"sujee ada hantar mesej".
kakak sulung penulis bersuara. memecahkan kesunyian dalam kereta. penulis sedang dalam perjalanan menghantar kakak penulis ke tempat kerja.
"mesej apa?". penulis masih mamai. tidak dapat menangkap apa yang kakak penulis maksudkan.
kakak bersuara buat kali kedua.
"sujee tulis, ingat tak 10 ramadhan?"
"10 ramadhan?" penulis bingung. "kenapa?"
kakak penulis meyambung.
"10 ramadhan setahun yang lepas, semua berkumpul di hospital."
-------------------------------------------------------------------------------
memori tersebut kembali bertandang. setahun yang lepas. penulis baru sahaja menjejakkan kaki ke fakulti perubatan, uiam. masih hijau lagi. sedang penulis berhempas pulas menyesuaikan diri ditempat baru, ada seorang insan sedang bertarung di hospital. arwah bapa saudara penulis.
hari tu hari jumaat. kebanyakan ahli keluarga penulis semua berada di hospital. kecuali penulis dan beberapa orang saudara yang lain.
penulis meminta kebenaran untuk pulang. namun kata umi, tak perlu. cuma kirimkan doa untuk arwah ayoh ngoh. penulis akur.
tengah hari hari jumaat, sebelum solat jumaat. kakak penulis telefon. ayoh ngoh dah pergi.
hanya sekeping gambar semasa dikafankan yang sempat penulis tatap.
moga-moga dia ditempatkan orang-orang yang soleh.
-------------------------------------------------------------------------
kakak menyambung bicara.
"arwah tok ayoh dulu mati sebelum pergi sembahyang jumaat"
penulis terus membisu. mamai sudah berkurang dek neuron-neuron yang bekerja memerah memori yang sudah setahun berlalu.
"bukan hari ni jari jadi faiz (adik penulis)" penulis menukar topik perbualan.
"ye lah, sekali dengan razin (sepupu penulis) . sama hari lahir dengan anwar ibrahim".
penulis hanya tersenyum.
"patutlah kakak penulis bercadang nak beli pizza. birthday aku hari tu takde buat apa-apa pun" getus penulis.
perbualan kami terhenti. kereta myvi putih terus meluncur dalam kesesakan jalan di kota bharu.
istighfar terus memenuhi sanubari.
selamat hari jadi buat adik bongsu penulis dan sepupu penulis. wakakaka~
ni bulan puasa. makanlah apa yang ada.
p/s; entri tentang arwah bapa saudara penulis, pernah penulis tulis dalam entri yang lepas. check it out!
setiap yang bernyawa itu pasti akan mati
No comments:
Post a Comment