Wednesday, March 24, 2010

.: new semester :.

salam alaik

sudah seminggu berkampung di bumi cfs setelah terkinja-kinja dirumah tanpa aktiviti yang berfaedah. makan, tidur, tgk tv tu berfaedah ke?? ada la jugak faedahnya.

tatkala memasuki semester terakhir(paling akhir), hati melonjak gembira. tidak tahu mengapa. mungkin tidak akan bertemu lagi dengan kira-kira atau bahan kimia yang memeningkan kepala. tapi yang pasti, hati sangat teruja. orang tua-tua kata, kalau banyak gembira, duka la jawabnya. namun penulis lebih suka berpegang dengan kata-kata Dr Abdul Khabir, "we are the one that make something become true or not. it is all about our believe". tapi apa-apa pun berserah sahaja pada allah.

semester LAST sebelum merangkak masuk ke kuantan,

:: 18 jam seminggu
:: 3 subjek sahaja
:: semua subjek agama
:: banyak berfalsafah
:: banyak kena fikir
:: kelas dah ada sister so baju kena gosok
:: classmate yg best sgt2
:: pensyarah semua foreingner- dari namibia, syria and iran
:: telinga kena pasang betul2-nak faham slang pensyarah
:: selalu bergedik dengan "MIMI" dalam kelas
:: semua pensyarah bertaraf DOKTOR
:: masih menduduki AC aka UKC 2
:: ramai2 kawan suruh pindah
:: nak pindah tapi takot byk masalah timbul
:: masalah jangan cari, rezeki jangan tolak
:: ada rumate baru, masih lagi tak bergaul sgt(penulis agak mengambil masa nak adapt
org baru) minta maaf. itu kelemahan penulis.

here are the subjects for this semester

UNGS 2030
ISLAMIC WORLDVIEW
DR ABDUL KABIR (NAMIBIA)

UNGS 2040
ISLAMIC, KNOWLEDGE AND CIVILISATION
DR ALI AKHBAR ZIAEE (IRAN)

UNGS 2050
ETHICS AND FIQH FOR EVERYDAY LIFE
DR HUDA HASSAN HILAL (SYRIA)

YA-RABB, berkatilah hamba mu ini ya-allah

tahniah kepada KAK SAM aka KAK MASYITAH, our debater coach, yang bakal berkahwin tidak lama lagi. congratulation my coach!!!

salam alaik~

Sunday, March 21, 2010

.: bila umi pergi kerja :.

salam alaik

hari ni merupakan hari terakhir "semester break". almost 3 minggu cuti. jiran sebelah rumah siap perli lagi "lamanya cuti". selalunya paling maksimum cuti pun 2 minggu. kali ni ambik! 3 minggu. hehehe.

umi pergi kerja pukul 730 am. masa tuh masih mengantuk lagi. masuk dapur, ada koew teow goreng kegemaran. banyak pulak umi masak. bedal saja~~ air nescafe. wah! best.
makan punya makan dah pukul 900 am. perasaan malas masih lagi bersisa. kata hati tinggal je pinggan dengan gelas dalam sinki, nanti umi basuh. tapi akal fikir kesian kat umi, balik kerja nanti mesti penat. so, dengan akal, pinggan dibasuh dan di letak atas para. tengok di ampaian, TAK ADA KAIN!!!!.
"aku kena sidai la ni". (PENULIS TAK SUKA SANGAT SIDAI KAIN).
otak mula berfikir. aku kan abang. adik ada dua orang lagi. masa inilah nak arah2. tanduk mula tumbuh. hahaha. masuk dalam bilik, ada tuala tak terbasuh lagi. nak tak nak, kena basuh tuala tu dan kena sebagai pakejnya kena jemur kain sekali. KALI NI ADIK2 AKU SELAMAT. nanti petang tugas korang ye amek kain kat ampaian ye~~ wuwuw
guna cara TRADISIONAL basuh tuala. layan~
tengok dalam mesin basuh, ah!! ada lagi kain yang belum dikeringkan. telefon umi, umi suruh keringkan. (-_-). sah2 kena jemur. takpelah demi umi. tengok mesin basuh. dah lama tak guna. tak tahu nak tekan button mana. fikir punya fikir, tekan je butang "on" pastu "dry". HIDUP!!!. ingat lagi step2 dia.

pastu part yang paling tak suka, sidai kain. "SKILL" ni telah di ajar oleh kakak penulis. katanya nak sidai kain kena ada seni. --duh-- sidai jelah. katanya lagi, kalau tak sistematik, nanti mak mentua ak berkenan. --itu kerja perempuan-- nak tergelak bila dia cakap macam tu. dia cakap kalau nak sidai kena ikut spesies dia. kalau kain pelikat dengan kain pelikat, seluar dgn seluar je, tak boleh campur seluar dengan baju. sampai sekarang ingat nasihat kakak. hahaha. baik kakak.

tugasan menyidai kain dilaksanakan dengan begitu cemerlang sekali.

pastu tugas mengemas barang bermula. masuk bilik keluar bilik. penat2.

buktinya disini, lelaki pun boleh buat kerja.

okaip

ilaliqa'

salam alaik

Monday, March 15, 2010

.: antara dua darjat :.

salam alaik.

-mendapat kritikan yg hebat disebabkan oleh post2 yang terdahulu

munirah syakirah: sher semakin jiwang

najibah kazmin: "beremosi"

hannan: ado gewe kow loni?

faqih: my love equal to?

farabi: yes my dear...

sengaja menulis post sedemikian. bukan sudah dilamun cinta atau sudah berpunya tetapi saya sekadar menulis. mungkin tema tersebut lebih dekat dengan jiwa. tidak mengapalah. masing2 ada pendapat. kali ni sudah tidak ada cintan cintun. SERIUS ok?

waktu tengahari, dalam perjalanan ke mc'd dan balik ke rumah

farisham: sapo mari seminar takdi?

adik: ustazah dari MRSM "bitara". tok sedak eh. kecek jah. tok explain pn gapo hok
ado kat slide. boring.

farisham: tersenyum. MRSM dan sekolah biasa.terus berfikir

adik saya mengambil jurusan sastera dan bakal menduduki SPM pada tahun ini. bersekolah di sekolah menengah harian yang biasa2 sahaja pencapaiannya dan daripada biasa2 pencapaiannya itulah, sekolah tersebut mengambil inisiatif untuk membuat seminar di awal tahun supaya calon-calonnya dpt meningkatkan prestasi sekolah. guru2 yg berpangkat SUPER dijemput untuk memberi ceramah. namun persoalan saya, adakah perlu seorang guru yang mengajar disebuah sekolah yg terkenal dengan kecerdikan pelajar-pelajarnya memberi ilmu kepada sekolah yg murid-muridnya yang biasa2 shj pencapaiannya seperti dia mengajar sekolahnya? atau dengan bahasa yang lebih mudah cara dia mengajar tidak ubah seperti dia mengajar disekolahnya walapun si pendengrnya mempunyai IQ yg jauh bedanya.

sebagai contoh, corak pembelajaran dan pengajaran di MRSM, SBP, SEKOLAH ELIT, SEKOLAH HARIAN, SEKOLAH LUAR BANDAR agar berbeza kerana masing2 mempunyai pelajar yang tahap kecerdasan akal yang pelbagai. bagi saya apabila kita menyampaikan sesuatu, yang paling penting audien. kita harus memastikan audien kita memahami apa yang perlu kita sampaikan. inilah pentingya ASIMILASI dan perlu ketepikan ORIGINALITI. kita tidak boleh pentingkan diri sendiri. hal ini demikian kerana, audien kita pelbagai. sebagai contoh seminar tadi. andai kata guru tersebut meneruskan corak penyampaian seperti disekolahnya, ini semestinya mengundang kebosanan para pelajar. corak pemikiran pelajar dan P&P sekolah yang diberi ceramah itu agak berlainan dengan sekolah asal guru tersebut. (perbandingan ini dilakukan antara guru dari MRSM dgn sekolah adik penulis). bukan hendak menghentam guru2 MRSM, namun sekadar perkongsian.penulis amat takut andai ilmu yang nak disampaikan itu langsung tidak sampai dan seterusnya tidak dapat diaplikasikan.

oleh itu yang paling penting bagi sayam tgk audien kita. andai org tua audien kita, gunakan bahasa yang mudah dan lebih dekat dengan mereka. andai pelajar yang biasa2 sahaja pelajarnya, corak pengajaran haruslah kena dengan pelajarnya.yang paling penting, ilmu yang hendak disampaikan, sampai kepada pendengar. tidak ada guna kita bercakap dengan perkataan-perkataan "bombastic" namun sedikit pun ilmunya tidak sampai. kalau murid tertidur disebabkan corak penyampaian kita, siapa yang patut dipersalahkan? murid yang cukup tidur @ guru yng tidak pandai "tackle" murid?

pelajar mrsm, jgn ambil hati ek. sy hanya mengambil contoh sahaja kerana corak P&P sekolah kalian mantap justeru dibuat perbandingan supaya mudah nampak.

nak tulis benda lain jadi benda lain.
salam alaik

Sunday, March 14, 2010

.: the beauty of a woman :.

the beauty of a woman
is not in the clothes that she wears
the figure that she carries
or the way she combs her hair
the beauty of a woman
must be seen through her eyes
because that is the doorway to her heart
the place where loves resides

the beauty of a woman
is not in the facial mole
but true beauty in a woman
is reflected in her soul

it is the caring that she lovingly gives
the passion that she shows
and the beauty of a woman
with passing years only gives

Friday, March 12, 2010

.: CINTA SAINTIFIK :.

sayangku,
masihkah kau ingat?,
sinar cinta kita bermula seawal TRIMESTER dalam ENDOMETRIUM bonda
tika itu
cintaku padamu sudah berputik
umpama kembangnya mawar dipagi hari
tatkala aku dilahirkan
dengan degupan 70 BEAT per MIN
cintaku padamu bertambah kuat
sekuat OXYGENATED BLOOD yang mengalir
dari AORTA, melalui segenap SYSTEMIC CIRCULATION mahupun
seluruh badan
cintaku sekuat 120/80 SYSTOLIC/DISYSTOLIC PRESSURE dengan SPYGMOMANOMETER
begitulah kuatnya cinta ku padamu

sayangku
saat kita membesar
melewati GROWTH CURVE bagi seorang manusia
riang gembira tanpa perlu melalui proses MOLTING
masihkah kau ingat?
mata kita saling bertemu
wujudnya ATTRACTION FORCE umpama tarikan NORTH POLE dan SOUTH POLE
hati mula bersatu
indahnya saat itu
waktu seolah-olah terheti
air seolah berhenti mengalir
bayu seolah berhenti menghembus
indahnya saat itu
sayangku
aku cinta padamu
cintaku padamu umpama J-CURVE yang memuncak tinggi
seindah dichotomous key
siti spirogyra, nur spirochetes, mohd amoeba
comel bukan nama anak-anak kita??

TETAPI!!!
kehadiran MATEMATikus mengubah segala-galanya
cinta kita diserang dengan graf2 POLYNOMIAL
cinta kita ditetak dengan peluru LOGARITHM!
tiap detik
mataku bercucuran
tangan ditadah mohon diberi kekuatan
namun
kau tetap disisi
menemaniku
terima kasih sayangku

hilangnya matemaTIKUS itu
membuatkan cinta kita semakin utuh
menghasilkan PERCENTAGE YIELD yang tinggi
hubungan kita erat bertambah umpama tarikan electron dalam 1st orbital dengan nucleus
sekuat tarikan HYDROGEN BOND
seutuh VAN DER WALL FORCE
sekejap COVALENT BOND

namun,
kehadiran orang ketiga
menggetarkan kembali cinta kita
F=ma, W=Fd meranapkan istana cinta kita
peluru formula dilepaskan bertubi-tubi
ikatan cinta itu seakan putus
namun
cinta kita tetap utuh
tidak seperti LENZ LAW yang saling menentang
cinta kita umapa 1st order,
berkadar terus, semakin kuat cintamu
semakin kuatlah getar cintaku padamu
sayangku
kita terus melewati hari-hari bahagia
umpama PHENOL bertemu dengan DIAZONIUM SALT menghasilkan warna-warna mega
umpama PHENOL dengan FERUM TRICHLORIDE,menghasilkan VIOLET BLUE
warna kesukaanmu

sayangku,
percayalah cintaku padamu tetap utuh
tidak akan beralih arah seperti POTTASIUM PERMANGANATE REDUCED OTHER COMPOUND
cintaku tidak perlu diukur dengan BURETTE untuk KETEPATAN
mahupun PIPETTE untuk KEJITUAN
cintaku hanya untukmu
belah dadaku dengan SCALPLE
dihatiku hanya ada kamu
sayangku
.: my heart is just for you :.

Wednesday, March 10, 2010

.: resipi cinta :.

sham: soalan panas. najibah tak nak kawen ke?

najibah: no komen.(bajet selebriti)

nak tergelak bila najibah 'reply' sedemikian. MEMANG SELEBRITI.

blog munirah syakirah

do you have a BF or GF?
hmmm.nope ^_^

nak tergelak jugak. BIARLAH RAHSIA.

masing2 bila dah meningkat umurnya, asyik fikir nak kahwin. tambahan pulak, uiam menggalakkan kahwin awal-kata seorang teman-(YAHOOOOOOOOOOO!!!!)

tapi nak berkahwin atau bercinta, mestila ada resipinya. analogi yang cukup mudah. nak buat nasi goreng tapi takde nasi. sah2 takkan jadi nasi goreng. begitu juga dengan bercinta. main hentam saja. asal jumpa dahi licin sikit sapu. asal jumpa MUKA MACAM MAMAT KOREA meleleh air liur. mamat korea yang tak basuh berak tu jugaklah berkenan. apa nak jadi dengan orang melayu~~.haish

jadi apa resepinya??

resipinya; amik irfan, potong dadu pastu goreng.(n_n.letak garam sikit.cicah dengan rojak mak bee~~
sori yek epan.

CINTA SEJATI ITU MENYEMBUHKAN BUKAN MENYAKITKAN.

dari ibnu athaillah;

"la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz'ijun aw syauqun muqliqun"

maksudnya:
"tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan kepada dunia melainkan rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan hati atau rindu pada ALLAH yang membuatkan hati merana"

allahuakbar. pernahkan wujud perasaan demikian dalam hati kita? rindunya pada allah sehinggakan hati merana? cuba kita bayangkan. rindu pada kekasih kita. kalau si pujaan hati tidak telefon dalam sehari, sudah tak senang duduk. duduk sebelah ni tak kena, sebelah sana tak kena, resah gelisah semua ada. tapi adakah perasaan itu wujud pada diri kita.(ni pun merupakan nasihat pada penulis). tidak ada perkara lain yang boleh menghilangkan rasa cinta pada duniawi melainkan rasa cinta pada allah dan perasaan ingin bertemu kepadanya.

bagaimana hendak mendapat cinta yang abadi?. dalam ayat diatas tu pun dah beritahu

pertama: keperluan untuk ada cinta pada allah yang amat luar biasa. apabila disebut nama allah, hatinya bergetar. perasaan takut itu wujud. yang ada dihatinya hanya ALLAH azzawajalla sehinggakan yang lain itu sudah menjadi tidak signifikan.

kedua: rindu pada ALLAH yang amat sehinggakan hati kalian merana.jika kita merana rindu pada allah, gerenti kita takkan rindu pada yang lain. allahuakbar. ( susah nak dapat rindu seperti ini).

andai kata "resipi" ini tiada, sebab itulah hati kita senang dijajah oleh cinta pada duniawi. i cinta you, you cinta i.kan?.

best ke bercinta??

(post ini ditulis sebagai peringatan kepada penulis juga)
sukar untuk mendapatkan perasaan cinta dan rindu seperti demikian.

dipetik dari
KETIKA CINTA BERTASBIH episod satu
m/s : 403-404

cinta, ai, love...

Wednesday, March 3, 2010

.: MARI BERPANTUN :.

sirih bertepuk pinang menari
sirih datang dari mutiara
assalamualaikum salam diberi
awal bismillah pemuka bicara

nama diberi muhammad farisham
berasal dari negeri kelantan
tidaklah kacak tapi bolehla tahan
hamba datang membawa gurauan

kita bermula dengan presiden medcy
'abdul muntaqim nama diberi
bekas roomate semasa di UKC
selalu menghilang tatkala dinihari

masitah salihah nama diberi
VP medcy jawatan diberi
mukanya garang tapi baik hati
selalu berkepit dengan amalina zaharani

muhammad irfan empunya badan
orangnya comel sihat badannya
bola keranjang sukan kegemaran
kalau cakap pasal kereta,tak ingat dunia

tiba pula amalina zaharani
berasal dari bandar baru bangi
orangnya kecoh IQnya tinggi
bab shopping dia terror sekali

lutfi arbain pelajar sexy
tapi sayang jerawat penuh dimuka
sudah berpunya si jantung hati
di US sana duduk bertapa

ahmad al farabi empunya badan
orangnya tinggi bolehla tahan
pandai masak tapi kuat makan
tapi badan kurus macam papan

tiba pula gadis pilihan
najibah kazmin empunya gerangan
cepat "blur" bila bagi arahan
tapi takpe kami sudah faham

munirah syakirah nama diberi
berasal dari negeri kedah
bila bercakap kalah perdana menteri
takde siapa boleh mencelah

tiba pula si ahmad farhan
orangnya tampan macam shah rukh khan
bola sepak sukan kegemaran
mat jambu nama panggilan

mohd sharafuddin empunya badan
sangat bersemangat bila bersukan
semua jenis sukan dia layan
tapi sayang selalu KEMALANGAN

farah izzati nama diberi
berasal dari negeri pahang
kak pah teman sejati
laman facebook tempat berjuang

sharifah nurul ain blogger cemerlang
sekali baca terus melekat
setiap hari pergi ke ladang
hai kak pah, takkan tak penat??

raja syahmi nama kad pengenalan
gafar nama timangan
katanya sudah ada yang berkenan
cubalah teka siapa gerangan

artis korea paling diminati
semua lagu sudah diingati
itulah julia nama diberi
anchor medcy yang paling disayangi

faqihuddin sahabat sejati
orangnya ramah baik sekali
sangatlah pandai tidak terperi
masih solo mencari isteri

masermi keturunan jawa
di ampang duduk bertapa
badrulsyam pasangan setia
selalu berkepit tak kira masa

nurul hakimah pelajar berdedikasi
buat kerja cermat sekali
tapi sayang sudah dimiliki
pelajar cfs jua pilihan dihati

sekian sahaja seloka hamba
sekadar menulis mengisi masa
maafkan hamba andai terasa
ini adalah gurauan semata-mata

selasa
3/3/2010
10pm-11pm