Saturday, December 12, 2009

-cari pasangan-

salam alaik.

ilham datang dengan tiba-tiba semalam selepas mendengar nasyid "cari pasangan" by rabbani. best sgt. for your information : abdul muntaqim loves this song so much. :D
tetapi terpaksa ditangguhkan dek kerana waktu malam yang hampir melabuhkan tirainya dan paksaan oleh sepasang mata untuk ditutup buat seketika.

dalam hadis RASULULLAH SAW telah dinyatakan ciri-ciri pasangan yang perlu dipilih :
(maaf tidak ikut turutan.cuba cari hadis tersebut tapi tak jumpa. so kalau salah, please correct it for me)

1: yang berharta
2: yang baik rupanya
3: yang bernasab
4: yang beragama

namun dalam keempat-empat pilihan tersebut RASULULLAH SAW suruh pilih yang keempat, yang beragama. kenapa yang beragama?? ini kerana orang yang beragama sudah pastinya memiliki 3 lagi ciri lain. beragama bermakna seseorang itu meyakini ALLAH yang esa dan MUHAMMAD SAW. hal ini demikian kerana dengan agama, secara total dia mempunyai pakej yang lengkap. terpelihara dari segala maksiat kerana wujud ketakutan pada ALLAH yang MAHA MELIHAT.

dengan mempunyai agama, sudah pastinya seseorang itu mempunyai nasab/salasilah yang mulia. bukan daripada keturunan zina. semuanya kerana agama di dada.

dengan agama, baik rupanya.Nabi s.a.w. menganjurkan kita mencari yang baik dari segi rupa paras apabila kita memandangnya. Sejuk apabila dilihat dan dapat mengikat hati suami untuk tidak lagi melihat perkara yang ditegah seperti melihat aurat aurat yang berkeliaran diluar rumah. Wajah yang cantik dapat membahagiakan suami menenangkan hati suami. Manakala dari sudut makna yang tersirat pula kecantikan dalaman yang sebenarnya dimaksudkan oleh nabi. Terdapat khilaf dan perselisihan pendapat ulama dalam menentukan maksud ayat ini. Namun kedua duanya sama baik. sebab ada hadis nabi s.a.w. yang mengatakan dalam diri manusia itu ada seketul daging atau darah. apabila baik ia ( baik di dalam ) maka akan baik lah jasad luaran keseluruhannya. maka seketul daging itulah yang dinamakan hati.Baik di dalam yakni terhindar dari segala jenis perasaan yang tidak elok. agama menganjurkan kita supaya mengamalkan segala yang telah termaktub dalam al quran. dalam al quran byk nilai-nilai murni yang dpt diambil dan dipraktikkan. so sekali lagi dengan beragama, kita dapat mewujudkan rupa paras yang baik/personaliti yang unggul.

yang berharta. harta tak semestinya berbntuk material. ilmu boleh menjadi harta yang amat berharga. amat2 berharga. dalam al quran surah al-alaq ayat 1-5 menyuruh kita agar mencari ilmu. dengan ilmu.kita dapat mentadbir rumah tangga dengan baik. sebab itu kita perlu menghadiri kursus perkahwinan sebelum kahwin. kerana apa?? untuk memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang realiti rumah tangga. tak gitu SHAKE?.. HAHA

jadi, kalau nak cari pasangan cariklah yang beragama. percayalah kalau agamanya mantap,yang lain turut mantap.

islam itu mudah.

cari pasangan biarlah betul. :P

salam alaik.

4 comments:

M Syakirah said...

mcm tau je topik ni dtg dari mana..hhahahahahha..eeeeee..pegi kursus kawen x bermakna kita nak kawen...tak bermakna kita teringin nak rasa..huhuhu..agama meliputi semua..sebab itu diletakkan agama tuh diblakang sekali..kerana...ketiga aspek tuh mmg dimasukkan dlm agama...btol tuh...=)..nama jugak yg naik ek..??huhu

sham moduLLus said...

hahahaha
dah kau yg pegi kursus kawen
ngee :P
setuju2 apa yang kau cakap.

wardatul asrar said...

salam..

i used to have that song in my mp4, but i've delete it =)

finding mate?

instead of SEARCHING for soleh/solehah, let us strive to be the one.

sham moduLLus said...

najibah : that song has bee a must for me before go to sleep. hehhe
u r right. to get the best we muust be good the best first.