Friday, August 28, 2009

kerana mereka mahu terbang~

salam alaik
sabahal khair~

pagi yang hening.masing2 masih lagi mengalami masalah kesesakan lalulintas di atas katil. yg kt sebelah ak ni cuba sedaya upaya untuk menahan perasaan mengantuk dgn melayan lagu HUJAN..smbil buat tutor kimia.ak plak sedang menunggu mesin basuh berhenti.

bulan yg penuh dgn linangan air mata.kenapa?? kebanyakan pelajar persediaan akan bermusafir dan bermastautin di negara baru. ramai jugaklah yg melayan jemputan kat ak suh pegi hantar mereka tetapi kebanyakan terpaksa ditolak..agak bz~sori!...lagipn transport tak dak! susah sikit.
antaranya yg bakal bergelar PENDATANG di negara baru

siti aisyah hussin- ireland medic
juki-us engineering,da pegi dah..sayu betul
hannnan-india medic
nik tik-poland medic
nisrin aka nina-canada,tk tahu kos apa..huk3...
limi-korea,engine(dah lama pegi..hahaha..saje letak..bg nampak gempak)
zati adnin-korea,engine..(sama dgn kt atas)..hahahha

dan adalah dua-tiga lagi makhluk yg berphylum animalia sub class chordata ni akan fly ke negara luar tapi tak dpat dipastikan sapekah makhluk itu..agak sedih kerana diri ini juga teringin mahu ke oversea tapi apakan daya tawaran sudah ditolak atas sebab2 tertentu.. huhuhuhu..
memori silam..

kepada kwn2 ak,selamat berjuang di negara baru. jaga iman.jaga akhlak. to my best buddy, HANNAN, akan ku cuba melapangkan dri untuk menghantar mu ke KLIA...

salam alaik

Saturday, August 22, 2009

first day of ramadhan~

salam alaaik..
alhamdulillah,praise be to Allah, He still gives me the opportunity once again to feel the month of Ramadhan- month that has been waited for most all moslems..month that full of barakah..
am proud to be a muslim..
celebrating ramadhan in uia is not bad at all (sengaja sedapkan hati).. doing the tarawikh, wake up during sahur..best jugaklah..byk jugaklah fulus yg keluar..hahahha..

first sahur
time: 4.45 am
i never wake up this early for sahur.paling awal kul 5.15...huk3..sharaf kejutkan..budak tuh tk tido.. buat apa tgh2 mlm buta...ak tak tahu..beribadah kot(husnuzon)...went to aloha(cafe).. not so many people..maybe it is because its the first day of ramadhan..masing2 traffic jam kat katil.. kat aloha makanan kena tempah..adusss!..kena tunggu plak.. seperti yg diketahui seantero penduduk AC aka UKC 2 service makanan kat AC very slow.. boleh habis satu helai al-quran kot tggu makanan nak siap..but yesterday their servive was kind of fast.. dunno why.. but its a good start anyway...can change peoples' perception towards them.. tpi harga agaklah mahal...
by hook or crook, i need to buy something as my tembolok has been singing loudly starting from i woke up for the sahur..
my menu is nasi goreng-layan jelah-makan tak habis...tak kena dgn selera.. bukan memilih tapi tekak seolah2 tak boleh menerima... mybe sebb tak penah sahur before this.. puasa sunat pun juz minum air masak and roti..

subuh
time-5.45
sharaf dah lentok..as i expected..suruh ak kejutkan..ak plak sdg tunggu pak cik bilal kat masjid azan..then went to masjid...quite many people..adala dekat 5 shaf.. selalunya nak ada 4 shaf pun susah..but its a good thing what??..semua benda yg Allah buat mesti ada hikmahnya..sbb tuh sahur pada waktu sebelum subuh..so that we cannot miss the subuh prayer..
habis subuh-QADA tido jap-hehehe...

time berbuka
6-7
dilemma-masjid or bazaar???..so we anonymously decided that we(AK,NU'MAN,FARABI, SHARAF)went to bazaar.. harga mahal pun takpelah...once in a lifetime.. then i got one msg..from SISTER(a friend of mine).. she told me tht her mahallah kafe is closed..so she wanted me to buy her nasi tomato n AIR NYIORK ...oklah...buat pahala di bulan baik nih..round punye round byk jugklah maknan yg dibeli..
1)AYAM GOLEK
2)NASI MINYAK
3)NASI LEMAK
4)KUEW TEOW GORENG
5)NASI GORENG
6)KURMA
air?? kita org buat sendiri...jgn pandang kaum lelaki dgn sebelah mata...terer pe??
then azan-MAKAN TIME-kenyang tol..alhamduliillah..jemaah kat bilik.. end of day one..
terase sebentar saje..tgj2 dah habis satu hri puasa..tinggal 29 lagi...

chow!
salam alaik~

Sunday, August 16, 2009

ahlan wasahlan ya Ramadhan~

greetings to all!!

cewah~speaking..salam alaik..dah lama aku tidak mengupdate blog.. bukan kerana busy tapi kerana kelemahan aku untuk membahagikan masa dgn betul..sehinggakan ak terkapai-kapai mengejar apa yg telah tertinggal..berbahagialah kepada sesiapa yg dapat membahagikan masa dgn baik.
sememangnya tanggungjawab itu lebih byk pada masa. tugas seorang pelajar memang memenatkan. begitu banyak tanggungjawab yg perlu dilunaskan dgn sebaik mungkin..
okeh, kali ini aku tidak ingin menulis ttg tanggungjawab tap aku ingin berbicara tentang RAMADHAN~

Syaaban berbaki seminggu lagi.. tidak sabar rasanya untuk menyambut ramadhan. kukira ini kali kedua aku menyambut kedatangan ramadhan al mubarak tanpa keluarga tercinta.. cewah! (mcm kat oversea la plak).. hu3..sebelum2 ni pon asyik sambut dgn keluarga..hari pertama puasa hidangan berbuka biasa2 sahaja.. penjual masih lagi liat untuk berniaga.. bila dah seminggu puasa, MACAM-MACAM ADA!.. rambang mata jawabnya..

Ramadhan merupakan bulan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita(umat NABI MUHAMMAD) untuk menggandakan pahala.. bulan ramadhan ni umpama megasale kepada kita... kenapa?? tak percaya??? jom kita menulusuri segala fadhilat yg telah dikurniakan dalam bulan Ramadhan..

camera, roll, ACTION!
.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi


begitu byk fadhilat dalam puasa yg telah ALLAH kurniakan kepada kita. so to all of you, i wish selamat menyambut ramadhan n banyakkan beramal~

salam alaik