assalamualaikum
siapa hercules? tentu kalian membayangkan ianya seorang LELAKI yang berpakaian ala-ala selendang yang tak cukup kain dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. adakah? rambut blonde, lengan yang terbentuk "musclenya" dan sangat kuat orangnya.
adakah saya ingin bercerita tentang hercules? oh tidak. itu hanya metafora. agak lama saya mencari ilham apakah yang patut saya tulis. jenuh fikir. tak datang-datang. lagipun saya bukan seorang penulis. PERASAN MENJADI SEORANG PENULIS ADALAH. idea ini tercetus selepas tangan saya asyik menekan punat "remote" televisyen. tiada cerita yang best. tekan punya tekan saya tertengok satu rancangan bual bicara di tv 1, ala-ala rancangan oprah winfrey tapi oprah lagi best. saya tak nak beritahu anda cari sendiri. saya hanya tengok+dengar dengan acuh tak acuh. bosan. tapi apa yang saya dapat tangkap PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG SUKAR DAPAT JODOH KERANA RAMAI LELAKI YANG TIDAK BERKUALITI. pandangan yang sangat clishe.
saya rasa acap kali kalian mendengar kata-kata ini
"perempuan ramai diuniversiti, LELAKI ramai di pusat SERENTI".
jika kita tenung kembali, wanita pada zaman dahulu, tempatnya hanya dirumah. beranak, memasak, jaga rumah. lelaki keluar bekerja dan mencari nafkah. namun bila zaman berubah, berlakulah reformasi dalam kalangan golongan wanita sehingga mewujudkan golongan feminisme yang entah apa-apa. namun itu bukan persoalan yang saya ingin utarakan. apa yang saya ingin utarakan adalah bagaimana golongan wanita ini mempunyai kesedaran bahawa mereka layak mendapat hak yang sewjarnya. bukan hanya menghitamkan muka dengan meniup arang didapur. anda boleh lihat bagaimana pesatnya pembangunan golongan wanita ini. kenapa mereka boleh menbangunkan dan memperkasakan diri mereka sendiri? KERANA MEREKA MEMPUNYAI KESEDARAN DALAM DIRI MEREKA. mereka sedar mereka perlu berubah. mereka mempunyai satu "desire" yang kuat sehinggakan mereka boleh melakukan apa yang mustahil untuk dilakukan oleh mereka sebelum ini.
yang lelaki? terus hanyut,ego dengan kekuatan yang tidak berapa nak ada. seorang pernah berkata:
"perempuan ni tak adalah pandai sangat. tapi mereka rajin. sebab tu boleh berjaya"
"lelaki pandai cuma malas"
saya hanya tersenyum sinis. saya berikan satu analogi (tak tahu betul atau tidak). kalau kita beli kapak. tajam bilahnya. lepas tu kita simpan, langsung tak guna kapak tersebut. adakah ketajaman bilah kapak itu akan kekal? TIDAK!.
samalah dengan situasi kita pada hari ini. kalau bajet kita ni pandai tapi malas, buat apa. allah hendak kita berusaha. tipulah kita boleh pandai tanpa berusaha. GENIUS IS AN EXCEPTION. even the genius one need to be taught the concept first then he or she can elaborate it. genius pun kena pergi ke sekolah. kita kena sedar. kita perlu mempunyai kesedaran diri. bukan setakat YAKIN golongan lelaki ni pandai dan terus tak perlu berusaha. silap sungguh mentaliti itu.
golongan lelaki terlalu perasan yang mereka ini hebat bla bla bla~ . ingatlah wahai kaum adam, kamulah ketua keluarga, kamulah ayah, kamulah suami. hanya kepada kamu seorang isteri bergantung. kamulah pelindung. sedarlah wahai jiwa-jiwa hercules.
saya bukan bertindak tidak adil. cuma saya malu melihatkan golongan lelaki pada masa kini. bagaimana kita mahu membina empayar islam andai kita tiada kesedaran diri?
"hero tok gaduh". it is not like that. peluang hanya datang sekali. appreciate in everything that comes into your life. allah mahukan kita lakukan yang terbaek dalam apa jua kita lakukan. bukan hanya sekadar lepas batuk ditangga.
harus diingatkan saya bukan menghentam kaum adam. cuma saya mahu kalian sedar apa yang telah kalian lakukan. oleh itu, mudah-mudahan kalian boleh melakukan satu reformasi menjadi seorang lelaki muslim.
LELAKI BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.
siapakah lelaki yang baik? contohilah nabi muhammad. kerana apa? kerana dia qudwah hasanah. nilai diri anda. andai anda mahu mendapat isteri seperti khadijah, contohilah nabi muhammad.
andai mahu isteri seperti britney spears? anda tahu apakah jalannya.
wallahuallam
bangkitlah wahai pemuda islam.
2 comments:
farisyei, ponder this
"arrijalu qowwamiina alannisa"
utk mndpt spouse yg soleh dan solehah,
bermula dgn kt mensolehkan diri kt sndiri dahulu!!!
mari menjadi soleh!!!!
p/s farishei, klu akak nk yg ad janggut cantik, xdela akak kna ad janggut cntik kan??hehehehe
farishei, "woman in black"...
so, be in black!!!huhuu
sebab tu saya suruh golongan adam bangkit. sedar dari mimpi. jadi lelaki soleh. soleh seperti nabi. baru dapat isteri solehah seperti khadijah.
Post a Comment