Sunday, August 16, 2009

ahlan wasahlan ya Ramadhan~

greetings to all!!

cewah~speaking..salam alaik..dah lama aku tidak mengupdate blog.. bukan kerana busy tapi kerana kelemahan aku untuk membahagikan masa dgn betul..sehinggakan ak terkapai-kapai mengejar apa yg telah tertinggal..berbahagialah kepada sesiapa yg dapat membahagikan masa dgn baik.
sememangnya tanggungjawab itu lebih byk pada masa. tugas seorang pelajar memang memenatkan. begitu banyak tanggungjawab yg perlu dilunaskan dgn sebaik mungkin..
okeh, kali ini aku tidak ingin menulis ttg tanggungjawab tap aku ingin berbicara tentang RAMADHAN~

Syaaban berbaki seminggu lagi.. tidak sabar rasanya untuk menyambut ramadhan. kukira ini kali kedua aku menyambut kedatangan ramadhan al mubarak tanpa keluarga tercinta.. cewah! (mcm kat oversea la plak).. hu3..sebelum2 ni pon asyik sambut dgn keluarga..hari pertama puasa hidangan berbuka biasa2 sahaja.. penjual masih lagi liat untuk berniaga.. bila dah seminggu puasa, MACAM-MACAM ADA!.. rambang mata jawabnya..

Ramadhan merupakan bulan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita(umat NABI MUHAMMAD) untuk menggandakan pahala.. bulan ramadhan ni umpama megasale kepada kita... kenapa?? tak percaya??? jom kita menulusuri segala fadhilat yg telah dikurniakan dalam bulan Ramadhan..

camera, roll, ACTION!
.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi


begitu byk fadhilat dalam puasa yg telah ALLAH kurniakan kepada kita. so to all of you, i wish selamat menyambut ramadhan n banyakkan beramal~

salam alaik

No comments: