assalamualaikum
pernah anda tak anda rasakan begini?
walaupun ianya nasi goreng biasa tetapi disebabkan ia masakan ibu anda, nikmatnya begitu lain.
pernahkan?
setelah 7 minggu asyik makan masakan kedai, yang penuh monosodium glutamate, akhirnya air tangan ibu yang dirindui dapat dirasa.
bestkan makan? :P
itu cerita penulis.
ini cerita kakak penulis.
baru sahaja mendapat kerja sebagai guru pra-sekolah. mengajar subjek agama islam.
tempat: children islamic center
SITUASI PERTAMA, TAARUF
pengetua: ok, hari ni ada cikgu baru yang akan mengajar. nama dia cikgu fuzi. cikgu apa?
student: CIKGU KUZI!!!!!!!
SITUASI KEDUA, P&P
student: cikgu puding, cikgu puding
cikgu fuzi: haish, bukan puding la, teacher FUZI
student: ooo. teacher fuzi
SITUASI KETIGA, P&P
cikgu fuzi(menulis di papan putih): AIR TRANSPORTATION
student: air(water)
cikgu fuzi: bukan air, ni bahasa inggeris, air, pengangkutan udara. siapa boleh nyatakan apa itu
air transportation?
semua students: SAMPAN!!!!!!!
cerita ini semuanya benar. seronokkan? dunia kanak-kanak ialah dunia tanpa sempadan. bagi mereka, tiada apa yang mustahil. mana tahu suatu hari nanti, sampan boleh jadi pengangkutan udara? bagi mereka, dunia ini penuh warna warni. lembu tak semestinya coklat, pokok tak semestinya hijau dan air tak semestinya biru.
dulu bila ada pertandingan mewarna, penulis selalu akan bagi kertas lukisan kepada adik bongsu penulis. kerana apa? kerana budak kecil mereka kreatif. mereka sangat imaginatif.
bila kita fikir balik, semakin meningkat usia, pemikiran kita semakin tidak imaginatif. kita lebih serius, lebih "complicated" , abstrak.
jadi, untuk hidup lebih ceria, jadilah macam kanak-kanak + dewasa. imaginatif+serius.
wallahualam.
2 comments:
Ye, macam Farisyer! :D
like me? hahaha. stalking on my blog
Post a Comment