Saturday, October 31, 2009
kerana disitu banyak buku
menjejakkan kaki ke maktabah PPUM. sebelum masuk kami perlu menurunkan tandatangan. pelajar luar katanya. nafas ditarik panjang namun apabila dilepaskan seakan tersekat.banyak sgt buku. beberapa buah rak menyambut kedatangan aku dgn faqeh. mata meliar melihat sekitar. terdapat beberapa pelajar sedang belajar. budak medik kot kata faqih. Pharmacology rak VX. rak vx terus dicari. terletak dibahagian belakang. seusai sampai, peluh-peluh jantan menitik. pendingin hawa tak berfungsi. not my day agaknya. bdk2 um melihat pelik. lantaklah. kitaorg nak buat perkra baik. kepala digaru.
"camne nak cari ni??" aku tanya faqih
"kita usha2 dulu" faqih menjawab
perasaan panik mula menular. target hari ini untuk dapatkan bahan untuk eap seakan terbantut.
"jom kita tgk journal" faqih mengajak aku
"banyaknye journal". faqih diam. dalam hidup selama 19 tahun tidak pernah aku jumpa buku sebanyak ini. apa yang boleh aku katankan aku speechless. arah tujuan seakan hilang. aku tidak tahu apa yang mahu dicari.
journal segera diambil.apa saje journal yg ada 'initial' pharma- segera diambil. sekali bukak, astaghfirullahalazim. satu perkataan tidak difahami. mungkin time tu waktu petang dan fokus sudah hilang.
masa berlalu tanpa apa-apa perkembangan. sebarang nota tidak dicatat. stres mula menguasai diri. heartbeat mula meningkat. darah dipam begitu pantas. suhu badan mula meninggi. akhirnya sekadar menerokai buku-buku di maktabah itu sahaja.
petang kami dihabiskan di um.balik dengan bus metro dalam keadaan basah kuyup.
apa2pn moga-moga ALLAH permudahkan urusanku dgn eap.
EAP?why on earth we need to do eap?
salam alaik
Wednesday, October 28, 2009
bila adam bertemu
semester terakhir.Insya-Allah. semester kali ini kami dikejutkan dgn kehilangan shake dari group kami dan digantikan dgn kaum2 adam yg begitu ramai. agak tidak selesa walaupun kami dari gender yang sama. KELAS GAY katanya. hahaha. perkara seperti ini memang berlaku di cfs. entah mengapa ketidakseimbangan itu berlaku yg boleh menganggu gugat keseimbangan ekologi dalam kelas. hehehe. memang bagus untuk menjaga ikhtilat namun hawa diperlukan untuk membantu golongan adam. golongan adam diakui agak kurang peka dgn apa2 yg berlaku dgn keadaa sekeliling. they just follow the flow je. org tiup kiri,kiri lah ia, kalau kanan,kananlah ia. bukan mengutuk tapi ini sekadar pemerhatian daripda sepasang mata yg dianugerahkan oleh ALLAH. mungkin penulis yg pernah bersekolah campuran menyebabkan penulis berasa sedemikian. entahlah. lecturer pn lelaki. hehehe
masuk kelas btq. ada lagi penambahan dari kaum adam. seluruh kelas lelaki. ustaz belum masuk lagi. tu pun kalau ustaz.kalau ustazah entah2 tukar group.hehehe.
eap? jumpa balik shake! najibah! amy??? tapi masitah takde.haha. still lagi tak seimbang.lelaki tak ramai. dah pupus agaknye.
lab? belum start lagi. next week.
apa2pn mesti ada hikmah disebalik ini
post yg kureng menarik.
salam alaik
Saturday, October 24, 2009
bila cinta bercerita
waktu seakan terlena
unggas bersiulan mesra
alam seakan gembira
bila cinta bercerita
waktu seakan menari
matahari seakan bermimpi
bulan seakan mengerti
bila cinta bercerita
dua jiwa menjadi satu
manusia menjadi lesu
dek panahan cinta nan satu
bila cinta bercerita
dunia indah belaka
tiada siapa dapat menghalangnya
kerana itu fitrah manusia
Sunday, October 18, 2009
biarkan anak kecil itu berlari
mengejar mimpi-mimpi
biarkan anak kecil itu berimaginasi
membina kreativiti
biarkan anak kecil itu menangis
memupuk sifat empati
biarkan anak kecil itu bermimpi
meneroka dunia fantasi
biarkan anak kecil itu bergaduh
mengenal mana kawan mana musuh
biarkan anak kecil itu cedera
kelak dia akan waspada
biarkan anak kecil itu bergembira
kelak dia tidak akan berduka
biarkan anak kecil itu mengembara
mengenal pelosok dunia
biarkan anak kecil itu berkawan
membina semangat setiakawan
biarkan anak kecil itu bermain dalam duniannya tersendiri
usah disekat
usah dipagari
kelak memakan diri
namun
usah dibiarkan tanpa agama
takut ditelan bumi yang dahaga
usah dibiarkan tanpa iman
takut diratah manusia jahanam
biarkan anak kecil itu berlari
mengejar mimpi
biarpun ianya belum pasti
namun itulah fitrah seorang insani
Saturday, October 17, 2009
BiNgKiSaN BuAt PeNgAnTiN PeReMpUaN (finale)
<3 bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja
lain
<3 belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dgn tepat
<3 ruangkan masa yang betul-betul berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
<3 TANYA IBU MERTUA, ABANG ATAU KAKAK IPAR MENGENAI HADIAH YG DISUKAI OLEH SUAMI DAN
BELIKAN HADIAH TERSEBUT SBG CENDERAHATI @ SBG MEMUJUK
<3 MASAK RESEPI IBU MERTUA (KEGEMARAN SUAMI) SEKALI-SEKALA
<3 beri pujian terhadap penampilan suami (kacak,rambut,wajah ETC)
<3 cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati
<3 ELAKKAN SUAMI DARIPADA MENUNGGU LAMA TERUTAMA APABILA BERSIAP
<3 bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana
memberitahu
<3 UCAPKAN KATA-KATA SAYANG YG ROMANTIK PADA SUAMI SEKURANG-KURANGNYA 2 KALI SEHARI
<3 bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya
<3 bila ingin memesan barang, senaraikan di atas kertas. jgn buat suami pergi kekedai
2-3 kali.
<3 PELUK SUAMI DGN PENUH KASIH SAYANG SEBANYAK 7 KALI SEHARI
<3 jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala tanya bila dia akan pulang.
fahamilah dia perlu bersendirian untuk berfikir
<3 sekiranya suami marah, jgn sekali-kali menjawab (biarpun kita tidak bersalah)
terangkan keadaan sebenar selepas dipujuk
<3 sentiasalah anggun ,kemas dan wangi
<3 JGN TUKAR-TUKAR TELEVISYEN BILA MENONTON BERSAMA SUAMI
<3 JAGA MARUAH SUAMI TERUTAMA DIKHALAYAK RAMAI
<3 BILA BERPEGANGAN TGN, PEGANGLAH SEBAGAIMANA DISUKAI OLEH SUAMI
<3 buatlah air minuman untuk suami tanapa diminta @ bertanya. cth "abg nak minum?"
<3 SENTIASA BERSEGERA APABILA BERSIAP DAN JGN TIBA-TIBA INGIN MENUKAR BAJU YG DIPAKAI
<3 pergi dating sekali sekala
pelbagai reaksi dizahirkan tatkala post berkaitan dgn perkahwinan ditulis.tapi ini hanyalah sekadar sedikit perkongsian daripada saya untuk kalian. sekiranya kalian tidak bersetuju, saya memohon jutaan ampun.
chill oke!!
salam alayk~
Tuesday, October 13, 2009
bingkisan buat pengantin lelaki
• Bila balik rumah,tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain
• Berlatih untuk mendegar dengan baik
• Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah
• Bila lambat pulang beritahu lebih awal kepada isteri
• Jika perlu untuk menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir
• Bila sudah sejuk beritahu kepada isteri anda apa yang menganggu fikiran anda secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila keluar Tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan
• PELUK ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG EMPAT KALI SEHARI
• UCAPKAN KATA-KATA SAYANG SEKURANG-KURANGNYA DUA KALI SEHARI
• Ajak isteri berjalan tanpa anak-anak
• Cuba tunaikan apa yang yang dihajati oleh isteri
• NYATAKAN YANG ANDA MENRINDUINYA BILA BERJAUHAN
• Urut-mengurut isteri atau seumpamnya dari semasa ke semasa
• Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri
• Bila berpegangan tangan, jangan biarkan tangan longlai
• BILA MAKAN DILUAR JANGAN HARAPKA ISTERI MEMILIH TEMPAT MAKAN SETIAP MASA
• Sabar bila isteri lambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai
• BERI PERHATIAN YANG LEBIH KEPADA ISTERI DARIPADA ORANG LAIN SEMASA DIKHALAYAK RAMAI
• Berikan respon yang posistif bila mendengar isteri bercerita
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. MANJAKAN ISTERI SEPERTI MANA MEREKA MEMANJAKAN KITA.
Salam alayk~
Sunday, October 11, 2009
Gadis itu
Gadis itu sungguh luar biasa. Siapa sangka disebalik tudung litup terselit sebutir permata yang sangat berharga. Gadis itu tidak perlu menjadi Siti Nurhaliza, Erra Fariza ataupun siapa-siapa. Gadis itu sangat istimewa. Gadis itu umpama serikandi islam tatkala ramai serikandi-serikandi yang lain gugur diratah oleh binatang-binatang buas. Namun gadis itu tetap berjaya mempertahankan dengan iman dan taqwa. Gadis itu umpama permata yang tidak ternilai. Permata yang tidak pernah terusik oleh sebarang kekotoran. Permata yang sentiasa dilindungi oleh cengkerang iman dan taqwa.
Gadis itu sangat istimewa
Thursday, October 8, 2009
hamba allah yang maha pengasih
Bumi kelantan dijejaki tepat pukul 5 pagi. Aku disambut dgn kereta gen-2 buatan Malaysia.awal jugak ayah aku datang. Selalunya agak lambat dia datang. Mungkin dah biasa kot mengambil anak2 pulang dari jauh. Sampai dirumah 5.15 pagi. Walidah aku sudah bangun. Tapi dia memang selalu bangun awal pun. Nak siapkan makanan untuk adik-adikku yg masih lagi berbaki dua orang untuk kesekolah. Seorang sekolah pagi,dan seorang lagi sekolah p
Minggu ini aku bakal kehilangan seorang lagi sahabat. Seorang sahabat yang senantiasa sabar melayan kerenah aku yang selalu meyakiti hatinya. Namun dia tetap sabar dengan aku. Sukar untuk dicari untuk yang kedua.
NIK ABDUL HANNAN (HAMBA TUHAN YANG MAHA PENGASIH). Perkenalan aku dengan Hannan agak lama, Cuma kami yang tidak mengenali antara satu sama lain. Dia bersekolah rendah disebelah sekolah rendah yang aku belajar. Di kampung kami terdapat dua buah sekolah rendah yang kedudukannnya sebelah menyebelah. Jadi ibu bapa bebas hendak menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mana satu. Perkenalan aku dengan hannan bermula pada tingkatan dua. Kami ditempatkan dalam satu kelas yang sama. Masa tingkatan satu kami tidak sekelas walaupun belajar dalam aliran yang sama (aliran arab)-arab komunikasi sahaja-.
Bagaimana aku mengenali Hannan?? Kisahnya bermula di pusat sumber sekolah, waktu pendidikan jasmani. Mathematics mempertemukan kami. Macam cerita cinta pulak. Haha.. Tapi inilah kisah cinta aku dengan seorang sahabat. Cinta kepada seorang hamba ALLAH kerana ALLAH. Seperti diakui,kelemahan terbesar aku ialah mathematic. Namun dgn bantuan hannan, prestasi math ak meningkat.. hubungan persahabatan kami berlarutan sampai tingkatan 3. selepas PMR diumumkan, alhamdulillah kami mendapat keputusan yg cemerlang dan mendapat tawaran ke MRSM yg sama,tapi kami menolak. Kami percaya rezeki kami masih lagi disekolah lama. Persahabatan kami diteruskan sehingga tingkatan lima.Tingkatan 5,tahun yg penuh dgn cabaran. Banyak kali hati terguris. Mulut ak agak laju sikit. Jadi kalau tak dikawal, segala benda keluar. Pernah sekali aku memarahi hannan dgn kata-kata yg bisa memutuskan tali persahabatan yg telah tebina sekian lama. Namun satu benda aku respect kat Hanann, dia sempoi,tak amek kisah. Dia tahu yg ak agak tertekan dengan segala benda –debate,prs,study,keje add math yg bertimbun- etc.. dia wat derk je.
Lepas 2-3 hari boleh plak gelak2.
Lepas SPM,masing2 membuat haluan sendiri. Ak meneruskan pengajian di UIAM, bidang perubatan. Hannan meneruskan pengajian di MSU,persediaan ke