Friday, July 29, 2011

a short message from him



1 am
msg masuk
nombor tak dikenali
mode: tak boleh tidur gara-gara secawan kopi
-----------------------------

tgh study d malam hari and my friend mengeluh, dah 28/7. and i was like, oh. Msia dh 29/7 kan? suddenly i remembered it's time for your birthday, my best friend

happy birthday sham. i know you sorok your birth date dkat fb, but i can still remember tarikh tu la. badan dah tua, tp memori xkan padam.

penulis tersenyum lebar dalam sunyi gelap malam. dah boleh agak siapa empunya cuma ada sedikit keraguan. tapi tekaan penulis memang tepat. sahabat sekolah menengah yang sudah lama tak berjumpa. berada jauh nun di india.perubatan.

terima kasih sangat2.


being blessed by Allah to have a great friend by your side is one of the greatest blessings by him. Alhamdulillah. I am praying for him that he can pass his coming PRO EXAM with flying colours.


--------------------------
suddenly, i heard voices outside of my room and it is already 2 am. and that will be another story.

thank you to all my friends for all the wishes.

happy birthday~

salam alaik

p/s. i didnt paraphrase the msg that had been sent by my best friend. :D

Monday, July 18, 2011

edisi kad raya

assalamualaikum.

penulis sangat excited bila abang posmen dengan motor laju datang rumah dan bawa surat. lebih-lebih lagi kalau salah satu surat itu milik penulis. berdebar-debar. siapalah agaknya yang ingat akan kita. ye dak? seingat penulis lepas spm diumumkan merupakan antara masa-masa yang paling best. sebab apa? hampir setiap hari ada sahaja surat untu penulis. hahaha. kolej itu la, kolej ini lah. jpa. uia. matrik. utp. hehehe. bila dapat je surat, dengan rakusnya dibukak. paling menyeksakan ialah menunggu surat tawaran dari jpa. 2 minggu sebelum mendaftarkan diri dekat uia. tapi akhirnya memilih untuk ke uia.

selain masa lepas spm, waktu hampir raya adalah masa yang paling dinantikan. apa lagi? KAD RAYA LAH. walaupun tak banyak kad-kad raya tersebut, penulis masih lagi menyimpannya sampai sekarang. ada yang 7 tahun lama. masih lagi dalam keadaan elok. bagi penulis, itu tandanya orang mengingati kita. jadi, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. namun, kita haruslah memulakan dulu. kita hantarlah kad-kad raya itu kepada kawan-kawan kita dulu. untuk menerima kita harus memberi dahulu. kan? kita sembahyang, kita akan dapat pahala. formula yang simple.



koleksi kad raya



sampul surat?


the book of addresses





itu cerita dulu. sekarang susah sangat nak dapat kad raya. mungkin masing-masing sibuk. tak sempat nak mengarang panjang-panjang. the fastest way is by sending sms. fast, cheap and reliable. isnt't it?

wallahuallam

assalamualaikum.

p/s. jangan asyik fikir raya. puasa dulu yek.!

Monday, July 4, 2011

dinar emas


ini sebuah cerita lama. karangan Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya' Ulumuddin.

ada seorang lelaki. dia mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai disebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.

dipertengahan jalan, dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak putus asa. lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki tersebut.

Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. syaitan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki otu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu. lelaki soleh itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah,

Esok pagi, bangun sahaja dari tidur, didapatinya ada sekeping emas dibawah bantal. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Dinar emas tersedia dibawah bantalnya. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan sudah mula menipu.

Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mencapai kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan menyamar sebagai lelaki sekali lagi dan menghalangnya. maka berlakulah pergelutan sekali lagi. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dia bangun dan mencubanya sekali lagi dan tetap kalah. Dicubanya buat kali ketiga, dia tetap kalah.

lelaki soleh itu bertanya,

kenapa dia kalah atau adakah lawannya semakin gagah?

syaitan menjawab,

"ENGKAU KALAH KALI INI KERANA NIATMU UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN BUKAN KERANA ALLAH TETAPI KERANA DINAR EMAS"

fikir-fikirkan. :P

dipetik dari buku,
BEDUK DIKETUK
PAHROL MOHD JUOI.