2 ribena kot..hahaha..jgn marah eh..mybe dia tak penah tunjuk yg dia nih sdg berduka lara..buat apa nak tunjuk sedih kan? cm cari publisiti..hehehe..dia sudah sekelas ngan ak hampir 3 sem.. sume kelas ak jumpa dia.. bermula dgn kelas arab, bi n sekarang sume kelas... dah jodoh kot.. "tut"!..nanti ad org marah..hahaha..dia lahir sama bulan ngan ak? bulan apa? ne boleh gitau..rahsia kerajaan..hahaha..skang nih dia amik kos medik.. sama cm ak gak ar n menetap di KC.-Kentucky Chicken- hahaha.. okeh next

najibah
hehehehe..ex-badar mrsm jasin--terer tuh..pandai ckp kelatey..tuh ak heran.. duk selangor tapi kecek kelatey pandai..incomplete dominant gene kot..hahaha.. ada intermediate character..nama penuh najibah jer.. geng2 ak panggil najibah @ jibah.. ak dah sekelas ngan jibah nih 4 sems consequetively!.. terbaek.. kelas bi n core.. asyik jumpa jibah jer.. hahaha.. walaupun ex-badar tapi still nampak stylo..ikut peredaran masa..hahaha..dia nih suka baca buku agama..hehehe badar..takot dgn tikus..sem lepas masa lab bio nak cucuk tikus dah mati smpai terketar-ketar tgn.. mybe perasaan simpati tuh menebal dalam diri kot..hahahah..ak sempt kacau lagi dia..jgn pikir bnda lain ok..selalu nmpak cool jer.. kalo baca buku sambil berdiri dia konfem akan berjalan..pusing satu smawip..konfem tak tgk bnda kat depan. nasib baik tak langgar pintu..hahaha..
next

naa
naa@ naazira.. org sarawak.. dialah sister yg first tegur ak kat uia.. lepas habis kelas bi.. cmne dia terdetik hati nak tegur ak,ak pon tak tahu..hahahaha.. naa baik tapi ak tak berapa rapat ngan dia..tak tahulah..mybe ak kureng bercakap ngan dia kot..ngee~ apa lagi?? dah takder idea sal naa..hahaha.. dia nih la peneman shake tatkala shake dikerumuni oleh kaum2 adam yg lain.hahaha..ak selalu satu gp dgn naa dlm kelas bi.. tapi sem nih je pelik. ak satu gp dgn dia sume subjek core course.. hehehe.. okeh.. ak dah takder idea.. jom pegi usha next sister

nabilah
sister paling comel n "kiut"..kecik jer bdnnya.. asal melaka.. ex MOZAC.. nih pon baru ak tahu.. lepas taaruf kelas fim..hehehe..walaupun kecik tapi terer..kecik2 cili api..tapi tak tahan selalu kena buli ngan sister2 lain..mentang2 la kecik.. tadi masa bio lab ada ke patot pegi amik darah si nabilah..kesian kat dia..kan tak ckup darah plak..hahahahaha..ak dah dua sem satu kelas ngan dia, sem lepas n sem ni...so tak tahu sgtla.. lagi pon nabilah agak pendiam tapi dia ok jerh.. terer speaking bi..tu jelah sal nabilah.. sori yek..tak tahu byk sgt..hahahha

itulah dia sister2 kelas kami..still single n available.sume baik2 n berjurus.. blh dah jadik calon isteri...hahahahhaa...tak tahulah kot dah ada bertakhta di hati.. wallahu'allam... hehehehe
walaupun diaorg nih sikit je kat kelas kami tapi diaorglah penyeri kepada lecturer2 kami yg dari gender yg sama..kan kesian plak kat lecturer bila masok tgk2 sume laki.. hahahaha..
kehadiran mereka nih ptg..menyeimbangkan kelas.. bukan untuk cuci mata.. tapi kdg2 kita memerlukan pendapat kaum hawa untuk meneutralkan pendapat kaum adam.. api lawan dia air..tak gitu shake?? shake bab berfalsafah memang tere.. satuu lagi karakter shake.. hehehehe..
sedikit taaruf ttg diaorg..kalo jumpa dia org kat mid( diaorg selalu pegi mid) wat2 derk jer kat diaorg yer.. hahaha..
setiap berjaya nya kaum adam pasti berdirinya seorang hawa dibelakangnya~
weee
salam alaik

Thursday, June 11, 2009

salam
lewat malam..agak lewat ak berblogging malam nih..tadi kelas habis lewat.. 630 ptg tuh.. agak mengantuk buat masa nih.. si pak cik sharaf tgh borak2 ngan shake.. hai, ada pape ker??? bila ak tnya buat muka selamba jer.. tahulah hot stuff..wakakaka.. apa yg ak nak tulis eh? hah! tadi ak pegi rmdd.. kwn ak ckp kalo nak tukar mahallah aka kolej kne pegi rmdd n jumpa org kat sana..tak habis2 nak tukar mahallah ak nih.. tak bersyukur betul..heheheh... ak sebenarnya dah memang malas nak pegi rmdd.. org dalam tuh tak mesra pelanggan..dgn hati yg berat dan sedikit harapan ak pegilah ngan don lupin aka lutfi.. weee.. si lutfi nak tu nak tuka bilik..bilik air selalu takder air.. pelik kan? dah nama bilik air tapi air takde???...cmne tuh? lu pk la sendiri..hahahaha.. kita org pon pegi dgn muka baik lagi beriman...cewah... masok lah kat rmdd..jumpa sorng staff perempuan nih..baik..layan kitaorg dgn baik.. then tanya lah kalo nak tukar mahallah macam mana.. then keluar lah sorang staff nih..lelaki..

lutfi(ak tak cakap-takde mood)
kalo nak tuka mahallah cmne?
sham(ak menyampuk jap)
dari ac ke ukc 1
staf lelaki(dgn nada tinggi)
tak boleh! kalo nak tuka mahallah tak boleh nak tuka bilik boleh. kalo semua nak tuka sape nak duduk ac?!.
ak dah putus angin..
then lutfi tannya sal prob dia.. ak dah wat derk jerh...

ak bukannya tak puas hati sal tak boleh pindah kolej,tapi adab nya itu tak ada.. even nak ckp tegas,tak usahlah tengking..kami nih manusia..manusia tak suka ditengking.. sape manusia yg suka kena marah??? takde kan??? luahan hati nih.. hehehhe..ak nih tak pandai marah.. kalo marah ak diam jerh..skang dah ada blog ak tulis dalam blog..an alternative way to relieve my anger..
then ak tanya kwn2 ak yg lain..sume takleh pindah...hmmm.. takpelah nak wat cmne kan.... mungkin ada hikmah kot.. walaupun AC nih jauh dgn kelas tapi kalau niat kita betol dapat pahala gak kan? (miss linda gitau nih)..hahahaha..pergh.. it is easy to say than done.. doa2kanlah...hehehe... tu je yg ak nak gitau.. sekadar meluahkan kekecewaan ak terhadap perangai2 staff kat rmdd.. bukannya semua manusia sempurna kan? tapiketidak sempurnaan itu cuba kita perbaiki agar menjadi cantik dimata org lain..ak dah melalut nih.. ngantuk..edmaybe ni post ak paling teruk..hhehehe.. tapi marah ak dah reda.. tak baik marah2 nanti cepat tua..tak pasal2 kena amik botox~hahahaha..chow
selamat pagi dunia
salam alaik~

Tuesday, June 9, 2009

setahun aku di uia~

assalamualaikum.. weee.. walaupun ak agak penat, ak gagahkan diri dgn mengupdate blog nih.. saat yg ak tunggu2.. sengaja ak tidak meng"update" blog 2-3 hari nih.. hahaha.. agak sibuk.. and alhamdulillah,akhirnya pd ptg nih ak blh bkak blog ak balik.. hehehehhe
pejam celik pejam celik, dah setahun ak kat uia.. hahaha.. lama tu... cmne ak blh ingat? sbb hari pn tarikh lahir kakak ak.. dah siap wish kat dia.. tuh pun nasib baik ingat.. kalo tak.. wakaka..satu kelemahan ak, ak nih susah sgt2 nak ingat tarikh lahir org.. tarikh lahir ak sdri, ak ingt k.. hepi besday along~
byk pengalaman manis,masam,tawar,kelat,masin, n apa lagi yg deria lidah korang boleh rase? lu pk la sdri..ngeee.. byk kenangan yg ak dpt kat sini.. bermulanya sem satu smpailah ak jadi senior sekarang nih..bangga betol jadi senior.. dah blh besar kepala sikit..hahahaha.. istighfar2...
hahahha.. sapa sangka ak pegi uia... kwn2 ak sume pegi oversea.. tapi ALLAH kan dh nyatakaan dalam al-quran, "tidak semestinya perkara itu baik,maka baik lah untuk kamu dan tidak semestinya perkara itu tak baik, tak semestinya benda itu tak baik untuk kamu".. sampai sekarang ak ingat maksud ayat nih.. ayat nilah yg menjadi penguat semangat ak bermulanya ak menjejakkan kaki ke uia.. being the only medical students from my school, cuak la jugak.. sorang2 kat uia.. tapi rumate2 ak sem 1 best.. ukc 2.. epan, MAMA PAAN, duan, munta, farabi, ikram(pegi us dah,sedey2),zaim,azmi dan ak.. satu bilik memang havoc.. sorang2 ad karakter masing2.. dari situlah ak kenal sume org.. syed, faqih(kwn baik ak),roy, juwe, imam hamdi ramai lagilah.. then masuk 2nd sem.. pergh.. kena pindah ukc 1.. penatnya ALLAH je thu.. kena level 3.. mahallah office nih suka sgt seksa ak..hehehe.. ukc 1 sebilik 4 org.. dah kureng havocnya.. hanya ak,azmi,MAMA PAAN n duan.. sem nilah sem paling penat.. seminggu ak belaja 3o jam!!.. bygkan kelas ak habis sampai kul 7.. dari pagi lagi.. korang ingat biasa kan?? cuba la korang rase.. dahlah byk kelas ganti plak tuh...hujung mggu plak tuh.. tak dapat ak pegi jalan2..hahaha... tapi sem 2 nilah best..kelas ak semua laki.. takde perempuan..then masok short sem.. sem ni hanya org2 terpilih jer blh ada..hhahhahaha.. even pak cik sharaf pon tak ada!.. dan ak salah satu drpdnya.. best wo short sem.. walaupun ak cuti hanya dua mggu jer b4 masok short sem, tp syukurlah drp tak cuti langsung kn? mcm kwn ak kat upnm..cuti lama2 pon wat pe.. asyik ternak badan jer.. bila dh habis cuti bdn dah macam "tut"...hehehe short sem ak still kat ukc 1 tapi dah turun pangkat.. hahaha.. ak kat level 2.. syukur.. takderlah penat ak naik turun tangga.. bilik kami 3 orang.. ak,munta n MAMA PAAN lagi!!!.. asyik ak ngan paan jerh...bosan betol..munta pon join bilik kami setelah terpisah buat satu sem.. hehehe.. belajar 10 jam .. keje ak asyik masok lab..lab bio n lab computer..masoklab bio main dgn mikroskop n tikus, lab computer operate computer sampai tggal kerangka.. hahaha..best sgt2.. mgkin setiap bnda berlaku ada hikmah dia..dah sem 2 contact ak belaja lama, sem 3 rilek la sikit.. sem nilah ak mula belaja tido lewat..hahaha.. bgn pon kul 10..subuh ak sembahyang k.. report bio ak wt sendiri.. tak main ah tiru2 report senior..hahaha..dgn madam azlah yg strict mnyebabkan ak wat report dgn teliti.. hehehe..computer lagilah syok..miss azimah,sempoi...lama tak jumpa ngn dia..hehehe.. then right now i'm in 4th semester, 2nd year.. sekelas dgn ahli gp yg tak blh describe dgn kata2.. hahaha.. siap ada nama baru... apa kah nama baru itu?? korang jelah yg tahu.. hahaha.. sem ni walaupun byk subjek, jumlah ak belaja sikit.. 20 jam.. praise be to ALLAH.. hehehe.. takde lah penat sgt.. cuma kalau ada kelas ganti tuh yg pnt..balik bilik terus tido.. mmg tak boleh nak kata apa.. hahaha..lupe nak gitau,sem ni ak pindah AC aka ukc 2.. pelik betol uia.. dah ada ukc 2 pegi tuka jadi fatimah zahra college..kn senang takyah tuka kan?..tak payah bazir duit beli board baru..lagipon fatimah zahra college tu pon bukan ada sttudent duduk..hampeh~..dah mintak nak tuka college tapi jwpn diberikan mendukacitakan.. RMDD tak bagi.. apa alasannya? tah lah..tapi apa2 pon mesti ada sebb musabab ALLAH takdirkan ak kat AC nih.. ak still panggil AC walaupun dah tuka nama..hahaha...AC pon ok wat??bilik ak luas(bilik ak jelah).. bilik kwn2 ak yg lain agak sempit..heheheh..syukur byk(bak kata najibah)...apa2 pon tulah sedikit sebanyak rentetan selama setahun ak d uia..ak hanya letak yg manis2 je.. yg masin,tawar,pahit,kelat n sewaktu dgnnya,ak letakkan nya jauh2..jadikan ia sbg pedoman..ak tggal dua sem je nak habis b4 ak pegi kuantan..sambung degree medic.. hehehhe--insya-ALLAH..
peace no war~
hepi besday along~ngee

Sunday, June 7, 2009

my cousin's wedding

assalamualaikum..
ketika ini ak dalam dilema sama ada nak buat tutorial math @ berblogging.. nak buat math tapi tak tahulah..hehehe... nak berblogging, rasa cm malas plak.. hehehhe.. tapi ak pilih untuk berblogging.. lagipon ptg nih ak takder buat apa2.. so drp bazirkan masa ak dgn facebook n friensdter, so i choose u! "my BLOG".. hahahaha
rini berlaku kejutan lagi..hahaha..life is full of suprises.. rite? hahaha
830 am- handset ak vibrate,tertera nama cik yan (mak sedara ak), ak sdg tido mase nih.. hehehe

cik yan
ado kelas dok pagi nih?
sham
takdok.bakpo cikyan?
cik yan
cik yan nak g amik abe che jap lagi. nak g wedding abg afeeq.
sham
hah? takdok kelas pon (perasaan ak pH 7) hahahaha.. dah takde rase apa2. bilo cik yan nak maghi amik?
cik yan
daley 930
sham
paka baju gapo?
cik yan?
ado baju kot kow? hahaha(mak sedara ak gelak)
sham
takdok.
cik yan
paka la baju melayu,tak pon t shirt biasa blh.
sham
ok

so lepas tuh dgn perasaan neutral ak bgn pegi tgk pak cik sharaf ngn mama paan.. tido lagik..
ak terus gitau paan yg ak nak pegi umah mak cik ak. dia senyap je.. mamai kot.. hahaha
air liur basi pon masih ada lagi.. hahaha
then ak receive plak satu lagi call-along

along
hello.bagn doh kow? ayah chik nak maghi amik mg
sham
heh?cik yan kato nk maghi amik ak. nih ayh chik plak. (ak dah garu kepala dah) pelik betol diaorg nih
along
pahtu gano nih?
sham
takpo.nanti ak call cik yan.

ak call mak sedara ak balik. then settle. ak pegi dgn pak sedara ak. lagi pon umah mak sedara ak jauh.kajang wooo.. nak mari amik ak kena pusing mana tah..ak pon tak tahu.. dah siap gosok baju n seluar lebey kurang kul 10++ ak pegi umah mak cik ak.. naik kete honda civic woooo~
hahahha
once in a life time jerh...
then kumpul umah mak cik ak.bila sume dah sampai so bemusafirlah kami ke taman segambut(ghafar yg gitau)hahaha..
sampai je kat taman tuh, dah ramai org..
"selamat datang ke prkahwinan afeeq fadhlan(sepuupu ak) dan naqzatulshima"
diorg pakai guna tema marroon..ak pakai baju wane maroon..(menepati tema tuh)
siap ada kompang lagi. bising betol. kat kelantan takde sume benda nih.ak tak berapa biasa. setakat hanta pengantin lelaki jerh cukup.takyah pakai kompang2. tapi inilah adat nama dia kan?. menepung tawar pn ada. ak taklah tepung tawar. tak cukup umuq. hahaha.. org2 tua jerh..ak muda lagi k.. hahaha lepas dah settle sume bende tuh, apalagi "makan time"!!!..
ak dpt layanan vip!.. siap ada org sendukkan nasik.. tak biasa plak rasenye.. yelah kat umah ak sendukkan sendiri jerk..anak mithali kan..hehehe.. perasan plak..hahaha.. makanan dia best.. bubur pulut hitam tuh best.. walaupun cair tapi pergh 5 STARS!!(ak nih suka sgt komplen)
lepas tuh balik~ weeee.. balik umah mak cik ak kat subang jaya.. sembahyang kat sane then terus balik uia..dlm hati ak terdetik" jumpa lagi pakcik sharaf n mak cik paan asyik muka nih je jumpa"hahahha.. diorg lah rumate ak sem nih.. siap bwk buah tgn untuk diaorg lagi.buah tgn kecik2 jerh..bahulu..then sdg ak asyik type post baharu, zul masuk. dia baru balik dari kedah. kakak dia kahwin. kahwin jugak.. hmmm..ramai betol org kahwen time cuti sekolah.. hehehe
so lengkaplah kembali bilik kami. bilik 201. apa2 pon ak rase nilah post ak paling panjang. saje. time ALLAH bagi idea n tenaga untuk menulis, kita gunakan waktu itu dgn sebaik mungkin kan?..kalo dah demam @ sibuk, kan dah tak sempat nak post panjang2.. apa2pn untuk abg afeeq n kak shima, tahniah n semoga kekal ke anak cucu. gambar masa wedding, insya-allah ak akan tunjukkan(kalau diorang bagilah)hehehehe. maghrib dah dekat. ak terpksa berundur diri dulu. chow
salam untuk semua~

Saturday, June 6, 2009

assalamualaikum.
post ketiga.. acap kali jugak ak mengedit blog..jgn hangat2 tahi ayam SUDEYH...
dah ada masa free buatlah..kan? "rebut lima perkara sebelum lima perkara".. dan salah satunya masa lapang sebelum masa sempit. sementara ak ada msa lapang nih baik ak wat keje yg bagi paedah.. cnthnya, ber"blogging".. hehehhe...faedah jgk kan? drp lepak kat kerusi kayu kat tempt pak gad masjid tu..eheheh..lagila takder pekdah.. asyik tgk muka pak gad n mak gad
sekarang nih otak ak agak jam dgn bio.. kureng kepahaman disamping kurangnya buku rujukan menyebabkkan ak update blog nih. so jgn salahkan ak kalo ak "membuang masa" dgn blog nih.. hahahaha...
hari ni merupakan hari yg penuh dgn kejutan. hari ni sepupu ak kat subang jaya kawen..(kejutan pertama).. hahaha dekat jerh.. tapi malangnya ak tak dapat pegi(kejutan kedua).. ak mana tahu jalan kat kl nih.. ambo ore kelate!!(ni bukan kejutan tapi HOK SENGOTI)..tok tahu sgt jln kat KAY-ELL nih.. setakat mid valley,sentral,times,lowyatt tuh boleh lah.. tapi kalo jauh2... kena adalah pemandu pelancongnye.. hehehehe.. back to my cousin's wedding.. pagi2 lagi ak dah msg kakak ak. tanya tak nak ke mak sedara ak amik ak p umah dia. dia ckp tak tahu. ak pon sabaR jelah..sabar separuh dari iman.. then during noon, msg dtg.

akmal sbj
cik nah(mak sedara) nak maghi amik petey nih. so get ready -kok na(kakak ak)

excited bkn main lah ak!ada org nak amik ak pegi wedding kazen ak(kejutan ketiga). siap beritahu pak cik sharaf n mak cik paan lagi(nih realiti)..hahahha.. ak pon apa lagi call kakak ak n tnya tema apa.. nak pakai baju apa kan.. dia ckp maroon. nasib baik ak ada baju maroon. tuh pon baju pegi kelas. takpe lah. at least ada benda nak pakai dari takder kn?.. kan kalo ak tak pakai apa2 lari plak org kat majlis tuh.. then tggulah ak sampai ptg. disamping sibuk tgk pak cik sharaf betulkan blog ak. ntah apa2 lah dia wat. tuka itu tuka ini . bagi ak cukuplah dgn beserderhana.. hehehe...tapi kalo ada org dgn rela hati tawarkan diri, ak ok jerh.. TQ SHARAF!!!hehehehe.. then asar.. lepak kat masjid jap(alim betoi)..ahahahah.. then pukul 6 ptg msg dtg balik. hati ak dah agak sesuatu

along(kakak ak)
cik nah tok jadi maghi amik mg. dio nak g amik ayah chik kat airport.
sham
dah agok doh.sopmo jadi gini
along
nok wat ggano.ak pom tok tahu.plan diore tok strategik ar. ak pon tok tahu
sham
ak rilek jah. ok jerh(tak puas hati time ni)
along
ak bagi pihak diorang minta maaf byk2
sham
rilek la long.ak ok jerh...

nih bukan kejutan(ak dah dapat rase dah) :p
tiba2 ak rase sedih plak. bkan tak dapt pegi tapi kat along ak. dia byk berkorban untuk ak n adik2 ak.next week ada test n kuiz tapi dgn selamba pegi wedding tuh..tapi dia tak pernah merungut.. ak nih balik umah siap kutuk2 lagi n ngomel lagi.. akak ak pn sama... hahahaha
akak ak wakil family kami kat kelantan. ikutkn ak n along ak wakil tapi dh bnda nih jadi, so kakak ak lah pegi..
rindu sgt kat kakak ak..dh lama tak jumpa..
ak gitau pak cik sharaf n mama paan.. hahahha... melompat kegirangan la... biasalah.. kanak2 ribena yg belum masak sepenuhnya.. hhahaha siap suh ak tulis dlm blog nih lagi.. hehehee
then setelah malam dtg, ak post la buat kali ketiga ttg hari ini..

SELAMAT PAGI MALAYSIA

RuMaTeS

bismillahirrahmanirrahim
mengedit blog buat kali kedua, bukan kat bilik tapi kat wakaf dibwh.. bilik takder wireless.. susah betol..hehehehe.. bak kata kwn ak AC ni mcm resort. hahahaha.. terkedu ak dgr.. memang tak nafikan AC memang best. environment dia nyaman..tapi kalo nak dibandingkan dgn mahallah2 lain,AC lah paling jauh dgn kelas.. si paan setiap malam mengomel sakit2 betis.. sakit belakang la.. macam2.macm perempuan plak.. hahaha.. si sharaf plak asyik sakit belakang. macm org tua..hahaha apa yg ak nak citer sebenarnya?? hmmm... ak pon tak tahu.. hahaha.. hanya mengisi masa lapang ak je dgn bkak blog nih.. well kan dh ada blog..hahaha..masa luang ak terisi lah jugak.. lupe ak nak beritahu. selain pak cik sharaf n mak cik paan,hahahaha, rumate ak yg sorang lagi nama nye ZUL.. org kedah na..ak pon kdg2 tak bape paham bunyi kedah si zul nih..hehehe... bak kata madam kat mahallah ofis, bilik kami ni mesra negeri..hahaha... semua ada utagha,selatan,timur dan barat. apa2pn si sharaf byk bantu ak dgn blog nih. wat layout baru lah, chat box lah.. blablabla.. ak bknnye tak tahu.. sblm nih pon ak ada blog cma kemalasan ak menyebabkan blog ak dihembus angin kentut paan jerk.. hahahaha... merapu jerh ak nih.. apa lagi nak gitau??Ha! tabiat songsang paan n sharaf.. semalam dua mamat nih "KERJAKAN" ak cukup2.. geletek ak sampai pinggang ak sakit.. sakit wooo... siap record lagih.. memang terbaik ah semalam... tadi pon kena lagih... da hilang akal agaknya bdk dua ekor nih.. hehehehe
harap2 tak kena lagi lepas nih~ wakakaka.. hehehee.. amin~
salam untuk dunia

Friday, June 5, 2009

assalamualaikum..selamat malam..hehehehe..post ak yg pertama.. setelah diasak, didesak dan ditenyeh oleh makhluk2 disini, disamping terpengaruh dgn kwn2 segp, akhirnya ak mencipta & menghasilkan masteripiece ak y pertama.. hahahaha.. apa2 pon ak akan pastikan ak sentiasa mengupdate blog ini.. walaupun tak selalu tapi insya-ALLAH akan ak updatekan.. nak pikir tajuk blog nih pon satu ptg ak pk..hehehehe..almaklumlah ak tak lah seSASTERA shake, tak seHEBAT irfan dlm bab2 kete, tak seEMO sharaf dan taklah seSEDERHANA najibah.. hehehehe.. 
apa2pn makhluk dunia, inilah buah tgn ak pertama..
setitik tinta~