Saturday, July 18, 2009

tandanya apa eh??

semua org dalam keadaan excited
tak tahu kenapa
walaupun ada exam
semua org tetap excited
selalunya bila ada exam sampai tak tido malam
sembahyang hajat setiap hari
tandanya apa??

kafe plak byk plak yg tutup
tak nak untung ke diaorg nih?
kalo ak sbg tauke kafe tuh konfem ak bkak 24 jam!
masok byk sket duit
yg bkak hanya dua je kafe
tapi masalahnya
makanan dah semakin kurang
ada makanan dah sejuk
mak cik2 yg menjual pon
masam je muka..
tak tahu kenapa
dah bosan kot
tandanya apa eh??

akak dn abang kiosk plak tutup kiosk awal
selalunya pukul 12 baru ttp
dan kalau takder customer mula merungut takde customer
tapi ni terbalik plak
lebih rela kalau org tak masok kiosk
pelik
tandanya apa eh??

student2 pun mula beratur panjang kat mesin atm
nak kata hujung minggu, sejak hari isnin lagi dah ramai
nak kata elaun baru masuk, dah dekat dua bulan
pelik
tandanya apa eh??

mahallah tiba2 jadik sunyi
banyak yang bilik gelap
pukul 8 dah gelap
tidur awal ke??
takkan tak study kot??
dah genius sgt agaknya
kenapa eh???
tandanya apa eh??

tetiba ramai parent yg dtg
selalunya hujung mggu takder seramai ini
student masing2 bwk beg besar
nak pindah U ke??
2-3 beg sekali angkut
nak protes uia ke???
tandanya ape eh??

mesin basuh mula sesak dgn baldi2
selalunya takder lah penuh macam nih
yg brother tak kisah pakai baju yang dah dua minggu pakai
ni tidak
tetiba jadik rajin
tetiba basuh baju
katil dikemas elok
selalunya macam tongkang pecah
bilik plak bersih je
sister plak dah mula guna mesin basuh
dah tak main dah basuh secara mannual
katanya nak jimatkan masa
pelik
tandanya ape eh?


persatuan2 anak negeri plak
sibuk promosi sape nak tempah tiket bas
nak bwk pegi jalan2 ke???
byk duit nampak
selalunya nak mintak sikit pon dah mula tarik muka
nak bersedekah ke??
atau sebab bulan rejab pahalanya byk
kenapa eh??
tandanya ape eh?


lecturer plak masa hari jumaat
ajar cepat2 je
ingat kitaorg nih genius ke??
heheheh
pastu plak
wish selamat bercuti
tapi tetap bagi keje umah
pelik
kenape eh??
tandanya apa eh??

APA TANDANYA NI???

Wednesday, July 15, 2009

rangkuman cerita~

salam alaik~
agak lama menyepikan diri..bukan sengaja tetapi dek dikejar dengan assingment dan kuiz yag mencurah-curah turun membuatkan ak tak sempat untuk menghadap benda lain selain buku2 biology yg tebal,math yg memeningkan n chemistry yg agak mengelirukan ditambah pula dengan markah kuiz yg bisa membuatkan hati resah dan gelisah mengenangkan nasib yg bakal dihadapi.

selesai tentang hal kuiz. sebelum terlupa, tutorial yg datang umpama meteorit yg menghempas bumi tatkala setiap bab dihabiskan dalam sekelip mata sekali lagi membuatkan ak tak menang tangan dan terpaksa mengorbankan segala keseronokan bersama teman2. assingment fim jgn dilupa. mahu dihantar selepas mid break. kepala ak sudah berputar ligat memikirkan bagaimana waktu 24 jam itu harus dibahagikan sama rata. Bantulah ak ya-ALLAH.

dalam masa dua minggu lagi ngauman soalan midsem bakal bergema lagi. kepala terpaksa diperah sehingga ke tahap kritikal bagi memenuhi kehendak soalan yg telah dirangka.kalau senang, syukur kepada yg MAHA ESA. kalau susah, ak hanya mampu tersenyum. hanya berdoa agar mendapat keputusan yg tidak meragut hati dan sanubari.

usah dilupa, ttg cuti midbreak yg hanya berbaki dua-tiga hari lagi. bagi first year semestinya tak sabar2 nak balik kg. 1st time being as a university student. hehehehe. bagi ak dah biasa dah. tapi dalam kebiasaan itu ak tetap excited nak balik? kenapa? ak merindui emak ak. Anak mak. yela kalo bukan anak mak, anak sape??? anak kucing??...hehehhe..kali ni ak balik naik flight. huhuhuhu.. spesel sikit. saje.bukan selalu boleh naik flight. jadi kalau dah ada peluang, amik sahaja.

keputusan muet pun sudah diketahui. ada yg suka ada yg berdiam seribu bahasa. tahniah buat lutfi yg mendapat band 5 dan kepada yg mendapat selain band 4 tahniah jugak ak ucapkan. oklah tu da requirement.

jgn dilupakan juga,UIA dilanda jerebu. semacam berada di negara China. hahahha.. mulanya tidak percaya. mungkin sekadar kabus di waktu pagi tapi setelah berlarutan 2-3 hari ditambah pula mentari selalu dibayangi awan gelap menyebabkan hari-hari dilalui kelam, ak yakin JEREBU telah melanda.

menutup tirai post ak kali ini, JPA elaun dah masok. setelah bertahun menunggu( sampai ke bertahun??).. akhirnya masuk jugak. yg penting ak bukan jpa scholar. yg malangnya elaun diorang kurang sedikit drp elaun KPTM. huhuhuhu.. dah la lambat sikit plak. satu refleksi yg menunjukkan bahawa kerajaan menghadapi masalah ekonomi. walaupun cuba dinafikan oleh pucuk pimpinan, pembayaran duit elaun membuktikan segala-galanya.

congratulation to all my old frens coz u r going to oversea to continue ur study.
to me?? bersyukur dgn apa yg ada.
salam alaik