Sunday, February 28, 2010

petaling jaya-subang jaya-kelantan

bismillahirrahmanirrahim.

segala puji bagi allah tuhan sekelian alam. sudah dua minggu aku cuti. tapi baru 3 hari di rumah. kenapa?? seminggu yang pertama cutiku hanya dihabiskan di petaling jaya dan subang jaya. yang paling memeritkan cuti ku kali ini diiringi dengan demam,selesema dan batuk yang agak teruk. mungkin sebab dah lama tak kena kot. terlupa hidung aku jugak berdarah. panas sgt. hehehhe

jom kita tgk apa yg telah aku buat pada minggu pertama cuti. exam terakhir berakhir pukul 11 pagi. balik bilik terus tak buat apa2. tido~~ tu pn tk dapat tido gak. si NU'man asyik sibuk kemaskan barang. bertebangan semua habuk. hidung aku sensintif. nanti "HACOOOO!!!!". si paan sibuk chatting dgn madam maziah. nak bodek madam. dapat markah lebih. hahaha. sharaf?? balik da~~~~ (nak bebel jap). sharaf tinggalkan segala harta pusakanya kepada aku dan paan. so aku dan paanla kena uruskan wasiat dan segala harta peninggalan beliau. byk betul!.

hari kedua cuti. tak buat apa2. tgk cerita korea. hahaha. tak tahula macam mana boleh minat dgn citer ni. hahahaha. next day, keluar pegi mid dengan budak2 engine. MEMANG SENGAL. aku n paan join je. mereka buat makan2 dengan madam diaorang. pasni dah tak jumpa dah. pastu main bowling. dua kali main. and both of the games won by MEDCY students. sape kah budak MEDCY tuh, rahsia. hahaha. kan org ckp bangga plak. 113 n 114 mata yg diperoleh. hari khamis umi dan abah sampai dari kelantan. nak angkut semua barang2 aku. penuh satu kereta. bukan kereta tapi 4 wheel drive. kot. ahahha. tak tahulah. bertolak kerumah mak cik di subang jaya. bertapa disana selama 2 hari. hari jumaat bertolak pulang. penatnye~~

aku yang demam+selesema+batuk banyak mendiamkan diri. cakap sikit batuk so the best thing is, close my eyes and sleep. sampai dirumah pukul 5. asar dah dijamak. kepala memang terasa berat. masuk bilik tido sampai pukul 7. hehehe. malam tu nasi langsung tak boleh sentuh. memang takda selera. segala pergerakan dilakukan dengan bantuan sisa glukosa yang tinggal. lumpuh satu badan. pernafasan aku tidak teratur. mcm org asthma la plak. hehehhe. hari sabtu. MENYOGHOK dengan nasi minyak bungkus. dua tiga suap, tangan ku berhenti. tak mampu ditelan. terpaksa dibuang begitu je. ubat terpaksa ditelan. tapi masih tak hilang-hilang. penat masih lagi terasa.

hari ni dah 6 hari aku demam. semakin bertambah baik. semalam hidung masih lagi berdarah. banyak pikir kot. hahaha. apa2 pn syukur pada allah kerana masih lagi memberi aku kekuatan untuk terus sujud kepada-NYA

ya ALLAH jadikan sakitku ini sebagai kafarah kepada dosa-dosa ku.
adios~~ tk larat nak hadap skrin desktop lama2.

salam alaik

Saturday, February 13, 2010

.:suka DUKA pagi hari:.

salam alaik.

time: 7 am
environment: sleepy n hot.

farisham: umi, (dgn nada memujuk n sedih) nak g rumah lecturer kahwin boleh tk?

umi: umi oyak dh haritu, jauh, bahaya. tak payah la g nyoh.

farisham : ----------a long pause------------

umi: berapa buah kereta?

farisham : 2 biji. (acuh tak acuh)

umi:org lain tak pergi. tk payahla pergi. hmmm

farisham : ---pause--- hmm

umi : tak payah la pegi deh.

farisham : hmm. takpolah. assalamualaikum.

as was i expected. i am trying to persuade my umi to let me go. but she loves me too much. (trying to console my small heart). my umi sometimes hardly let me go. she does not put 100% confidence in her children even they are big enough. ( sedih )

to all my friends, have a safe journey.

-farabi, i have wrote in english-
tungang terbalik. hehehe

salam alaik.

.:selamat pengantin baru:.

salam alaik.
segala puji bagi ALLAH rabb sekalian alam.

esok 14 feb. ada apa dengan 14 feb?? valentine?? ape kelas sambut valentine. dah lapuk. islam mana ada valentine. islam menganjurkan institusi perkahwinan. kahwin best ke? tak tahula. saya masih single. tak tahu bagaimana rasanya kahwin. siapa2 yg dah kahwin sila bagi pendapat ye. hehehe. :P

esok 14 februari 2010. selamat pengantin baru kepada miss nurul hidayati. since esok dia kahwin, so hari ni kena panggil miss lagi. esok baru panggil madam.:)
miss hidayati merupakan ex-lecturer biology 3 aku sem lepas. bio 3 ( genetics, taxonomy, biotech and enviromental biology)ni apa yg aku paham ttg bio 3. hehehe. kalau silap tolong betulkan. miss hidayati juga instructor bersama lab aku. instructor aku miss siti hajar. tapi disebabkan digabungkan dgn group lain, so terpaksalah tgk muka miss hidayati 7 jam seminggu. penat betol. setiap hari jumpa miss. hehehe. tapi miss tetap cool. best belajar dengan miss :P. bodek bermula.
kelas paling happpening ialah bio 3. asyik gelak je. hehe. ape2 pn esok miss dah jadi hak milik orang lain. dah bukan milik kami lagi.

selamat pengantin baru miss hidayati
shukran jazilan 'ala ilmu yg diberikan.

-kesian shake tak dapat pegi kenduri miss- (^_^)

salam alaik.

Wednesday, February 10, 2010

-semoga anda menjadi stepfather yang baik-

salam alaik.

temuduga nak masuk kulliyah perubatan ( KULLIYYAH OF MEDICINE (KOM)) dah selesai. malam sebelum temuduga tak buat preparation pun. hanya senaraikan soalan2 yang mungkin ditanya dan berbincang sesama kawan. alah, lecturer dari IMC(INDERA MAHKOTA CAMPUS @ UIA KUANTAN)je pun. bukan jpa ke ape. so rilek2 sudah. hehehe.

paginye bangun dengan muka monyok sebab tak cukup tido. terus bersiap dan terus ke ADMIN BUILDING. 8.15 am. bangga sampai awal. interview 8.30 am. tapi nama pun MELAYU, memang agak LAYU pergerakan event pada hari tuh. sape la PC ni. teruk betui. 830 am dah ramai doctor-to-be memenuhi ruang legar admin. semua handsome2. yang tak pernah masukkan baju dalam seluar tiba-tiba jadi kemas dan kacak. begitu HIPOKRITnya anda. 900 pagi segerombolan CROWS ZERO dengan beg hitam dtg. semua cuak. semua PSIKO je lebih.

interviewer aku dua orang lelaki. seorang handsome and sorang kurang handsome sikit. aku 3 yg terakhir dalam senarai nama pelajar. jenuh tunggu. matahari dah memuncak tinggi. pelajar berlegar2 di ruang admin menunggu giliran masing-masing. yg dah habis temuduga, keluar dgn muka selamba. masing2 cakap "DIAORG PSIKO!!". tu yang pasti. takkan tak nk provoke kot. tibe turn aku. 12.15 noon. penat aku tunggu. gel rambut dah cair. maskara dah hancur. liptik dah hilang. hehehe.
masuk2.

interviewer : explain about yourself. duh!!! common question je

farisham: bla..bla.. and i'm PURE kelantanese.

interviewer: why u must say pure?

farisham: (silap aku) beacause when i speak people always ask me where i come from.
and they dont believe that im a kelantanese. (POYO sgt jawapan)

interviewer: so assabiah. (nak tumbuk je rase. hello!!! the one that say assabiah, he
is the one that practising it)lolzZz

------------------------------dipendekkan cerita-------------------------------------

interviewer: what are the criteria that you have that make u qualified to be a doctor

farisham: there are 3 words that best describe me. I AM SEXY!!! hahaha (LELUCON)

the true is

farisham : hardworking,2nd tak ingat and good listener.

inteviewer: if u are a good listener, how you can help a woman that mengandung
anak luar nikah (SORI tak ingat term ape dia guna) tak faham pn. hentam
saja.

farisham: i will tell her not to abort it since islam doesnt allow women to practice
abortion. bla..bla..bla..

interviewer : if the woman ask you to be the father of her children, will you accept
it??

interviewer sorang lagi dah gelak

farisham : tertunduk and senyum. death question. gerak hati cakap "i will consider
consider it'. terus dengan senyum kambing, "I WILL CONSIDER IT'.

interviewer : gelak2. ok tq. be a good stepfather.

farisham : lolssss.

huh. ape punye soalan. ingatkan tanya pasal medic. tapi naseb baik. kalo tak pasti tak boleh jawab. pengetahuan ttg medic is zero,kosong,sifrun,null,yillek!. family aku tkde dalam bidang perubatan. kalau ade pn umi je. tu pun pembantu farmasi.

ape2 pn thank to the interviewer sebab aku hanya ditemuduga kurang daripada 10 minit. hehehe. penat sgt kot. sampai dah takde idea. hehehe

salam alaik~

Tuesday, February 9, 2010

.:ku simpan rinduku untukmu:.

bismillalhirrahmanirrahim.

segala puji bagi allah yg mengurniakn kenikmatan iman dan islam. alhamdulillah seraut puji bagi allah yg mengurniakan oksigen untuk aku terus bernafas tanpa membayar satu sen pun.
wah! sudah 2 bulan aku berkampung di pj. ada tu empat bulan tak balik. betol tak SHAKE?
sape suruh tak balik. malam-malam asyik telefon je. RINDU DATANG LAGI.hehehe

saya lelaki. orang kata lelaki tak 'macho bila menangis'. sape kata? habis kalau nak bertaubat tak leh la nak nangis?? nanti tak MACHO depan allah??? begitu?? jumudnya pemikiran manusia ZAMAN MODEN. -tazkirah pendek sikit-

back to the topic.
2 bulan setengah di bumi pj membuatkan rinduku pada rumah membuak2 umpama valva gunung berapi. tahun BAHARU cina semakin dekat. geng2 aku ade yg mahu balik. tak berbaloi. kejap je pun. dah bosan dgn makananan kat sini.

BRUNCH - E CAFE
DINNER - UKC (NASI LEMAK)

B O S A N! tapi kena bersyukur sebab nasib baik ada makanan. kalau KAK NONI UKC tak nak masak?? sape susah? student jugak kan? oleh itu kita hendaklah sentiasa bersyukur setiap masa.

rindu kepada UMI aku dah saturated dengan nilai Ksp yg begitu besar sekali. apabila dilarutkan boleh mencapai tahap solubility yg begitu tinggi. nak peluk umi je rase. tapi stil ada hamba allah yg 4 bulan tak balik. kan shake?? lutfi pon. huahahha setiap kali telefon dibuat, byk je berita2 baharu yg dapat. rindu kat adik2. kakak aku yg dah lama tak jumpa. dah lama tak dengar abah berleter pagi-pagi buta sebab anak dia lepas subuh tidur balik. kat sini lepas subuh tido takde org marah pn. disiplin takde. haish. rumate pn join sekaki. rinduku hanya untuk mereka :P (POYO)
untuk si DIA, ku tidak mampu untuk merindui mu kerana dirimu bukan milikku. -sigh-
ada hati lain yg memuja mu belum pn sempat aku memkhabarkan kepadanya.jiwang la plak
hahahha. jgn pikir pelik2.

akan ku simpan rindu ini sampai equivalence point dan mencapai pH yg tetinggi.

salam alaik
-asif jiddan post ini sangat tak ilmiah n banyak mengarut-
-mcam mencapub la plak-

salam~