Monday, July 4, 2011

dinar emas


ini sebuah cerita lama. karangan Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya' Ulumuddin.

ada seorang lelaki. dia mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai disebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.

dipertengahan jalan, dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak putus asa. lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki tersebut.

Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. syaitan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki otu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu. lelaki soleh itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah,

Esok pagi, bangun sahaja dari tidur, didapatinya ada sekeping emas dibawah bantal. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Dinar emas tersedia dibawah bantalnya. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan sudah mula menipu.

Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mencapai kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan menyamar sebagai lelaki sekali lagi dan menghalangnya. maka berlakulah pergelutan sekali lagi. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dia bangun dan mencubanya sekali lagi dan tetap kalah. Dicubanya buat kali ketiga, dia tetap kalah.

lelaki soleh itu bertanya,

kenapa dia kalah atau adakah lawannya semakin gagah?

syaitan menjawab,

"ENGKAU KALAH KALI INI KERANA NIATMU UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN BUKAN KERANA ALLAH TETAPI KERANA DINAR EMAS"

fikir-fikirkan. :P

dipetik dari buku,
BEDUK DIKETUK
PAHROL MOHD JUOI.

5 comments:

Nad Izza said...

Baiklah2... Jom beli emas.
(^_^)

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

jom melabur dlm perniagaan emas(x de kaitan)...:-)

sham moduLLus said...

Boleh wat kawen

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

bosan ar,asyik kawen je...banyak lg topik laen..:-)

sham moduLLus said...

setuju. jgn ckp selalu nanti jadi hambar.

emas, nilai dia selalu naik. so melaburlah dengan emas