Hakikat manusia bila berjauhan rindu pasti bertandang. Bila sudah lama tidak bersua perasaan itu pasti tiba. Sudah lama aku tidak berjumpa dgn si Dia. Setiap kali tibanya usrah aku sentiasa menanti kedatangannya. Namun seraut wajah yg tenang dan putih mulus itu tidak muncul-muncul tiba. Hati pasrah. Aku pergi usrah seolah-olah kerana Dia. Ya! Kerana Dia. Aku cuba memperbetulkan niat bahawa aku lakukan semua ini kerana Rabbul Izzati namun aku tersungkur. Perasaan untuk bertemu dengannya lebih kuat berbanding perasaan untuk mendapatkan mardhatillah daripada Allah yang esa. Aku tidak menafikan bahawa setiap kata-kata yg dikeluarkan oleh si Dia benar-benar membekas di hati. Si Dia mempunyai karisma seorang orator. Dengan ilmu agama yang luas, ramai yang bertanya kepada si Dia jika ada sebarang kemuyskilan. Terasa malu jika mahu dibandingkan dengan si Dia. Setiap kali mengadakan sesi usrah, si Dia tidak jemu-jemu mengajakku supaya menambahkan keimanan. JGN LAKUKAN MAKSIAT. Sentiasa mengharapkan redha ALLAH.
Namun takdir mahu menemukan kami. Kami bertemu di dalam sebuah majlis ilmu. Majlis yang penuh dengan barakah. Lecture hall A, tempat kami bertemu. Setelah kaki menjengah ke lecture hall A, hati tergamam. Ramai pelajar yang datang untuk mendengar ta’alim. Hati terdetik. Bagaimana aku ingin berjumpa dengan si Dia. Si Dia bakal dikerumuni orang. Bagaimana harus aku bertanya khabar. Sihat kah si dia?. Fikiran aku berkecamuk. Perasaan rindu semakin meluap. Masa seakan berjalan perlahan. Ya Allah percepatkanlah masa. Berikanlah aku peluang untukku bertemu dengan si Dia. Biarpun sesaat. Cukuplah sekiranya aku dapat bercakap dengannya. Setiap langkah si Dia aku perhatikan dengan teliti. Tidak lepas daripda pandangan aku. Namun ALLAH maha mendengar. Diakhir taalim, langkah segera dipasang. Kaki dilajukan. Mata kami akhirnya bertentang.
Assalamualaikum ustaz!
Waalaikummussalam farisham. Ya-ALLAH rindu kat anta.lama tak jumpa
Saya pun ustaz. Ustaz sihat?
Alhamdullillah.
Tangan segera disambut dan kami berpeluk.
Ustaz Emran. Satu figura yang telah lama aku tunggu. Si Dia yang memperkenalkan aku kepada ilmu agama. Jika sebelum ini aku lalai dalam dunia aku sendiri namun dengan bimbingan si Dia,aku kembali menghayati agama. Shukran ustaz. Dan aku tahu tatkala aku bertentang mata dengan si Dia, aku tahu rindu aku terhadapnya telah terhenti.
Salam alayk~
2 comments:
alhamdulillah~~
alhamdulillah~~
Post a Comment