Saturday, October 2, 2010

~ innalillahiwainnailaihirajiun~

al-fatihah buat arwah saudaraku yang tidak sempat ku tatap. hanya sekeping foto semasa dikafankan sebagai pengubat. kronologi kisah: (dari facebook emak saudara)

Peristiwa ni berlaku pada 10 Ramadhan yang lalu... 20 Ogos 2010 hari jumaat 12.10 tengahari...
Abang saya kembali ke rahmatullah kerana dengue shock with multi organ failure... sebelum masuk ke wad HKB.. bermula Ramadhan .. setiap hari abang bagi tahu kakak ipar. nak balik rumah jumpa mak. Tapi kerana sibuk bertugas... dia tak sempat.

Hari khamis 2 ramadhan... abang sempat bagi tahu kakak ipar bahwa kita ni kalau
meninggal hari jumaat dan pada bulan puasa.. alangkah bagusnya...banyak nikmat
...hari sabtu.. abang demam agak kuat... ahad dia ok sekejap tapi isnin dia
rasa lenguh2 balik.

Pagi Isnin 6 Ramadhan... tanpa pengetahuan kakak ipar... abang telah menghantar
semua peralatan pejabat dan borang2 claim dia.

Petang isnin tu kakak ipar bawa ke HKB dan terus abang di masukkan
ke wad.

7 Ramadhan keadaan abang semakin teruk... dipindahkan ke wad CCU... semasa tu dia
masih sedar... dia pesan kepada kakak ipar...minta call saya datang ke hospital
dan baca quran di tepi dia...

Lepas isyak abang dipindah ke CCU dalam keadaan tidak sedar... tengahari pada 8
Ramadhan abang dipindahkan ke ICU kerana keadaan semakin teruk. Hari Khamis
makin teruk... Pagi Jumaat .. seawal jam 5.15 pagi kakak ipar call saya minta
semua adik beradik datang ke hospital kerana abang tenat.

Saya ke hospital selepas solat subuh. Saya lihat.. mata abang terbuka sedikit.
Saya dan suami sempat minta maaf dan maafkan dirinya... Saya lihat air matanya
keluar meleleh. Jam 9.30 pagi saya minta untuk pulang sekejap. Jam 11 pagi..
saya bawa mak ke hospital dan saya rasa cukup tersentuh dengan apa yang
berlaku...

Mak yang berada di kerusi roda... saya tolak ke sebelah kanan abang... tiba2
mak jadi kuat dan boleh bangun untuk tatap wajah abang yang hampir 2 minggu tak
jumpa... Kemudian.. mak duduk dan baca surah Yassin. lepas 3 kali baca Yassin...
mak usap tangan abang...

Mak berkata... " Wahai anakku.. Meli (Ramlee).. jika ini takdirnya ..
setakat ini hayat mu.. mak redha... mak ingat... mak yang akan pergi dulu. Mak
halalkan setiap titik susu yang mak susukan mu dan mak halal yang mak basuh
najis-najis mu. Mak halalkan makan minum mu dan mak halalkan segala untuk
besarkanmu...

Kini... mak minta Lee.. mu jangan lalai .. pilihlah jalan yang benar... yang
betul... mu jangan ikut arah yang sesat itu... mak ada di sini dan mak redha..
pergilah wahai anakku... "

Terus mata abang yang sedikit terbuka ... tertutup rapat.. saat itu saya
pandang jam ... tepat 12.10 tengahari... doktor pula menggangguk2 kepala tanda
abang sudah tiada lagi....

al-fatihah~