Saturday, November 28, 2009

cerita 24 jam satu hari



salam alaik

bismillah.

tatkala hati ini berkecamuk mahu mendahulukan eap atau menghadap alam maya, aku lebih memilih pilihan yang kedua. menghadap alam maya yang mungkin boleh menukarkan perasaan kebosanan aku kepada satu kepuasan. cuti raya yang hanya 3 hari. sampai dirumah semalam, pukul 8 pagi. tak sempat nak pegi masjid. tatkala kaki menjejakkan ke halaman rumah, sunyi. Hanya kakakku sahaja yang ada. CUTI katanya. baju ditukar dengan baju raya dua tahun yg sebelumnya. RECYCLE sudah. lagipn masih lawa lagi. sembahyang sunat dhuha.time sembahyang walid ku balik dari masjid. pintu kunci. usai sembahyang, aku bergegas membuka kunci. tak sempat nak salam. kepala aku tersangat berat. masuk bilik. peluk bantal. aku terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan mimpi-mimpi pilhan. sori abah . :)..

then aku dikejutkan oleh suara garau kakak. hahah. garang kot dia. walid pesan suruh pergi rumah mak cik aku. walid aku "ghebe" disana. serasa malas pergi. penat yang nyata. namun digagahkan jugak. kerete kunci dicapai. kali ni kakak aku memberi peluang kepada ku untuk "drive". boleh la terasa nak memecut atas jalan.hahaha
tak laju pn 80 km/h. umi pernah pesan, jgn bwk kete laju-laju. lagipun bukan aku seorang je dalam kete tuh. masih ada 3 lagi nyawa. dipendekkan cerita, kami berkelah di rumah mak cik. pukul 3 petang kami memohon untuk pulang. aku yang nak balik awal. penat yang amat sgt. kepala aku sudah takleh nak berfikir dgn rasional.menanti masa untuk ditutup. dipendekkan lagi, sampai dirumah terus tido.

malam nya, semua famili sudah bersedia menghadap depan tv. NUR KASIH episod akhir. layan jelah. tapi kita merancang tuhan menentukan. mak sedara sebelah mak telefon. nenek aku sakit. dia sesak nafas. antara NUR KASIH dengan TANGGUNGJAWAB, umi aku segera bergegas ke rumah nenek yang hanya 10 minit dari rumah ku. dipendekkan cerita, kami terpaksa membawa doktor ke rumah kerana nenek aku tak boleh masuk ke dalam kereta. sakit belakang. belakangnya disuntik. aku siap diperli lagi.

"doktor sher, tgk la.". aku malas nak layan. bagi can jelah kat sepupu2. lepas ni kat main camp,bukan setakat boleh tgk,siap boleh bedah lagi.
semua rm 150-suntik+ubat-. sabar jelah.

pukul 12 sampai kat umah. NUR KASIH?? tak sempat tgk. tapi takpe. blh tgk kat internet. :)

salam alaik

salam aidiladha.

3 comments:

Nad Izza said...

ending Nur Kasih karut...
kelakar, tak touching.
disappointment.
=(

sham moduLLus said...

huh!
ni konfem anti nur kasih
btw i agree with you
ending yg biase2
nk compare ngan citer yg boom
maybe penulis skrip dah takde idea
hahha

YM : hafiz_rijalullah said...

sie molep ko dr syer...hehehehe