Sunday, August 14, 2011

umpama mendaki bukit.

bismillahirrahmanirrahim.

15 ramadhan. sudah separuh kita mengharungi hari-hari di dalam bulan ramadhan. sekejap sahaja berlalu. fasa pertama iaitu rahmah sudah berakhir. moga-moga kita dilimpahi dengan rahmah dan barakah daripadah Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Dan sekarang kita sedang melewati fasa yang kedua, maghfirah atau keampunan. marilah sama-sama kita gandakan solat taubat kita agar kita diampunkan dan tidak menjadi seperti apa yang didoakan oleh jibrail dan nabi. Ingatlah Allah itu Maha pengampun. Dan seterusnya kita bakal memasuki fasa yang ketiga iaitu itqan min an-nar, pembebasan daripada api neraka. moga kita sama-sama diberi kekuatan oleh Allah taala untuk sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya dengan sebaik dan seikhlas mungkin. insya-Allah. amin.



ibadat puasa kita ini umpama mendaki bukit kan? ia ada tiga fasa.

fasa pertama: pendakian

fasa kedua : puncak

fasa ketiga : turun





FASA PERTAMA: PENDAKIAN

bagaimana agaknya masa kita hendak mula- mula mendaki? penat bukan? lelah. sakit. kejang otot. dan sebagainya. pelbagai masalah yang kita hadapi. begitulah kiranya pada permulaan puasa.(tidak bagi semua orang kot. yang kuat imannya lain cerita. :D) pada hari-hari pertama puasa pelbagai masalah timbul. susah, sakit perut, lapar, pening dan pelbagai "kesakitan" lain yang kita rasa. pada hari-hari pertama inilah kita asyik melihatkan jam di dinding. berapa jam lagi hendak berbuka. waktu dirasakan lambat. sesaat itu dirasakan lama. penulis sendri pernah terdetik di dalam hati "lambatnya nak berbuka". :D

namun apabila kita terus terusan melalui hari demi hari di dalam bulan ramadhan, setiap hari yang berikutnya menjadi lebih baik berbanding dengan hari yang sebelumnya. tetapi dengan syarat kita hendaklah lakukannya semata-mata kerana Allah ta'ala. sehinggakan pada suatu saat kita tidak merasa puasa itu sesuatu beban lagi. kita berterusan melalui setiap hari dalam bulan ramadhan dengan sebaik mungkin. insya-allah. sehinggalah kita tidak terasa yang kita sedang memasuki fasa yang kedua iaitu puncak dan bakal samapai ke kaki gunung.

FASA KEDUA & KETIGA : PUNCAK & TURUN

bagi penulis, kita sudah berada di puncak. hal ini demikian kerana selalunya puncak sebuah gunung atau bukit merupakan satu titik pertengahan di antara tempat pendakian dan tempat turun. dan apabila kita berada di puncak dan melihatkan tempat turun, apa yang kita rasa? semangat bukan?. Dan proses untuk "turun" itu dirasakan sekejap. setiap hari dirasakan semakin pantas. sekejap sahaja. hari ini 15 ramadhan esok sudah 16 ramadhan. hal ini demikian kerana kita sudah biasa dengan dugaan bulan puasa tersebut dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar memikirkan HARI RAYA yang bakal datang. benar hari raya itu merupakan hari kemenangan buat kita. namun kita usah alpa dalam mendatangi hari-hari terakhir ramadhan. LAILATUL-QADR. kita seharusnya menggunakan kelebihan yang ada pada kita : semangat dan perasan "kebiasaan" pada diri kita untuk gandakan ibadat kepada Allah ta'ala.

Penulis terfikir kenapa Allah menyembunyikan lail-al-qadr pada 10 akhir ramadhan. Ini kerana di akhir-akhir ramadhan, kita (termasuk penulis) lebih memikirkan tentang hari raya berbanding menambahkan ibadat kepada Allah. Dan Allah telah menurunkan rahmat dan barakah yang sangat banyak pada malam tersebut dan dirahsiakan bilakah waktunya supaya manusia sentiasa bersemangat untuk beribadat kepada allah.

bagi penulis ibadat kepada allah yang sangat penting. dapat bertemu dengan lail-al-qadar merupakan satu bonus. bukan tidak mahu. kita berusaha ke arah untuk mendapatkan malam itu namun segalanya terletak pada ketentuan Allah. yang penting usaha ke arah mendapatkan malam tersebut dahulu.

percayalah, sekiranya kita memberikan usaha kita sehabis baik semasa proses pendakian, semasa di puncak hatta semasa proses penurunan, di kaki bukit itu nanti kita akan rasa puas. kita akan rasa gembira. kerana apa? kerana kita telah lakukan yang terbaik.

itulah ganjaran yang Allah janjikan buat hamba-hambanya selepas ramadhan : TAQWA.

marilah kita sama-sama memperbaiki diri.

kalau ada salah silap. maaf ye.:P

wallahualam.

p/s: perumpamaan ni diberikan semasa tazkirah semasa solat tarawikh. :D.
pelik, bulan puasa banyak pulak benda nak di post.

lee chong wei kalah lagi~ tak tengok pun tak apa.

1 comment:

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

kalah bemaruah kot...tp still kecewa...