Wednesday, December 23, 2009

apabila 20 memanggil

salam alaik.

mencari masa walaupun sekejap untuk menulis. agak sibuk sekarang ni menghadapi saat-saat akhir semester yang berbaki 2 bulan lagi KOT. tak ingat sangat almanak untuk semster ni.hehehe.. teringat keluhan para sahabat. ramai yang berasa sangat malas dgn sem ni. alasannya sebab dah lama belajar kat matric dan ini merupakan sem akhir.lepas ni takda dah chem,phy,bio,MATH etc.aku pun sama.tapi cuba dilawan nafsu tersebut. mujahadah. dan waktu yang tinggal untuk menjengah tahun baru masihi tinggal beberapa hari sahaja lagi. bertambah usia aku. jika dulu angka belas masih lagi ada sekarang angka belas sudah tidak ada. yang ada angka dua dan dinaikkan kepada puluh. cuak sangat2. kadang-kadang diri ini terfikir layak ke aku untuk memasuki alam 20,meninggalkan zaman remaja yang penuh dengan pengalaman2 yang menyeronokkan.

peningkatan umur bermakna pemikiran turut meningkat.semakin matang dan rasional. tapi kalau dikira diperhati rasanya diri ini belum layak untuk memegang angka 20.banyak lagi kekurangan dari segi pemikiran,agama,ilmu dan sebagainya.

peningkatan umur bermakna kita semakin hampir dengan mati kita.cukupkah amalan aku?banyakkah dosa aku?sudah banyakkan bakti aku kepada ibu bapa?

peningkatan umur bermakna kita sudah semakin dewasa.bolehka kita berperangai seperti seorang dewasa?sanggupkah kita meninggalkan perkara-perkara zaman remaja dulu? a leopard will not change its spot. adakah benar pernyataan ini.

peningkatan umur bermakna kita perlu memikirkan masa depan kita. bolehkah aku menjadi doktor@lawyer@majistret?? layakkah aku menjadi seorang ayah @ ibu?

begitu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan sebelum angka 20 tiba. perlu banyak muhasabah.pesanan untuk diri sendiri jugak.

peningkatan usia akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak mahu melakukan anjakan paradigma(lama tak guna) dari usia sebelumnya.

usia meningkat mati semakin mendekat.

salam alaik.

No comments: