Sunday, June 6, 2010

.: andai syurga makin menjauh :.

assalamualaikum.

pe habaq?? mempraktik bahasa "utagha" tatkala lusa penulis akan berangkat ke perlis untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu penulis disebelah ayah. kuala perlis. sempat gaduh-gaduh manja dengan umi dan abah tentang kuala perlis. kata mereka kuala perlis terletak di perlis. penulis dengan lantang dan berani dan angkuhnya memberitahu kuala perlis dikedah. setelah disiasat, sah ia memang di perlis!!!. sori kat umi and abah.

laptop kakak menjadi mangsa kali ini. malas nak bukak laptop sendiri. apa-apa pun penulis tidak mahu bercakap panjang. kali ni video ini sebagai entri terbaharu. "google" men"googgle" dlm laptop kakak penulis, akhirnya terjumpa satu video yang best. tajuknya, "surat seorang ibu" tapi penulis tak nak bagi nampak proses memplagiat itu berlaku, penulis menukarkan tajuknya kepada "andai syurga makin menjauh". selamat mengambil ibrah daripada video ini. kenapa "andai syurga makin menjauh"?. tersiratnya, kita selalu berkata, syurga itu dibawah telapak kaki ibu. namun senario pada hari ini, ramai ibu-ibu di"dump" oleh anak-anak mereka sendiri. sebab itulah penulis beranggapan, syurga itu sudah semakin menjauh dari matlamat kita. nauzubillah.

video

sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu

wallahuallam

assalamualaikum