agak lama menyepikan diri..bukan sengaja tetapi dek dikejar dengan assingment dan kuiz yag mencurah-curah turun membuatkan ak tak sempat untuk menghadap benda lain selain buku2 biology yg tebal,math yg memeningkan n chemistry yg agak mengelirukan ditambah pula dengan markah kuiz yg bisa membuatkan hati resah dan gelisah mengenangkan nasib yg bakal dihadapi.
selesai tentang hal kuiz. sebelum terlupa, tutorial yg datang umpama meteorit yg menghempas bumi tatkala setiap bab dihabiskan dalam sekelip mata sekali lagi membuatkan ak tak menang tangan dan terpaksa mengorbankan segala keseronokan bersama teman2. assingment fim jgn dilupa. mahu dihantar selepas mid break. kepala ak sudah berputar ligat memikirkan bagaimana waktu 24 jam itu harus dibahagikan sama rata. Bantulah ak ya-ALLAH.
dalam masa dua minggu lagi ngauman soalan midsem bakal bergema lagi. kepala terpaksa diperah sehingga ke tahap kritikal bagi memenuhi kehendak soalan yg telah dirangka.kalau senang, syukur kepada yg MAHA ESA. kalau susah, ak hanya mampu tersenyum. hanya berdoa agar mendapat keputusan yg tidak meragut hati dan sanubari.
usah dilupa, ttg cuti midbreak yg hanya berbaki dua-tiga hari lagi. bagi first year semestinya tak sabar2 nak balik kg. 1st time being as a university student. hehehehe. bagi ak dah biasa dah. tapi dalam kebiasaan itu ak tetap excited nak balik? kenapa? ak merindui emak ak. Anak mak. yela kalo bukan anak mak, anak sape??? anak kucing??...hehehhe..kali ni ak balik naik flight. huhuhuhu.. spesel sikit. saje.bukan selalu boleh naik flight. jadi kalau dah ada peluang, amik sahaja.
keputusan muet pun sudah diketahui. ada yg suka ada yg berdiam seribu bahasa. tahniah buat lutfi yg mendapat band 5 dan kepada yg mendapat selain band 4 tahniah jugak ak ucapkan. oklah tu da requirement.
jgn dilupakan juga,UIA dilanda jerebu. semacam berada di negara China. hahahha.. mulanya tidak percaya. mungkin sekadar kabus di waktu pagi tapi setelah berlarutan 2-3 hari ditambah pula mentari selalu dibayangi awan gelap menyebabkan hari-hari dilalui kelam, ak yakin JEREBU telah melanda.
menutup tirai post ak kali ini, JPA elaun dah masok. setelah bertahun menunggu( sampai ke bertahun??).. akhirnya masuk jugak. yg penting ak bukan jpa scholar. yg malangnya elaun diorang kurang sedikit drp elaun KPTM. huhuhuhu.. dah la lambat sikit plak. satu refleksi yg menunjukkan bahawa kerajaan menghadapi masalah ekonomi. walaupun cuba dinafikan oleh pucuk pimpinan, pembayaran duit elaun membuktikan segala-galanya.
congratulation to all my old frens coz u r going to oversea to continue ur study.
to me?? bersyukur dgn apa yg ada.
salam alaik
No comments:
Post a Comment