salam alaik.
-mendapat kritikan yg hebat disebabkan oleh post2 yang terdahulu
munirah syakirah: sher semakin jiwang
najibah kazmin: "beremosi"
hannan: ado gewe kow loni?
faqih: my love equal to?
farabi: yes my dear...
sengaja menulis post sedemikian. bukan sudah dilamun cinta atau sudah berpunya tetapi saya sekadar menulis. mungkin tema tersebut lebih dekat dengan jiwa. tidak mengapalah. masing2 ada pendapat. kali ni sudah tidak ada cintan cintun. SERIUS ok?
waktu tengahari, dalam perjalanan ke mc'd dan balik ke rumah
farisham: sapo mari seminar takdi?
adik: ustazah dari MRSM "bitara". tok sedak eh. kecek jah. tok explain pn gapo hok
ado kat slide. boring.
farisham: tersenyum. MRSM dan sekolah biasa.terus berfikir
adik saya mengambil jurusan sastera dan bakal menduduki SPM pada tahun ini. bersekolah di sekolah menengah harian yang biasa2 sahaja pencapaiannya dan daripada biasa2 pencapaiannya itulah, sekolah tersebut mengambil inisiatif untuk membuat seminar di awal tahun supaya calon-calonnya dpt meningkatkan prestasi sekolah. guru2 yg berpangkat SUPER dijemput untuk memberi ceramah. namun persoalan saya, adakah perlu seorang guru yang mengajar disebuah sekolah yg terkenal dengan kecerdikan pelajar-pelajarnya memberi ilmu kepada sekolah yg murid-muridnya yang biasa2 shj pencapaiannya seperti dia mengajar sekolahnya? atau dengan bahasa yang lebih mudah cara dia mengajar tidak ubah seperti dia mengajar disekolahnya walapun si pendengrnya mempunyai IQ yg jauh bedanya.
sebagai contoh, corak pembelajaran dan pengajaran di MRSM, SBP, SEKOLAH ELIT, SEKOLAH HARIAN, SEKOLAH LUAR BANDAR agar berbeza kerana masing2 mempunyai pelajar yang tahap kecerdasan akal yang pelbagai. bagi saya apabila kita menyampaikan sesuatu, yang paling penting audien. kita harus memastikan audien kita memahami apa yang perlu kita sampaikan. inilah pentingya ASIMILASI dan perlu ketepikan ORIGINALITI. kita tidak boleh pentingkan diri sendiri. hal ini demikian kerana, audien kita pelbagai. sebagai contoh seminar tadi. andai kata guru tersebut meneruskan corak penyampaian seperti disekolahnya, ini semestinya mengundang kebosanan para pelajar. corak pemikiran pelajar dan P&P sekolah yang diberi ceramah itu agak berlainan dengan sekolah asal guru tersebut. (perbandingan ini dilakukan antara guru dari MRSM dgn sekolah adik penulis). bukan hendak menghentam guru2 MRSM, namun sekadar perkongsian.penulis amat takut andai ilmu yang nak disampaikan itu langsung tidak sampai dan seterusnya tidak dapat diaplikasikan.
oleh itu yang paling penting bagi sayam tgk audien kita. andai org tua audien kita, gunakan bahasa yang mudah dan lebih dekat dengan mereka. andai pelajar yang biasa2 sahaja pelajarnya, corak pengajaran haruslah kena dengan pelajarnya.yang paling penting, ilmu yang hendak disampaikan, sampai kepada pendengar. tidak ada guna kita bercakap dengan perkataan-perkataan "bombastic" namun sedikit pun ilmunya tidak sampai. kalau murid tertidur disebabkan corak penyampaian kita, siapa yang patut dipersalahkan? murid yang cukup tidur @ guru yng tidak pandai "tackle" murid?
pelajar mrsm, jgn ambil hati ek. sy hanya mengambil contoh sahaja kerana corak P&P sekolah kalian mantap justeru dibuat perbandingan supaya mudah nampak.
nak tulis benda lain jadi benda lain.
salam alaik
2 comments:
gud post!
huhuhuh~~but actually post pe pownb kau wat aku akan bg komen...ahaks!
yup~ape yg kau ckp tuh btol..n bukan senang nak jadi cikgu...
dan guru yg baik adalah guru yg buat anak muridnya ingt apa yg dia ajar...
dan bukan semua org boleh jadi cikgu,bukan semua org boleh jadi doktor,bukan semua org boleh jadi jururawat,bukan semua org boleh jadi engineer...
ini sebabnya bila kita sudah ada pada landasan kita kita jgn lihat benda lain dan terus fokus dengan apa yg kita perlu lakukan..
contohnya:cikgu
cikgu harus ambil cakna dengan jenis yg ada pada anak2 murid yg bakal dia hadapi...
maknanya guru yg penulis blog ini ceritakan masih lg belum ada pengalaman yg dengan pelajar jenis itu..maknanya dia masih blajar..x boleh salahkan dia...
doktor dan jururawat pula:
kena tau mendekati pelabagai jenis manusia yg dtg..
takkan dengan org kampung dia nak tya dengan terma2 seperti allergic (org kampung ckp merah atau alah),muscle cramp ( kejang urat)..?atau dengan org yg buta pekak dan bisu..??bagaimana nak ckp dengan org2 begini..???sudah bersediakah kita..???
well,tq kepada penulis ini..munirah syakirah sedar betapa munirah syakirah perlu ambil tahu apa yg bakal munirah syakirah hadapi sebelum bekerja nanti..siapa yg bakal diri ini berjumpa..dan siapa yg bakal munirah syakirah berkomunikasi...^_^..tq
hehehehehe.
tq munirah syakirah. cuak andai kata adik tidak dapat apa yg disampaikan. kesian kat dia dtg penat2 tapi akhirnya tak semua dapat. betul tak boleh salahkan cikgu tersebut, tp bagi penulis seorang cikgu haruslah peka dengan persekitarannnya. hehehe.
Post a Comment