Sunday, August 28, 2011

kad undangan perkahwinan



assalamualaikum.

terkejut dan tergamam apabila sahabat sekolah rendah menghulurkan sepucuk surat. pelik. surat itu dibuka perlahan.

"undangan majlis perkahwinan S dan S"


mukanya ditatap. tidak percaya. di usia 21 tahun, bakal menjengah ke alam yang satu lagi. alam berkeluarga.

tidak percaya

siapa sangka, bekas ketua pengawas sekolah rendah yang pendiam, baik budi pekerti, perlahan percakapannya, dia yang akan kahwin dahulu.

penulis sempat berseloroh

"awal sangat kahwin"

namun jawapan yang diberikan olehnya membuatkan penulis berfikir

"kalau lambat-lambat, tua"

membuatkan penulis berfikir yang kita ini bukan akan menjadi muda tetapi semakin hari semakin tua. tiba-tiba sahaja perasaan takut tidak dapat jodoh awal menjalar di dalam hati. pelik.

dua tiga kali kad undangan perkahwinan sahabat penulis ditatap. TIDAK PERCAYA. namun kehadiran kad itu juga membuatkan penulis sedar bahawa penulis ini bukan remaja lagi tetapi sudah menginjak ke alam dewasa. tiba-tiba semangat nak kahwin menyala-nyala dalam diri.

sejujurnya penulis agak excited kerana barangkali dia merupakan yang pertama mengikat tali perkahwinan dalam kalangan kami dan yang paling penting di usia 21 tahun. anda mungkin tidak merasa kerana dia bukan orang yang dekat dengan kalian tapi bagi penulis, perasaannya lain semacam.


apa-apa pun, penulis mendoakan sahabat penulis dan pasangannya berbahagia sehingga ke anak cucu dan sentiasa berada dalam bi'ah solehah. amin.

ia sememangnya satu kejutan.

wallahuallam

assalamualaikum

p/s: kamera takdak bateri. tak boleh nak upload gamba kad kahwin tersebut.




Sunday, August 14, 2011

umpama mendaki bukit.

bismillahirrahmanirrahim.

15 ramadhan. sudah separuh kita mengharungi hari-hari di dalam bulan ramadhan. sekejap sahaja berlalu. fasa pertama iaitu rahmah sudah berakhir. moga-moga kita dilimpahi dengan rahmah dan barakah daripadah Allah, tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Dan sekarang kita sedang melewati fasa yang kedua, maghfirah atau keampunan. marilah sama-sama kita gandakan solat taubat kita agar kita diampunkan dan tidak menjadi seperti apa yang didoakan oleh jibrail dan nabi. Ingatlah Allah itu Maha pengampun. Dan seterusnya kita bakal memasuki fasa yang ketiga iaitu itqan min an-nar, pembebasan daripada api neraka. moga kita sama-sama diberi kekuatan oleh Allah taala untuk sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya dengan sebaik dan seikhlas mungkin. insya-Allah. amin.



ibadat puasa kita ini umpama mendaki bukit kan? ia ada tiga fasa.

fasa pertama: pendakian

fasa kedua : puncak

fasa ketiga : turun





FASA PERTAMA: PENDAKIAN

bagaimana agaknya masa kita hendak mula- mula mendaki? penat bukan? lelah. sakit. kejang otot. dan sebagainya. pelbagai masalah yang kita hadapi. begitulah kiranya pada permulaan puasa.(tidak bagi semua orang kot. yang kuat imannya lain cerita. :D) pada hari-hari pertama puasa pelbagai masalah timbul. susah, sakit perut, lapar, pening dan pelbagai "kesakitan" lain yang kita rasa. pada hari-hari pertama inilah kita asyik melihatkan jam di dinding. berapa jam lagi hendak berbuka. waktu dirasakan lambat. sesaat itu dirasakan lama. penulis sendri pernah terdetik di dalam hati "lambatnya nak berbuka". :D

namun apabila kita terus terusan melalui hari demi hari di dalam bulan ramadhan, setiap hari yang berikutnya menjadi lebih baik berbanding dengan hari yang sebelumnya. tetapi dengan syarat kita hendaklah lakukannya semata-mata kerana Allah ta'ala. sehinggakan pada suatu saat kita tidak merasa puasa itu sesuatu beban lagi. kita berterusan melalui setiap hari dalam bulan ramadhan dengan sebaik mungkin. insya-allah. sehinggalah kita tidak terasa yang kita sedang memasuki fasa yang kedua iaitu puncak dan bakal samapai ke kaki gunung.

FASA KEDUA & KETIGA : PUNCAK & TURUN

bagi penulis, kita sudah berada di puncak. hal ini demikian kerana selalunya puncak sebuah gunung atau bukit merupakan satu titik pertengahan di antara tempat pendakian dan tempat turun. dan apabila kita berada di puncak dan melihatkan tempat turun, apa yang kita rasa? semangat bukan?. Dan proses untuk "turun" itu dirasakan sekejap. setiap hari dirasakan semakin pantas. sekejap sahaja. hari ini 15 ramadhan esok sudah 16 ramadhan. hal ini demikian kerana kita sudah biasa dengan dugaan bulan puasa tersebut dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar memikirkan HARI RAYA yang bakal datang. benar hari raya itu merupakan hari kemenangan buat kita. namun kita usah alpa dalam mendatangi hari-hari terakhir ramadhan. LAILATUL-QADR. kita seharusnya menggunakan kelebihan yang ada pada kita : semangat dan perasan "kebiasaan" pada diri kita untuk gandakan ibadat kepada Allah ta'ala.

Penulis terfikir kenapa Allah menyembunyikan lail-al-qadr pada 10 akhir ramadhan. Ini kerana di akhir-akhir ramadhan, kita (termasuk penulis) lebih memikirkan tentang hari raya berbanding menambahkan ibadat kepada Allah. Dan Allah telah menurunkan rahmat dan barakah yang sangat banyak pada malam tersebut dan dirahsiakan bilakah waktunya supaya manusia sentiasa bersemangat untuk beribadat kepada allah.

bagi penulis ibadat kepada allah yang sangat penting. dapat bertemu dengan lail-al-qadar merupakan satu bonus. bukan tidak mahu. kita berusaha ke arah untuk mendapatkan malam itu namun segalanya terletak pada ketentuan Allah. yang penting usaha ke arah mendapatkan malam tersebut dahulu.

percayalah, sekiranya kita memberikan usaha kita sehabis baik semasa proses pendakian, semasa di puncak hatta semasa proses penurunan, di kaki bukit itu nanti kita akan rasa puas. kita akan rasa gembira. kerana apa? kerana kita telah lakukan yang terbaik.

itulah ganjaran yang Allah janjikan buat hamba-hambanya selepas ramadhan : TAQWA.

marilah kita sama-sama memperbaiki diri.

kalau ada salah silap. maaf ye.:P

wallahualam.

p/s: perumpamaan ni diberikan semasa tazkirah semasa solat tarawikh. :D.
pelik, bulan puasa banyak pulak benda nak di post.

lee chong wei kalah lagi~ tak tengok pun tak apa.

Wednesday, August 10, 2011

10 ramadhan



"sujee ada hantar mesej".

kakak sulung penulis bersuara. memecahkan kesunyian dalam kereta. penulis sedang dalam perjalanan menghantar kakak penulis ke tempat kerja.

"mesej apa?". penulis masih mamai. tidak dapat menangkap apa yang kakak penulis maksudkan.

kakak bersuara buat kali kedua.

"sujee tulis, ingat tak 10 ramadhan?"

"10 ramadhan?" penulis bingung. "kenapa?"

kakak penulis meyambung.

"10 ramadhan setahun yang lepas, semua berkumpul di hospital."

-------------------------------------------------------------------------------

memori tersebut kembali bertandang. setahun yang lepas. penulis baru sahaja menjejakkan kaki ke fakulti perubatan, uiam. masih hijau lagi. sedang penulis berhempas pulas menyesuaikan diri ditempat baru, ada seorang insan sedang bertarung di hospital. arwah bapa saudara penulis.

hari tu hari jumaat. kebanyakan ahli keluarga penulis semua berada di hospital. kecuali penulis dan beberapa orang saudara yang lain.

penulis meminta kebenaran untuk pulang. namun kata umi, tak perlu. cuma kirimkan doa untuk arwah ayoh ngoh. penulis akur.

tengah hari hari jumaat, sebelum solat jumaat. kakak penulis telefon. ayoh ngoh dah pergi.

hanya sekeping gambar semasa dikafankan yang sempat penulis tatap.

moga-moga dia ditempatkan orang-orang yang soleh.

-------------------------------------------------------------------------

kakak menyambung bicara.

"arwah tok ayoh dulu mati sebelum pergi sembahyang jumaat"

penulis terus membisu. mamai sudah berkurang dek neuron-neuron yang bekerja memerah memori yang sudah setahun berlalu.

"bukan hari ni jari jadi faiz (adik penulis)" penulis menukar topik perbualan.

"ye lah, sekali dengan razin (sepupu penulis) . sama hari lahir dengan anwar ibrahim".

penulis hanya tersenyum.

"patutlah kakak penulis bercadang nak beli pizza. birthday aku hari tu takde buat apa-apa pun" getus penulis.

perbualan kami terhenti. kereta myvi putih terus meluncur dalam kesesakan jalan di kota bharu.

istighfar terus memenuhi sanubari.







selamat hari jadi buat adik bongsu penulis dan sepupu penulis. wakakaka~


ni bulan puasa. makanlah apa yang ada.









p/s; entri tentang arwah bapa saudara penulis, pernah penulis tulis dalam entri yang lepas. check it out!

setiap yang bernyawa itu pasti akan mati



Sunday, August 7, 2011

orang gila tak masuk hospital

sedang penulis ralit mendengar kuliah maghrib daripada seorang ustaz, beliau tiba-tiba menanyakan satu soalan.

"ramai tak orang gila masuk hospital?"

muka penulis berkerut. tentulah la ramai. tengok hospital bahagia. penuhkan? itu tak kira lagi wad-wad psikiatri di hospital kerajaan yang lain.

tapi itu bukan maksud soalan ustaz tersebut. maksud ustaz tersebut ramai tak orang-orang gila masuk wad biasa. wad kardio ke. etc etc.

kepala penulis sekali lagi berputar ligat. mengimbas kembali pengalaman memasuki wad-wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

benar. tak ada. yang ada semua manusia yang normal.

ustaz tersebut menyatakan tak ramai kan? penulis mengangguk perlahan. masih mendambakan sedikit penjelasan.

ustaz tersebut pernah menanyakan hal ini kepada seorang doktor pakar. guess what?

doktor pakar pun bersetuju dengan kenyataan ustaz tersebut. tajam sungguh pemerhatian ustaz tersebut.

kenapa ya?

PERTAMA

ORANG GILA TAK PERNAH STRES.

BUKTI: mereka selalu tersenyum. ada pernah nampak mereka serabut, tension? tak ada kan? mereka gembira dalam kehidupan mereka. mereka tidak hiraukan orang lain. yang penting hidup mereka gembira. itu sudah cukup.

percayalah stres adalah salah satu punca kehidupan kita tidak gembira. harus diingatkan. stres boleh dibahagikan kepada dua. stres baik dan tidak baik. tidak dinafikan kita memerlukan stres dalam kehidupan kita agar kita mampu untuk melakukan sesuatu. stres itu umpama daya tujah kepada diri kita agar kita bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

namun jika ianya stres yang tidak baik, anda sedang mengundang penyakit.

KEDUA

ORANG GILA QANAAH

apa itu qanaah?

QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. maksudnya kita sentiasa bersyukur dengan apa saja kurniaan allah.

Rasulullah saw bersabda:

Ertinya:

"Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap". (HR. Thabarai dari Jabir).


orang gila QANAAH?

yeap.

bukti: tidur tepi jalan ke, atas kotak lusuh ke. mereka tidak mengeluh. tidak merungut. makanan apa orang bagi dia makan kan? hujan sedikit dah tak nak datang masjid. (macam halilintar memanah hati .:P)

KITA?

time buka puasa

-tak bestlah lauk ni
-masin sangatlah
-tawarlah

etc etc etc

-penulis pun begitu sebenarnya- :P

KETIGA

ORANG GILA SELALU SENYUM :D

setuju atau tidak, itulah hakikat. mereka selalu tersenyum. itu tandanya mereka bahagia. logiknya, bila kita senyum maksudnya apa? "everything is running well" kan? maknanya kita bahagia. kita gembira.

the sexiest curve is your body is, your smile.

senyum, tak perlu kata apa-apa

KESIMPULAN

JADILAH SEPERTI ORANG GILA. haha. ni kata ustaz tulah.

maksud ustaz itu

-jauhilah stres yang tidak baik
-jadilah hamba yang qanaah
-sentiasalah tersenyum dan jadikan hari ini hari yang terbaik buat diri kita.

tapi yang paling penting, SMS kepada Allah selalu agar dia sentiasa membantu kita untuk menjalani kehidupan yang bahagia.

ini jawapan dan huraian yang diberikan oleh ustaz tersebut. dialih bahasa dari bahaso kelatey kepada bahasa melayu standard.

wallahualam

Monday, August 1, 2011

cantiknya rasulullah bergurau

Anas bin Malik r.a berkata:

"suatu hari, Zahir seorang lelaki kampung (badwi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, 'Zahir ialah orang badwi yang merupakan sebahagian daripada kita dan kita pula adalah orang kota yang selalu akan menyayanginya. ' Rasulullah sendiri sangat menyenangi Zahir walaupun zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika, Rasulullah saw menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat meilhat orang yang mendakapnya pun berkata, "siapa ini? lepaskan aku!". Setelah itu zahir pun sempat menoleh ke belakang dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah saw. Dengan itu, Zahir membiarkan agar terusa dapat didakap oleh Rasulullah . Rasulullah kemudian dengan secara bergurau berkata, "siapakah yang hendak membeli budak ini?"

(riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

lucu kan? bagi penulis kisah ini sangat lucu. sungguh cantik gurauan Rasulullah. :D




funny facts:

1. kebanyakan serangga adalah pekak
2.tupai mudah lupa dimana separuh makanan yang disembunyikannya
3. nyamuk tertarik dengan warna biru berbanding warna lain
4. TIKUS TIDAK AKAN MUNTAH

entri kali ini diambil daripada buku GEN-Q, terbitan telaga biru.

penulis syorkan kalian membaca buku ini. makalah ini lebih kurang macam solusi namun pendekatannya lebih kepada remaja. wah! masih remajakah penulis? well~ smile

wallahuallam.

salam alaik

Friday, July 29, 2011

a short message from him



1 am
msg masuk
nombor tak dikenali
mode: tak boleh tidur gara-gara secawan kopi
-----------------------------

tgh study d malam hari and my friend mengeluh, dah 28/7. and i was like, oh. Msia dh 29/7 kan? suddenly i remembered it's time for your birthday, my best friend

happy birthday sham. i know you sorok your birth date dkat fb, but i can still remember tarikh tu la. badan dah tua, tp memori xkan padam.

penulis tersenyum lebar dalam sunyi gelap malam. dah boleh agak siapa empunya cuma ada sedikit keraguan. tapi tekaan penulis memang tepat. sahabat sekolah menengah yang sudah lama tak berjumpa. berada jauh nun di india.perubatan.

terima kasih sangat2.


being blessed by Allah to have a great friend by your side is one of the greatest blessings by him. Alhamdulillah. I am praying for him that he can pass his coming PRO EXAM with flying colours.


--------------------------
suddenly, i heard voices outside of my room and it is already 2 am. and that will be another story.

thank you to all my friends for all the wishes.

happy birthday~

salam alaik

p/s. i didnt paraphrase the msg that had been sent by my best friend. :D

Monday, July 18, 2011

edisi kad raya

assalamualaikum.

penulis sangat excited bila abang posmen dengan motor laju datang rumah dan bawa surat. lebih-lebih lagi kalau salah satu surat itu milik penulis. berdebar-debar. siapalah agaknya yang ingat akan kita. ye dak? seingat penulis lepas spm diumumkan merupakan antara masa-masa yang paling best. sebab apa? hampir setiap hari ada sahaja surat untu penulis. hahaha. kolej itu la, kolej ini lah. jpa. uia. matrik. utp. hehehe. bila dapat je surat, dengan rakusnya dibukak. paling menyeksakan ialah menunggu surat tawaran dari jpa. 2 minggu sebelum mendaftarkan diri dekat uia. tapi akhirnya memilih untuk ke uia.

selain masa lepas spm, waktu hampir raya adalah masa yang paling dinantikan. apa lagi? KAD RAYA LAH. walaupun tak banyak kad-kad raya tersebut, penulis masih lagi menyimpannya sampai sekarang. ada yang 7 tahun lama. masih lagi dalam keadaan elok. bagi penulis, itu tandanya orang mengingati kita. jadi, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. namun, kita haruslah memulakan dulu. kita hantarlah kad-kad raya itu kepada kawan-kawan kita dulu. untuk menerima kita harus memberi dahulu. kan? kita sembahyang, kita akan dapat pahala. formula yang simple.



koleksi kad raya



sampul surat?


the book of addresses





itu cerita dulu. sekarang susah sangat nak dapat kad raya. mungkin masing-masing sibuk. tak sempat nak mengarang panjang-panjang. the fastest way is by sending sms. fast, cheap and reliable. isnt't it?

wallahuallam

assalamualaikum.

p/s. jangan asyik fikir raya. puasa dulu yek.!

Monday, July 4, 2011

dinar emas


ini sebuah cerita lama. karangan Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya' Ulumuddin.

ada seorang lelaki. dia mendapat berita mengenai sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai disebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.

dipertengahan jalan, dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak putus asa. lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki tersebut.

Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. syaitan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki otu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu. lelaki soleh itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah,

Esok pagi, bangun sahaja dari tidur, didapatinya ada sekeping emas dibawah bantal. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Dinar emas tersedia dibawah bantalnya. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan sudah mula menipu.

Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mencapai kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan menyamar sebagai lelaki sekali lagi dan menghalangnya. maka berlakulah pergelutan sekali lagi. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dia bangun dan mencubanya sekali lagi dan tetap kalah. Dicubanya buat kali ketiga, dia tetap kalah.

lelaki soleh itu bertanya,

kenapa dia kalah atau adakah lawannya semakin gagah?

syaitan menjawab,

"ENGKAU KALAH KALI INI KERANA NIATMU UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN BUKAN KERANA ALLAH TETAPI KERANA DINAR EMAS"

fikir-fikirkan. :P

dipetik dari buku,
BEDUK DIKETUK
PAHROL MOHD JUOI.

Friday, June 17, 2011

kalau jumpa, nak buat apa?

assalamualaikum.

apa khabar? apa khabar iman? dah berselawat belom kat nabi muhammad SAW? kalau belum, jom kita buat.

kalau jumpa apa yang kita perlu buat.

ok. let say. anda mempunyai satu target dalam kehidupan anda.contoh, anda nak sangat Iphone. SANGAT3X. pada suatu hari, anda pergi jalan-jalan di pasar raya, dan anda jumpa Iphone yang diidam-idamkan. harga, rm2000++. apa yang anda akan lakukan?

pilihan;
1)tengok sahaja sambil menelan air liur
2)cucuk mesin atm dan keluarkan duit biasiswa yang tak seberapa
3)kumpul duit dan berazam nak dapatkan jugak Iphone tersebut.

itu hanya analogi.

ok.let say. pada suatu hari, tiba-tiba tanpa disangka, anda telah jumpa your MR RIGHT atau your MISS RIGHT. apa yang anda akan lakukan?

pilihan:
1) pre-marital relationship
2)bertunang
3)kahwin

apa yang anda akan lakukan?

bagi penulis, pre-marital relationship is not an option. cuba elakkan. tidak nafikan, lumrah manusia ingin ras disayangi. tapi kita semestinya mahukan yang halal kan? berpegangan tangan sebelum kahwin--->> NOT COOL.

bertunang dan berkahwin? ini dinamakan tanggungjawab. dalam frasa tanggungjawab, ada dua gabungan perkataan, TANGGUNG dan JAWAB. maknanya, apa-apa yang diamanahkan kepada kita, kita kena tanggung dan jawab setiap apa yang dilakukan olehnnya. sanggupkah kalian?

kalau nak sangat kahwin, ilmu kena ada. bagaimana nak didik isteri? nafkah? hukum hakam agama. etc etc etc. penulis tidak bermaksud, kalau nak berkahwin semua bidang ilmu perlu ada di dada, ilmu syariah, faraid,hukum hakam. tidak. maksud penulis, at least ilmu agama itu kena ada. at least setiap cabang ilmu kita tahu sedikit sebanyak. kalau seseorang cakap tentang sesuatu, walaupun kita tak faham semua, sekurang-kurangnya kita dapat tangkap konsep yang disampaikan.

penulis bukan lulusan sekolah agama jauh la ustaz. cuma terfikir setelah ber"sms" dengan seorang rakan kenapa jodoh lambat sampai

yang paling penting ialah PERSEDIAAN. sediakah kita nak jadi suami? mampukah kita nak jadi isteri?

lengkapkan diri dengan ilmu. tanya kepada yang pakar. ILMU kena ada

kepada kawan-kawan penulis yang sudah menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ni, tahniah anda selangkah kehadapan. jangan tunggu lama-lama.

yang penting perancangan kena ada. kalau takda perancangan jadilah macam kes Iphone tadi. hati nak iphone, tapi perancangan tiada. tiba-tiba terjumpa. kelu lidah lah nampaknya.

so, kalau dah teringin sangat, buat persediaan sewajarnya, buat perancangan, tambahkan ilmu di dada.

"and among his signs, is that He created for you from yourselves mates that you find tranquility in them and He placed between you affection and mercy. indeed in that are signs for people who give thought" (ar-ruum, ayah 21)

tenung ayat tu dalam2

wallahualam.

p/s:patutlah tak berpunya lagi, tak bersedia lagi.

peace everyone

Thursday, June 16, 2011

untuk "kakak" saya


aqeef dan timbalannya.



pukul 5 pagi.




aqeef setahun. like father like son. ayah dia suka kereta. dominant trait.

aqeef, anak sepupu penulis. penulis sangat rindu akan dia. aqeef dah dapat adik baru, nuhaa nama dia.

Wednesday, June 15, 2011

cikgu KUZI

assalamualaikum

pernah anda tak anda rasakan begini?

walaupun ianya nasi goreng biasa tetapi disebabkan ia masakan ibu anda, nikmatnya begitu lain.
pernahkan?

setelah 7 minggu asyik makan masakan kedai, yang penuh monosodium glutamate, akhirnya air tangan ibu yang dirindui dapat dirasa.

bestkan makan? :P

itu cerita penulis.

ini cerita kakak penulis.

baru sahaja mendapat kerja sebagai guru pra-sekolah. mengajar subjek agama islam.

tempat: children islamic center

SITUASI PERTAMA, TAARUF

pengetua: ok, hari ni ada cikgu baru yang akan mengajar. nama dia cikgu fuzi. cikgu apa?

student: CIKGU KUZI!!!!!!!

SITUASI KEDUA, P&P

student: cikgu puding, cikgu puding

cikgu fuzi: haish, bukan puding la, teacher FUZI

student: ooo. teacher fuzi

SITUASI KETIGA, P&P

cikgu fuzi(menulis di papan putih): AIR TRANSPORTATION

student: air(water)

cikgu fuzi: bukan air, ni bahasa inggeris, air, pengangkutan udara. siapa boleh nyatakan apa itu
air transportation?

semua students: SAMPAN!!!!!!!

cerita ini semuanya benar. seronokkan? dunia kanak-kanak ialah dunia tanpa sempadan. bagi mereka, tiada apa yang mustahil. mana tahu suatu hari nanti, sampan boleh jadi pengangkutan udara? bagi mereka, dunia ini penuh warna warni. lembu tak semestinya coklat, pokok tak semestinya hijau dan air tak semestinya biru.

dulu bila ada pertandingan mewarna, penulis selalu akan bagi kertas lukisan kepada adik bongsu penulis. kerana apa? kerana budak kecil mereka kreatif. mereka sangat imaginatif.

bila kita fikir balik, semakin meningkat usia, pemikiran kita semakin tidak imaginatif. kita lebih serius, lebih "complicated" , abstrak.

jadi, untuk hidup lebih ceria, jadilah macam kanak-kanak + dewasa. imaginatif+serius.

wallahualam.

Tuesday, June 14, 2011

fikirlah sendiri

masa : 4 pagi
tempat :atas bas
lokasi: sempadan kelantan-terengganu

pakcik bas: "loni oghe panda koho banyok, maksiat koho banyok"

translation : "sekarang orang pandai semakin banyak, maksiat makin banyak"

saya terfikir. betul jugak. menuju impian kita iaitu untuk mencapai WAWASAN 2020, setiap orang sudah boleh dikatakan diberi peluang oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran sama ada sekunder atau tertier-sekolah menengah atau universiti.

maknanya--> ramai orang yang berilmu kan-->boleh bezakan mana baik mana buruk--> realitinya, indah khabar dari rupa.

masalah buang bayi
rogol merogol(USTAZAH BANTU SUAMI ROGOL ANAK???)
kelab taat suami?
rompak
bunuh

apa lagi?-lu pikir la sendiri. benda depan mata

sebagai seorang yang bertamadun, seharusnya kita boleh beza baik dan buruk. ini tidak, makin menjadi-jadi nampaknya.

kalau macam itulah, jangan pergi sekolah, jangan cari ilmu. jadi tak bertamadun. jadi macam orang zaman dahulu.

selamat berfikir. adakah kita ni golongan yang berilmu tapi masih buat maksiat?
selamat beramal~

from me with love

Friday, June 3, 2011

Sunday, May 29, 2011

buah tangan

assalamualaikum.

sudah lama tidak mengupdate blog. kenapa ye?

1-malas
2-tak ada idea
3-asyik buat benda lain
4- tak tahu.

dulu bukan main lagi semangat. sekarang umpama hangat-hangat tahi ayam. kejap je kan? time lepas defecate tu, panas lagi, lama-lama dah sejuk. :D!.
sekarang saya dah masuk block ke-4. posting public health and community medicine, bajet giler ayat. POSTING. this word reserves only for clinical students. ME? only pre-clinical students.berjumpa balik dengan math? mengerikan? bagi saya tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan math. saya suka math? oh tidak. seingat saya. saya hanya dapat A1 untuk mathematics moden hanya dua kali time tingkatan lima. itu pun time trial SPM dan SPM. alhamdulillah. saya bukanlah seorang yang teror math macam albert einstein. dia tak suka math jugak tapi dia terror fizik. saya tak terror math tapi saya suka biologi. ada sebab kenapa saya tidak tulis saya tidak s_k_
math. kenapa? it will give you a psychology problem. kalau asyik kata tak s_k_, kita akan jadi tak S_k_ terhadap benda tersebut. thats why saya cakap saya tak terror.

saya terror math tapi sehebat org lain. kan? kalau tak mana mungkin boleh jawab practical dr jamal. saya sedikit slow dalam math. tu saja. allah dah ciptakan saya sebaik-baik kejadian. buktinya surah at-tin. mana mungkin allah nak ciptakan sesuatu yang buruk. sebaik-baik tak bermakna perfect. itu yang perlu kita faham.

so konklusinya apa? redha dgn apa yang allah bagi. saya dah bertekad di dalam hati, pasni kalau ada subjek math lagi, give your best shot, lalunya saja tanpa mengeluh apa-apa.

tensi jugak sebenarnya tapi hakikat seorang pelajar, kita kena banyak redha. itu yang saya nampak.

apa lagi? ha, video yang saya amik dari pendrive kawan saya.

dada saya hanya berombak tapi saya sedih saya tak nangis.
lailahaillaallah.

peace no war

Friday, February 4, 2011

di sebalik tarian naga dan letupan mercun

assalamualaikum

selamat tahun baharu cina saya ucapkan kepada seluruh warga cina sama ada di malaysia atau di mana-mana.

sehubungan dengan itu, saya sekarang sedang bercuti di rumah dengan keluarga. dan alhamdulillah, sepupu saya juga pulang. (kenapa ayat aku macam ni?)

the best part is, finally, i can hug, kiss his son. aqeef nahdan. i really miss him so much. why? because i'm the only person that aqeef still do no met yet. why? because when he was born, well at that time, i was in matriculation(if i not mistaken), and he was born in SUBANG which is very near to my matriculation centre, but due to circumstances i could not go and visit him. EXAM .

after 10 months, finally i can meet him. for that time being, i just observe him from far. thanks to facebook, i can see him grow, where he go and bla bla bla

aqeef is sooo heavy. 9 kilos! after one day with him, i can felt pain in my muscle. (ngada-ngada). well, i am not a bodybuilder so lifting 9 kilos of weight is like lifting a packet of rice you know!.

he is so cute when he sits. he cannot talk yet. but he can say words like "abah" and then few baby words that i hardly understand it.

that was about aqeef nahdan my cousin' son.

next is aina balqis. my cousin.

her age is just like aqeeef maybe one or two months older. she is more heavier 10 kilos ++. why? her mom give her nestum. thats why she looks so chubby. the best part of balqis, she loves MAN!. anyMAN that wants to hold her, she just willingly give her hand and smile. lucky me, i am a man!

just a short one.

next is adam mukhriz, my cousin 3 years old.

i also have not met him for a while. he lives in perak. at first he was shy but with the power of psychology, he fell into my hand.! hahaha. sounds very dirty~ :D!

somehow, i need to learn more how to speak with kids, i mean small kids.

what i learn from adam(he pronounces it as atham), my communication skill with children is poor. not so poor but a bit lacking in terms of warmth, choice of words and language. i can see that he and his older sister do not understand my question. i think i had asked an easy one but i dont know. he loves water so much. i got the chance to fees him with my hand. although my mind keep thinking all those parasites and microbes. somehow this tiny, mainoote creatures really makes me to think twice when i want to touch something.

PARANOID!

what more? yeah. aqeef is not well. so, being a doctor-to-be, i just observed what i had learned during my pbl. cough with sputum or not. fever. running nose. immunology~

alhamdulillah. my father just won a lucky draw and he got a tv plasma 32 inchies!!

bravia by sony. well that was soooooooo good!.
and i think in every ceremony there should be a lucky draw because, if you are a lucky person, you can get durian runtuh in a blink of eye. your money will be saved~~~:P!

still my cough still do not subside. it has been for 3 weeks. but it is getting better and better.

thats for now,

assalamualaikum

Tuesday, January 18, 2011

tumor necrosis factor dan interleukin-1

Allah (subhanahu wa ta'ala) said: If you never felt pain or experienced problems, how would you know I'm the Healer?; If you never made a mistake, how would you know I'm the Forgiver?; If you were never hurt, how would you know I am the Comforter? If your life was perfect, then why would you need Me? --- Hadith Qudsi

i like to quote this statement from one of my pbl member group. SHE is a chinese, from china and she is a Muslim. i am so happy to have her in my group. she is like a saviour to my pbl group. anything weird that come out from the doctor's mouth she just answer it and the doctor will smile.

what is tumor necrosis factor aka TNF and interleukin-1 aka IL-1? as an information to all of you, if you are not a medical student, (if you are medical student, don't bother it), TNF and IL-1 is a chemical mediator that been released by our body when our body face with injurious agent. for example bacteria, chemical agent etcetera.
this two mediators can cause fever, loss of apetite and many more.

and right now, these two chemical mediators had been released by my body.

i cant have a proper sleep

there a lot of mucus in my nose

my body is HOT! aww!~hahaha

but somehow, when i REACTIVATE my facebook account this morning, i found such a lovely statement from her. shi she ni!

kenapa allah tak ambil nyawa kita ketika kita sedang melakukan maksiat?

sebab allah sayang pada kita.

dia nak kita bertaubat.

ingat. kita hamba allah. bila kita hamba allah, kita sepatutnya cinta pada-NYA.

assalamualaikum.

paracetamol please!

Saturday, January 15, 2011

~ bangkitlah wahai HERCULES~

assalamualaikum

siapa hercules? tentu kalian membayangkan ianya seorang LELAKI yang berpakaian ala-ala selendang yang tak cukup kain dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. adakah? rambut blonde, lengan yang terbentuk "musclenya" dan sangat kuat orangnya.

adakah saya ingin bercerita tentang hercules? oh tidak. itu hanya metafora. agak lama saya mencari ilham apakah yang patut saya tulis. jenuh fikir. tak datang-datang. lagipun saya bukan seorang penulis. PERASAN MENJADI SEORANG PENULIS ADALAH. idea ini tercetus selepas tangan saya asyik menekan punat "remote" televisyen. tiada cerita yang best. tekan punya tekan saya tertengok satu rancangan bual bicara di tv 1, ala-ala rancangan oprah winfrey tapi oprah lagi best. saya tak nak beritahu anda cari sendiri. saya hanya tengok+dengar dengan acuh tak acuh. bosan. tapi apa yang saya dapat tangkap PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG SUKAR DAPAT JODOH KERANA RAMAI LELAKI YANG TIDAK BERKUALITI. pandangan yang sangat clishe.

saya rasa acap kali kalian mendengar kata-kata ini

"perempuan ramai diuniversiti, LELAKI ramai di pusat SERENTI".

jika kita tenung kembali, wanita pada zaman dahulu, tempatnya hanya dirumah. beranak, memasak, jaga rumah. lelaki keluar bekerja dan mencari nafkah. namun bila zaman berubah, berlakulah reformasi dalam kalangan golongan wanita sehingga mewujudkan golongan feminisme yang entah apa-apa. namun itu bukan persoalan yang saya ingin utarakan. apa yang saya ingin utarakan adalah bagaimana golongan wanita ini mempunyai kesedaran bahawa mereka layak mendapat hak yang sewjarnya. bukan hanya menghitamkan muka dengan meniup arang didapur. anda boleh lihat bagaimana pesatnya pembangunan golongan wanita ini. kenapa mereka boleh menbangunkan dan memperkasakan diri mereka sendiri? KERANA MEREKA MEMPUNYAI KESEDARAN DALAM DIRI MEREKA. mereka sedar mereka perlu berubah. mereka mempunyai satu "desire" yang kuat sehinggakan mereka boleh melakukan apa yang mustahil untuk dilakukan oleh mereka sebelum ini.

yang lelaki? terus hanyut,ego dengan kekuatan yang tidak berapa nak ada. seorang pernah berkata:

"perempuan ni tak adalah pandai sangat. tapi mereka rajin. sebab tu boleh berjaya"
"lelaki pandai cuma malas"

saya hanya tersenyum sinis. saya berikan satu analogi (tak tahu betul atau tidak). kalau kita beli kapak. tajam bilahnya. lepas tu kita simpan, langsung tak guna kapak tersebut. adakah ketajaman bilah kapak itu akan kekal? TIDAK!.

samalah dengan situasi kita pada hari ini. kalau bajet kita ni pandai tapi malas, buat apa. allah hendak kita berusaha. tipulah kita boleh pandai tanpa berusaha. GENIUS IS AN EXCEPTION. even the genius one need to be taught the concept first then he or she can elaborate it. genius pun kena pergi ke sekolah. kita kena sedar. kita perlu mempunyai kesedaran diri. bukan setakat YAKIN golongan lelaki ni pandai dan terus tak perlu berusaha. silap sungguh mentaliti itu.

golongan lelaki terlalu perasan yang mereka ini hebat bla bla bla~ . ingatlah wahai kaum adam, kamulah ketua keluarga, kamulah ayah, kamulah suami. hanya kepada kamu seorang isteri bergantung. kamulah pelindung. sedarlah wahai jiwa-jiwa hercules.

saya bukan bertindak tidak adil. cuma saya malu melihatkan golongan lelaki pada masa kini. bagaimana kita mahu membina empayar islam andai kita tiada kesedaran diri?

"hero tok gaduh". it is not like that. peluang hanya datang sekali. appreciate in everything that comes into your life. allah mahukan kita lakukan yang terbaek dalam apa jua kita lakukan. bukan hanya sekadar lepas batuk ditangga.

harus diingatkan saya bukan menghentam kaum adam. cuma saya mahu kalian sedar apa yang telah kalian lakukan. oleh itu, mudah-mudahan kalian boleh melakukan satu reformasi menjadi seorang lelaki muslim.

LELAKI BAIK HANYA UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.

siapakah lelaki yang baik? contohilah nabi muhammad. kerana apa? kerana dia qudwah hasanah. nilai diri anda. andai anda mahu mendapat isteri seperti khadijah, contohilah nabi muhammad.
andai mahu isteri seperti britney spears? anda tahu apakah jalannya.
wallahuallam

bangkitlah wahai pemuda islam.

Wednesday, January 5, 2011

keamanan kesedihan

assalamulaikum.

saya ada bertanya kepada kawan2 medik sewaktu menunggu lecturer datang tentang blog. soalan saya,

BLOG: untuk mempoyokan diri atau?

jadi pelbagailah jawapan yg diberi. kebanyakannya ialah blog ialah untuk mempoyokan diri mereka sendiri.

jadi post kali ini ialah untuk mempoyokan diri saya sendiri.

siapa SERENE SORROW?

somehow this person has created an overwhelming environment among 14th batch of iium medical students. they busily seeking who is serene sorrow is which they do not need to bother it much. hahaha. study wei!

anyhow, whoever you are serene sorrow, i hope you are in the best of your health and always replenish your iman.

actually i am very eager to know who you are.

WHO ARE YOU SERENE SORROW????

SERENE SORROW